Kalau tak silap aku, kali terakhir aku makan nasi padang adalah masa dekat Surabaya Indonesia, kira-kira tiga tahun lepas. 


10 tahun dulu kita hanya mendengar blogger je dan ketika itulah populariti blogger sampai ke kemuncaknya. Sekarang dengan adanya pelbagai sosial media maka muncul lah istilah seperti Instafamous, Tweetfamous, Tiktokters, content creator, KOL dan banyak lagi. 

Semakin Ramai Influencer 

Kebanyakannya semua ke arah mencari pendapatan sampingan menerusi review yang dibuat di platform masing-masing. Semakin banyak followers seseorang itu, semakin tinggi peluang untuk figura tersebut mendapatkan 'job' yang diingini. 




Tetapi semua ini aku perasan dah terlalu ramai macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jadi sebagai salah seorang individu yang membuat kerja mengetuai sesebuah kempen, aku akan perhatikan dahulu jumlah followers atau pembaca, jenis followers(bagi sosial media), kualiti feed atau blog, serta tahap 'diva' seseorang itu. 

No Diva No Drama

Ya, siapa yang pernah kerja dengan aku mesti selalu dengar 'No Diva No Drama'. Berdasarkan pengalaman aku sebelum ini, aku lebih rela bekerja dengan mereka yang ikhlas untuk bekerja dan bukan sekadar nak berbangga dengan diri yang mempunyai followers ramai. Followers ramai tak menjanjikan apa-apa ya, sebab engagement juga penting. 

Okay berbalik kepada tajuk di atas, selalu pembentangan projek pada client atau sebaliknya terdapat beberapa istilah yang diguna pakai untuk kategorikan jumlah pengikut seorang influencer atau KOL. Kenapa guna KOL? Apa maksud KOL? 

Maksud KOL 

KOL ini bermaksud Key Opinion Leader, iaitu seorang individu yang mempunyai pengaruh mahupun kumpulan tersendiri yang diberi mandat untuk berkongsi perihal sesebuah kandungan. KOL ini sama je maksudnya dengan Influencer mahupun content creator. Cuma penggunaan ayat influencer tu kadang kala agak sensitif bagi sesetengah syarikat mahupun pihak. 

Jadi korang dalam kategori yang mana? Berikut aku kongsikan jenis influencer yang korang perlu tahu untuk memudahkan fahaman korang bila ada PR mahupun client tanya. 

Kategori Influencer 


Nano Influencer ( Followers 1K-10K) 

  • Walaupun rendah, namun diorang ini lebih 'genuine' dalam memberi review 
  • Kebanyakan company besar suka ambil mereka bagi memeriahkan komen, dan menaikkan 'engagement' campaign

Micro Influencer ( Followers 10K-50K)
  • Kumpulan influencer yang paling ramai di Malaysia
  • Kadang-kala jumlah followers besar, namun engagement pula teruk
  • Kebanyakan campaign dimonopoli oleh kumpulan ini 
  • Mudah beri kerjasama 

Mid-Tier (Followers 50K-500K) 
  • Lazimnya terdiri daripada golongan selebriti 
  • Harga review kadang kala berlainan dengan kumpulan micro 
  • Ada diantara KOL ini mula 'main harga' dan demand harga tinggi 

Macro-Influencers (500K-1 Milion)
  • Golongan selebriti 
  • Harga review kebanyakan bermula RM500 dan ke atas

Mega-Influencer (1 Milion dan keatas)
  • Golongan selebriti 
  • Harga kadang-kala dijaga oleh pengurus mahupun agensi 
  • Harga review mencecah ribuan ringgit
  • Harga mengikut populariti/ demand mereka di pasaran
  • Tidak semua review akan diambil mereka 

Huraian di atas tidak semestinya tepat ya dan kebanyakkannya adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam menguruskan mereka. Pendek kata rendah atau tinggi jumlah followers itu tidaklah begitu penting. Yang penting, bagaimana korang menguruskan 'feed', berbudi bicara dalam menerima dan menolak sesebuah kempen. 

Dan perlu diingatkan kadang-kala orang yang macam aku tak dapat nak ambil sesetengah KOL mahupun influencer bukanlah bersifat peribadi. Kebanyakkanya memerlukan penilaian dari client dan aku akui mereka yang mempunyai masalah disipilin dalam membuat review ini aku berpendirian tegas untuk senarai hitamkan nama daripada mencetuskan masalah yang sama di kemudian hari. 

Apa pun,ayuh jadi yang berkualiti!

Jujur aku katakan aku bukanlah peminat popcorn sangat walaupun pergi wayang mesti terbeli. Sebab apa? Saja nak feeling hrmm rindu pula nak tengok wayang. 


Ketika ini,negara sedang berada dalam perintah berkurung (Lockdown) fasa 1 yang mana seperti yang kita  ketahui hampir semua sektor ditutup selama dua minggu. Namun ia mengikut keadaan semasa sekiranya kes terus meningkat, lockdown fasa 1 ini akan diteruskan.