Total Pageviews

Jenis Dan Kategori Influencer, Korang Yang Mana?

10 tahun dulu kita hanya mendengar blogger je dan ketika itulah populariti blogger sampai ke kemuncaknya. Sekarang dengan adanya pelbagai sosial media maka muncul lah istilah seperti Instafamous, Tweetfamous, Tiktokters, content creator, KOL dan banyak lagi. 

Semakin Ramai Influencer 

Kebanyakannya semua ke arah mencari pendapatan sampingan menerusi review yang dibuat di platform masing-masing. Semakin banyak followers seseorang itu, semakin tinggi peluang untuk figura tersebut mendapatkan 'job' yang diingini. 




Tetapi semua ini aku perasan dah terlalu ramai macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jadi sebagai salah seorang individu yang membuat kerja mengetuai sesebuah kempen, aku akan perhatikan dahulu jumlah followers atau pembaca, jenis followers(bagi sosial media), kualiti feed atau blog, serta tahap 'diva' seseorang itu. 

No Diva No Drama

Ya, siapa yang pernah kerja dengan aku mesti selalu dengar 'No Diva No Drama'. Berdasarkan pengalaman aku sebelum ini, aku lebih rela bekerja dengan mereka yang ikhlas untuk bekerja dan bukan sekadar nak berbangga dengan diri yang mempunyai followers ramai. Followers ramai tak menjanjikan apa-apa ya, sebab engagement juga penting. 

Okay berbalik kepada tajuk di atas, selalu pembentangan projek pada client atau sebaliknya terdapat beberapa istilah yang diguna pakai untuk kategorikan jumlah pengikut seorang influencer atau KOL. Kenapa guna KOL? Apa maksud KOL? 

Maksud KOL 

KOL ini bermaksud Key Opinion Leader, iaitu seorang individu yang mempunyai pengaruh mahupun kumpulan tersendiri yang diberi mandat untuk berkongsi perihal sesebuah kandungan. KOL ini sama je maksudnya dengan Influencer mahupun content creator. Cuma penggunaan ayat influencer tu kadang kala agak sensitif bagi sesetengah syarikat mahupun pihak. 

Jadi korang dalam kategori yang mana? Berikut aku kongsikan jenis influencer yang korang perlu tahu untuk memudahkan fahaman korang bila ada PR mahupun client tanya. 

Kategori Influencer 


Nano Influencer ( Followers 1K-10K) 

  • Walaupun rendah, namun diorang ini lebih 'genuine' dalam memberi review 
  • Kebanyakan company besar suka ambil mereka bagi memeriahkan komen, dan menaikkan 'engagement' campaign

Micro Influencer ( Followers 10K-50K)
  • Kumpulan influencer yang paling ramai di Malaysia
  • Kadang-kala jumlah followers besar, namun engagement pula teruk
  • Kebanyakan campaign dimonopoli oleh kumpulan ini 
  • Mudah beri kerjasama 

Mid-Tier (Followers 50K-500K) 
  • Lazimnya terdiri daripada golongan selebriti 
  • Harga review kadang kala berlainan dengan kumpulan micro 
  • Ada diantara KOL ini mula 'main harga' dan demand harga tinggi 

Macro-Influencers (500K-1 Milion)
  • Golongan selebriti 
  • Harga review kebanyakan bermula RM500 dan ke atas

Mega-Influencer (1 Milion dan keatas)
  • Golongan selebriti 
  • Harga kadang-kala dijaga oleh pengurus mahupun agensi 
  • Harga review mencecah ribuan ringgit
  • Harga mengikut populariti/ demand mereka di pasaran
  • Tidak semua review akan diambil mereka 

Huraian di atas tidak semestinya tepat ya dan kebanyakkannya adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam menguruskan mereka. Pendek kata rendah atau tinggi jumlah followers itu tidaklah begitu penting. Yang penting, bagaimana korang menguruskan 'feed', berbudi bicara dalam menerima dan menolak sesebuah kempen. 

Dan perlu diingatkan kadang-kala orang yang macam aku tak dapat nak ambil sesetengah KOL mahupun influencer bukanlah bersifat peribadi. Kebanyakkanya memerlukan penilaian dari client dan aku akui mereka yang mempunyai masalah disipilin dalam membuat review ini aku berpendirian tegas untuk senarai hitamkan nama daripada mencetuskan masalah yang sama di kemudian hari. 

Apa pun,ayuh jadi yang berkualiti!

13 comments:

Sally Samsaiman said...

masih nano lagi, kadang je perasan macam micro...hahahaha

Cik Min said...

Hurmmmm saya awan nano nano nano eh tak saya blogger je hahha..btw penerangan yang bagus for those yg masih kabur bab ni

Ruby said...

Sekarang walau ada kategori nano, micro, mega dan seterusnya, influencers harus bijak memilih job. Client juga ada kriteria yang tinggi. Cuma bahagian org tengah atau agensi selalu meletakkan harga terlalu rendah kepada influencers. Dah zaman 2021. No diva no drama kepada both side. Client takmo pilih sebab "tertentu", jangan khuatir, ada rezeki lain. Influencers asyik muka sama dapat sesuatu job, jangan dengki khianat. Ballance kan kehidupan. Toxic environment memang banyak. Be positive. All the best utk freelance job Khai ni k.

AyuArjuna BiGoshh said...

Dulu x pernah kisah pun bilangan followers. Sbb socmed dulu start sebagai akaun peribadi.. lbh pd perkongsian kehidupan

Rawlins GLAM said...

Sokong gak apa yang Ayu cakap. Dulu takde la fikir sangat followers. Now sebab nak hidup dan kena bersaing, maka terpaksa play along.
Baby - kita nie super nano kot.

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Saya nano je. Lebih fokus pada blogging sebab minat saya di situ. Matlamat utama saya adalah untuk berkongsi info dgn pembaca. Socmed tu sampingan je buat masa skrg.

Marina Bashah said...

Dah lama tak bekerjasama dengan khai. Rasanye baru sekali je. All the best khai

marsha said...

Masih nano influencer...tu pun dah banyak syukur sebab dulu bermula sebagai perkongsian peribadi sahaja. Tapi blog masih relevan kan? Harap akak dapat maintain keduanya. Aamin.

Sis Lin said...

Semalam dah baca, ni baru nak komen..
Sis jujurnya tak katagorikan diri Sis memana pun (walau kasarnya dalam kataogeri Nano tu), sebab just do what i love to do, but dari situlah datangnya offer job hasil usaha kita, terutama makaseh juga kat Khai yang banyak gak support dan beri job..

Kena kerja keras lagi ni.. nak capai apa yang diri sendiri nak.. :)

Wawa Ashihara said...

Kita nano je sbb xaktif... Tp kita blogger biasa je... Hahaha.. Cuma dlu suka share mcm2... Skrg dh kurang dah xtau knp...

nikkhazami said...

saya ni nano lagi kot. mungkin sebab pemalu utk posing depan camera. lebh fokus pada adsense. hehe

Kitkat Nelfei said...

No Drama, No Diva ni apply to semua kan.. Senang nak buat kerja bila all parties NDND... :) semua pun happy.. :) tapi serious la.. tak lama lagi market ni akan saturated with KOLs.. rising like mushrooms skrg...

Sunshine Kelly said...

Bagus posting ni, kita micro influencer sahaja and blog pun more towards content creator.