Total Pageviews

Aku Dah Tengok Filem Hutang 2D! Akhirnya Ada Juga CGI Yang Tak Mengecewakan

Aku boleh cakap kebanyakan filem tempatan sudah bangkit daripada kegagalan filem terdahulu yang mana sebelum ini pernah dikritik hebat. Baik dari segi barisan pelakon mahupun sinematografi, segala aspek menjadi kecaman penonton.




Hutang 2D Di Astro First 

Ketika negara terus berduka dengan pandemik COVID-19, industri perfileman turut terjejas apatah lagi dengan panggung wayang antara sektor yang paling lama ditutup. Namun begitu, kerana ada nasi yang perlu ditanak, sesetengah penerbitan filem harus mengambil risiko untuk menayangkan filem mereka menerusi norma baharu. 

Berterima kasih kepada Astro First kerana menayangkan filem tempatan terbaharu dari rumah, aku turut berkesempatan untuk tonton filem kumpulan Floor 88 yang berjudul Hutang 2D. Pada mulanya aku macam dapat jangkakan mungkin ianya sekadar filem leman yang sudah banyak ditayangkan di TV khususnya.

Mampu Buat Aku Ketawa 


Tapi bila dah habis tengok filem ini, apa yang aku boleh katakan not bad! Tipulah kalau aku cakap tak ada kekurangan. Banyak sebenarnya, tetapi sebagai filem pertama mereka dengan penghasilan sebegini ianya 'kesalahan' yang boleh dimaafkan. Apatah lagi ia berkisarkan aksi komedi, sudah pastinya mampu membuatkan penonton ketawa tatkala berasa tertekan berada di rumah. 

Tak dinafikan aku sendiri mampu ketawa menonton beberapa babak di dalam filem ini. Tidak terlalu berat dan aku boleh katakan sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Pujian juga harus diberikan kepada produksi kerana berjaya membawa masuk pelakon hebat tanah air, Ogy Datuk Ahmad Daud untuk sama-sama berlakon di dalam filem ini. 

Mula Ditayangkan Hari Ini 


Yang paling aku suka untuk highlight di sini adalah kesan CGI nya yang dilihat tidak terlalu mengecewakan seperti mana filem tempatan lain pernah menghasilkannya sebelum ini. Biarpun masih banyak perlu diperbaiki, namun ia sebagai permulaan yang baik. Jadikan Hutang 2D ini sebagai eksperimen anda untuk perbaiki kelemahan yang ada. Kalau ditanya aku, adakah aku akan menonton sekualnya? Jawapannya adalah Ya. Untuk info, filem Hutang 2D akan mula ditayangkan hari ini di Astro First, saluran 480. 

Sinopsis Hutang 2D

Ia mengisahkan tentang Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah oleh Pak Jie. Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima).




Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu oleh dua orang gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie terus menyembunyikan diri. Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) dan telah menghadiahkan sebuah ‘tablet’ ajaib. 

Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

1 comment:

Aisya Ismail said...

Banyak good reviews filem Hutang ni.