Total Pageviews

Lelaki Pun Boleh Minum Crystal Skin Rish Beauty Untuk Kulit Bersih

Tak dinafikan sebelum ini ramai yang bertanya dekat aku, guna produk apa? Minum produk apa untuk kulit bersih dan cantik? Aku bersyukur sebab dilahirkan dengan kulit yang hampir sempurna sedangkan orang lain mempunyai masalah tertentu.




Tips Kulit Cantik 

Untuk pengetahuan korang, faktor pemakanan dan produk muka tidak dinafikan memang main peranan penting untuk dapatkan kulit muka yang bersih. Bagi aku sebagai seorang lelaki tentunya nak kulit bersih dan cantik. Tak timbul pula nak putihkan kulit hahaha. 

Okay berbalik kepada topik, walaupun muka aku tidak bermasalah teruk tetapi sebagai seorang lelaki masalah kulit berminyak memang tak boleh lari. Jadi aku amalkan cucian muka sebanyak tiga kali sehari menggunakan produk pencuci muka. Tak perlu yang mahal, asalkan produk itu boleh hilangkan minyak di muka sudah mencukupi, lagi bagus kalau ada scrub. 

Pemakanan Pun Penting! 

Selain itu, aku utamakan pemakanan sayur-sayuran. Jaranglah aku tak makan sayur kalau dah disediakan dalam menu melainkan sayur yang berbau seperti petai atau jering memang aku tak makan hahaha. Favourite aku? Semestinya ubi kentang, salad dan tomato. Sebab itu lah aku berani nak cuba produk Crystal Skin Rich Beauty yang merupakan produk tempatan bumiputera muslim. 




Untuk info, Crystal Skin ini merupakan supplement makanan yang diperbuat dari bahan semulajadi. Bahannya mengandungi serbuk jus blackcurrant, desktrosa, kolagen terhidrolisis, asid askorbik, ekstrak tomato , habbatus sauda, esktrak biji anggur, maltodextrin, asid malik, perisa yang dibenarkan  dan sucralose. 

Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA, kilang berstatus Halal dan juga mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000. 




Jadi jangan risau sebab produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Bahan-bahan ini juga terkenal untuk khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kelebihan Crystal Skin 
  • Merawat masalah kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan parut
  • Mengecilkan pori
  • Memutihkan kulit
  • Mengurangkan muka berminyak
  • Kulit kurang kusam dan glowing
  • Menambah kelembapan kulit
Pengalaman Dan Testimoni Minum Crystal Skin

Mesti korang nak tahu kan kulit aku jadi apa-apa ke lepas minum Crystal Skin ni? Sebenarnya aku baru lagi minum produk ini tipulah kalau aku cakap terus ada kesan kan? Kalau yang mana cakap ada itu mesti something wrong somewhere dan berbahaya. Sebab produk macam ini korang tak boleh tengok kesan serta merta. Tetapi haaa ada tetapi disitu, aku kongsikan dengan korang testimoni mereka yang dah ambil produk Crystal Skin selama ini .

Okay lagi satu, ingin aku tegaskan kepada korang. Minum atau makan lah apa produk tambahan sekalipun tetapi tolonglah minum air putih/masak dengan banyak ya. Malah untuk hasil yang lebih baik selepas mengambil Crystal Skin, korang elakkan daripada minum minuman berkafein berkarbonat dan semestinya amalkan gaya hidup sihat. 

Mengenai Founder 

Kalau nak tahu, ada kisah mengenai pengasasnya, Airiey Sayuti. Ketika zaman remaja berat badan Airiey keterlaluan dan beliau mempunyai tone kulit yang gelap dan banyak jerawat namun dia kerap merasa rendah diri, segan , seorang pemalu serta pendiam dan sering dipersendakan dengan faktor fizikal sedemikian.




Dalam masa yang sama, beliau telah mencuba pelbagai jenama produk penjagaan kulit tempatan dan jenama skincare yang popular, makan suplemen kesihatan dalam bentuk kapsul atau serbuk dan juga menjalani gaya hidup yang sihat dengan bersenam. 


Namun dia merasa kecewa kerana hasilnya agak lambat dan tidak berapa berkesan. Asbab itu, Airiey mendapat inspirasi untuk menghasilkan produk yang benar-benar terbukti dapat berfungsi dengan berkesan dan selamat, Crystal Skin.

Harga Crystal Skin




Untuk korang yang nak cuba consume Crystal Skin, aku rasa harganya cukup berpatutan!  Sekarang ada tawaran promosi berharga RM69 sekotak yang mengandungi 15 sachet. Harga asal adalah RM89 ya! Lagi banyak yang korang beli lagi banyak diskaun akan dapat. Untuk pembelian di atas talian dan maklumat lanjut korang boleh rujuk dan klik pada pautan di bawah. Selamat mencuba! 

Telefon : 011-62000032 

11 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

suka dengan formulasinya dr tomato. Dan rasanya mmg sedap. berbaloi minum Hari2

Ruby said...

Wahhh bertambah gebu la Khai lepas ni. Formulasi produk ni pun bagus. Ada makanan sunnah lg tu. Amalkan tau. Bagus utk dalaman dan luaran.

Eiza GreenAppleKu said...

Betul, apa-apa produk makanan tambahan yang diambil memang kena minum banyak air kosong.

Rawlins GLAM said...

Doakan Rawlins istiqamah agar dapat kulit yang lebih sihat dan looks young, especially dah makin banyak usia nie haha

Sis Lin said...

Mestilah lelaki pun kena cantik gak kannn.. macam Suami Sis, macam-macam oii skincare dia pakai hahahaha.. nanti nak suruh dia cuba yang ini pulakk..

AyuArjuna BiGoshh said...

patutla dia helokkk.. in rahsia dia ya.. hehehe.. btw sedapkan rasanya.. suka sangat...hehe

shamiera osment said...

memang bagus juga crystal skin ni sebab ada kristal tomato memang diuji baik untuk kulit. makin berseri la lepas ni kan?

Sunshine Kelly said...

Yea! lelaki pun kena jaga penampilan diri dan kesihatan kulit. This botanical drink memang bagus.

Kitkat Nelfei said...

Nice, since rahsia produk ni pun from the founder himself.. so lebih menyakinkan.. Worth to try it out la... macam yes jer based on the review.. (Y)

Gladwin said...

Interactive LED Flat Panel

Gladwin said...

Interactive LED Flat Panel