Total Pageviews

Acar Buah Paling Sedap Aku Pernah Rasa! Korang Wajib Beli Acar Buah 7 Keturunan Shidi Data

Baru-baru ini, ada orang whatsapp aku nak minta tolong war-warkan kepada orang ramai mengenai perniagaan keluarganya.





Shidi Data Jual Acar Buah 


Aku pun cakap okay je sebab dia cakap nak minta review pasal acar buah. Selepas bersembang, katanya produk ini sebenarnya milik  sepupunya, Shidi Data. Aku pun terkejut juga sebab dah lama tak dengar perkembangan terbaharu Shidi. 




Jadi memandangkan tugas hakiki aku di bahagian hiburan, sempatlah aku hubungi Shidi bertanyakan khabar. Rupa-rupanya perniagaan berasaskan acar ini masih baru lagi. Idea untuk buat acar ini selepas penggiat seni tidak dibenarkan untuk membuat persembahan secara langsung sehinggalah diumumkan kelonggaran bermula 10 September ini. 


Bercakap mengenai acar buah, aku memang membesar dengan sajian ini. Jadi tekak aku ini memang boleh bezakan lah yang mana rasa sedap, yang mana kedekut ramuan dia. Masa dapat produk Shidi ini, aku macam terdiam sejenak dan risau sebab nama yang diberi adalah Acar Buah 7 Keturunan.

Sedap Sangat Acar Buah 7 Keturunan!



Kalau tengok pada namanya, diorang ini macam claim sedap. Hari sampainya produk itu, aku pun terus buka rasa makan dengan nasi putih panas. Guess what? RASA DIA TERSANGATLAH SEDAP!!!  Serius aku rasa dia antara acar buah paling sedap aku pernah rasa setakat ini. Terus teringat kampung!

Sesuailah dengan namanya 7 Keturunan. Aku difahamkan, resipi ini merupakan resipi keluarga Shidi dan perniagaan ini turut dijalankan bersama. Kalau korang nak tahu aku makan hampir setengah botol dalam masa sehari je. Makan pula dengan nasi panas memang naiklah selera.


 

Penuh Dengan Bahan-Bahan

Bahan-bahan dia pula memang tak kedekut. Sekali ambil, penuh sudu dengan buah-buah acar. Korang kalau nak tau rasa dia boleh beli di pautan bawah, serius tak rugi dan kalau tak sedap persis aku sanggup bayar balik! Aku nak repeat lagi nanti bawa balik kampung! 

Harga : RM15 tidak termasuk postage 
Cara Pembelian : Whatsapp ke nombor 60186657578 


9 comments:

Ezna Khalili said...

Acar ni makan saje pun sedap apatah lagi makan dengan nasi panas. Ohhh kumpulan Data zaman dulu-dulu ni eh....lama menghilang ye?.

AyuArjuna BiGoshh said...

ni kalau abis maknanya sedap betulla tu.. nanti boleh beli dan try..susah nak cari yg sedap tapi yg khai rekomen ni nampak sedap

shamiera osment said...

Meriah betul buah dalam tu, suka makan acar buah macam ni. Harga pon berpatutan nanti kalau teringin boleh order.

Sis Lin said...

Waduh memang nampak sedap tu Khai, sebab nampak pekat dan buahnya nampak fresh.. nak cuba jugalah.. sedapnyaa..

marsha said...

Sedapnya acar buah! Kat ipoh ni jarang jumpa. Boleh delivery kan? Nanti nak cubalah.

Ruby said...

Fuhh fav akak. Kalau puasa, sahur akak makan acar buah dengan nasi panas aje. Itu pun dah mengenyangkan.

Rawlins GLAM said...

Pergh. 7 keturunan mana mungkin tak sedap kan. Nie kalau makan dengan nasi panas, laju jer.

halimah muhiden said...

Wah dah lama tak makan acar buah, kalau pg kenduri kawin baru jumpa acar buah, tentu sedap Acar Buah 7 Keturunan Shidi Data ni

Chaycya O Simanjuntak said...

Seem sedap. Saya suka semua acar buah.

Di tengah pandemi seperti sekarang ini, kita semua dituntut kreatif supaya bisa bertahan hidup ya kan. Entertainer lost their job harus bisa banting setir ke usaha-usaha kecil yang bisa menghasilkan pundi-pundi.

Thanks to you yang sudah mau membantu support usaha kecil menengah lokal Malaysia lewat tulisan ini. We need to help them. Bless you.

Salam dari Indonesia.