Hotel Paling Strategik Di Kuala Lumpur! Four Points Sheraton Chinatown Dikelilingi Banyak Port Menarik

Kalau korang nak menginap atau mencari hotel yang strategik di Kuala Lumpur, suka untuk aku syorkan Four Points By Sheraton Chinatown. 






Manakan tidak, hampir segala-galanya berada berhampiran hotel ini dan korang hanya perlu berjalan kaki. Namakan saja Petaling Street, Stadium Merdeka, Pasar Seni semuanya berada disini. Bukan itu sahaja, korang juga tidak perlu berbelanja lebih hanya untuk mendapatkan penginapan dengan view yang menarik. 

Bermula dengan harga serendah RM150++ bilik disini tersedia dengan pelbagai view yang cukup cantik.






Sebagai contoh, bilik yang aku dapat berhadapan dengan Menara PNB 108 yang hampir siap selain dapat melihat beberapa menara pencakar langit lain seperti Menara KL, KLCC dan Menara TRX. Lengkap bukan? 

di sebelah kiri ada stadium merdeka 



pemandangan dari bilik aku 


Untuk pengetahuan korang ini adalah kali pertama aku menginap di  Four Points By Sheraton Kuala Lumpur  Chinatown. Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Central yang menjemput aku untuk bersama-sama menerokai pelbagai tempat dan lokasi menarik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur termasuk hotel ini. 

Berikut aku kongsikan dengan korang tempat menarik berhampiran Four Points Sheraton Chinatown : 

  1. Kafe viral - Luckin Kopi
  2. Kafe viral - Merchant Lane 
  3. Kafe viral - Mary Jane KL
  4. Petaling Street 
  5. Pasar Seni
  6. Stadium Merdeka
  7. Menara PNB 108
  8. Kwai Chai Hong
  9. Stesen MRT Pasar Seni / LRT Pasar Seni
  10. Stesen Monorail Tun Sambathan 
Kalau dah menginap di sini dan mengambil sekali pakej breakfast jangan lupa untuk pekena kopi diorang memang sedap! 





Kemudahan lain yang ada termasuklah kolam renang, gym serta kafe dan bar. 






Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai  Four Points By Sheraton Kuala Lumpur  Chinatown layari pautan INI 

No comments: