4 Port Rahsia Best Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Ramai Tidak Tahu

Keempat-empat tempat ini aku baru sahaja menjejakkan kaki dan apa yang aku boleh katakan ia adalah 'hidden gems' atau tempat bercuti best di Kuala Lumpur dan Selangor yang ramai tidak tahu. 




Terima kasih kepada Tourism Malaysia Central yang ketengahkan tempat-tempat ini buat rujukan orang ramai yang ingin mencari destinasi pelancongan yang lain daripada yang lain. 

Bagaimanapun, suka untuk beritahu terlebih dahulu ada diantara lokasi yang aku senaraikan dikategorikan sebagai 'level kayangan', tetapi bagi aku sekali sekala apa salahnya apatah lagi jika ia berbaloi. 

1. Fuego Sky Dining, The Troika 



Teringin nak merasai pengalaman sky dining dan berlatarbelakangkan pemandangan KLCC yang tersergam indah? Apa kata korang cuba menjamu selera di Fuego Sky Dining, The Troika Kuala Lumpur. Menu-menu di sini adalah bertemakan South America Cuiseine dan untuk masuk ke sini korang perlu membuat tempahan awal terlebih dahulu. 

Aku difahamkan tempat ini selalu penuh dan masa yang diperuntukkan untuk pelanggan menjamu selera di sini adalah 2-3 jam. Bayaran pula, korang perlu memesan makanan dengan jumlah minima RM100 dalam satu resit. 
















Satu lagi yang korang perlu take note tempat ini berkonsepkan bar jadi ketika memesan makanan korang perlu beritahu untuk elakkan campur bahan-bahan terlarang. 

Selain pemandangan yang cantik, menu-menu dan hiasan juga sangat unik!




2. 99 Wonderland Park Selayang 

Aku kagum dan agak terkejut sebenarnya bila dapat tahu Selayang ada tempat macam ini. Manakan tidak, 99 Wonderland Park Selayang mempunyai segala-galanya untuk korang yang ingin luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan tersayang. 


Mempunyai 43 tarikan, antara yang menjadi tumpuan di sini adalah : 

  • 99 cruise ride
  • sky fountain 
  • saltwater crocodile 
  • 99 musical dancing fountain 
  • 99 Tapir Malaya 
  • 99 Monster fish 
  • 99 wild Island 
dan banyak lagi. Macam mini zoo sebenarnya tetapi di sini lagi enjoy dan menyeronokkan sebab pengunjung boleh memegang haiwan-haiwan tertentu dan ada diantaranya dibiarkan bebas. Memang best!  Harga tiket korang boleh rujuk di bawah.

Waktu Operasi : Selasa - Ahad ( Isnin Tutup) 





3.  Gamuda Cove, Dengkil

Siapa sangka perumahan baharu di Dengkil ini juga sebenarnya adalah destinasi pelancongan terbaharu di Selangor! Untuk luangkan masa di sini, aku rasa korang perlukan seharian kerana Gamuda Cove ini terlalu besar dan banyak tarikan menarik untuk diterokai. 

  • Paya Indah Discovery Wetland 


Mungkin ada diantara korang yang tahu mengenai Paya Indah Discovery Wetland. Untuk pengetahuan korang, Gamuda kini juga merupakan sebahagian pihak yang menguruskan kawasan ini. 




Apa yang menarik di Paya Indah Discovery Wetland ?  Nah aku senaraikan 
  1. Aktiviti berkuda 
  2. Hot Air Balloon 
  3. Animal feeding
  4. Puluhan buaya di tasik 
  5. Camping site 
  6. Insta-worthy port dan banyak lagi 
Perlu diingatkan ada di antara tarikan ini masih belum dibuka namun aku difahamkan pihak Gamuda akan mengumumkannya tidak lama lagi. 
  • Discovery Park 


Selain itu, buat korang yang sukakan aktiviti lasak, Gamuda Cove ini mungkin syurga buat korang kerana terdapat pelbagai aktiviti yang korang boleh buat. Antara yang mencuri tumpuan adalah Cove Aerobar di mana korang menikmati pemandangan keseluruhan Gamuda Cove di atasnya malah ia juga berkonsepkan ala-ala sky dining. 





Bezanya hanya 10 minit diperuntukkan berada di atas dan korang boleh bawa snek bersama. 

Selain Cove Aerobar, ini adalah tarikan lain bagi Discovery Park Gamuda Cove: 




  1. Goosebumps Rope Course
  2. Interactive Bicycle Trail
  3. Motormaniac ATV & Dirt Bike 
  4. Gamuda Cove Water themepark (akan dibuka tidak lama lagi) 

4. Sunset Cruise Di Atas Princess Amalin Yacth 



Untuk korang yang ada bajet besar, mungkin boleh nikmati pemandangan sunset yang cukup indah dari kapal layar Princess Amalin. Memulakan pelayaran dari Royal Selangor Yacht Club di Port Klang, korang akan menaiki kapal mewah ini selama 4 jam selain dijamu dengan pelbagai aneka makanan.


 

Dengan harga pakej sewaan RM19,500 ini antara yang ditawarkan : 

  • Dinner untuk 20 pax 
  • Unlimited coffee, tea and titbits 
  • PA System 
  • Seaport tax 
  • Kemudahan kapal 




Aku berkesempatan untuk meneroka hampir keseluruhan kapal dan tidak dinafikan ia memang sangat selesa, sesuai untuk korang yang ingin adakan majlis tertutup atau keraian bersama yang tersayang.


No comments: