Total Pageviews

HOHM Pavilion Bukit Jalil Kini Dibuka!

Bercakap mengenai produk atau barangan rumah yang cantik, eksklusif dan semestinya dengan harga yang berpatutan, apa kata korang pergi ke HOHM yang kini telah dibuka di Pavilion Bukit Jalil. 




Pelbagai Promosi Menarik 

Sama dengan Pavilion Bukit Jalil, gedung pelbagai barangan rumah ini baru sahaja dibuka pada awal Disember lalu dan tersedia dengan pelbagai promosi menarik. Antaranya seperti 
  • Mug berharga RM9.90 pada harga RM1.90 dengan setiap pembelian atas pembelian (PWP)
  • Merry Bear yang berharga RM59.90 juga boleh didapatkan dengan harga RM9.90 bagi setiap PWP. 




serta banyak lagi! Macam aku perasan jenama bantal dan kelengkapan bilik tidur terkenal, Jean Perry pun ada promosi, memang murah! 




Dalam HOHM ini terdapat pelbagai bahagian seperti : 

  • bahagian katil
  • barangan dapur
  • perkakas elektrik
  • lampu hiasan
  • barang dekorasi dan banyak lagi
Lebih 10,000 Produk






Mana tidaknya, ada lebih 10,000 produk tersedia dan berkeluasan 58,000 kaki persegi( bersamaan 114 katil katil King tau) HOHM Pavilion Bukit Jalil memang besar dan semestinya ada macam-macam. 







Hadiah Untuk Dimenangi 

Berita baik untuk korang! Bermula 26 December 2021 hingga 2 Januari 2022 akan ada HOHM boxing day dan year end sales promo. Selain itu, jangan lupa untuk sertai #NoPlaceLikeHOHM Contest giveaway bemula dari 24 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021 sebab korang berpeluang untuk memenangi baucer HOHM bernilai RM100.




Caranya hanya LIKE, FOLLOW & SHARE posting di HOHM FACEBOOK PAGE. Boleh ke page mereka - https://bit.ly/NoPlaceLikeHOHM untuk tahu dengan lebih lanjut! Jom ke HOHM Pavilion Bukit Jalil sekarang!

3 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

fuhh tempat berahantu ni.. masuk kat sini boleh jadi sawan emua rasanya nak beli heheheh

fafa (n_n) said...

Wahhhhh kalau masok sini memang rambang mata ni. I suka part pokok2 tu. Banyak tak plant yang dia ada?

Sunshine Kelly said...

Hari tu batu singgah, tempat ni memang best. Banyak jenes peralatan dan perhiasan rumah.