Total Pageviews

Meriahnya Raya Di Suria FM!

/ 8.4.24
Buat semua pendengar setia Suria FM, sepanjang Syawal ini, stesen radio tersebut kembali menyajikan pelbagai pengisian menarik menerusi kempen ‘Raikan Yang Dirai’. 


Pengisian menarik merangkumi program hiburan seperti Carta Suria Top 40 Raya, Morning Morning Suria Raya, Lagu raya Suria 2024 ‘Lebaran Menjelma’ serta muzik video OST ‘Nak Suami Raya’, disebalik tabir (BTS) dan drama raya Suria 2024, ‘Suami Raya’ .




Semua segmen ini boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh ditonton menerusi platform digital Suria, laman web suria.my, saluran youtube Suria TV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan X).


“Bulan suci Ramadan telah tiba di penghujungnya dan semoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Jadi, marilah kita raikan kedatangan Syawal ini dengan penuh kesyukuran, keriangan dan kegembiraan sambil menikmati seleksi program hiburan menarik Suria FM yang bakal disajikan buat para pendengar.


Kami dari keluarga Suria FM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua dan semoga lebaran tahun ini membawa kegembiraan buat semua pendengar Suria” ujar Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin)


Drama Raya Suria 2024: ‘Suami Raya’




Tarikh ditayangkan: 1 April 2023 (Isnin)

Pautan/ Link Youtube: https://youtu.be/4iIH5cdjoS4

Suria dan penaja bersama Tsunami Pump mempersembahkan Drama Raya Suria 2024, berjudul ‘Suami Raya’ dengan menampilkan lakonan mantap Azlee Senario dan barisan penyampai Suria FM, Cik Piah sebagai watak utama, Dato Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Suraya Borhan, Rara, Chiwan dan DJ Lin.

Suami Raya ini berkisar tentang Yasmin, seorang wanita berkerjaya yang tekad untuk mencari suami sebelum tibanya Hari Raya, tetapi banyak halangan yang perlu Yasmin tempuhi demi mendapatkan seorang suami. 

Adakah misi Yasmin mencari suami raya berjaya? Jangan lupa saksikan drama romantik komedi ‘Suami Raya’ yang pastinya akan membuatkan korang tak kering gusi!


Disebalik tabir (BTS) ‘Suami Raya’




Tarikh ditayangkan: 2 April 2024 (Selasa)

Jangan lupa saksikan ‘disebalik tabir’ drama raya Suria 2024, ‘Suami Raya’ yang bakal ditayangkan pada 2 April (Isnin) ini dengan menampilkan barisan penyampai Suria FM bersama pelakon hebat, Azlee Senario. 

Nantikan temu ramah eksklusif bersama barisan pelakon mengenai watak mereka dalam ‘Suami Raya’ serta pengalaman mereka sepanjang berada di set penggambaran selama 3 hari di sekitar Lembah Klang!

Morning Morning Suria Raya




Tarikh disiarkan: 8 April - 12 April (Isnin - Jumaat)

Masa: 6.00 pagi - 10.00 pagi

Meriahkan pagi Raya korang bersama penyampai Morning Morning Suria, Dato Fizz, Ajak dan Kai, bermula Isnin hingga Jumaat, seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi! Raya kali ini lebih berseri dengan kehadiran barisan selebriti popular tanah air seperti Search, Nabila Razali, Aisha Retno, Aziz Harun, Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi.

Carta Suria Top 40 Raya



Tarikh disiarkan: 13 April (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi - 2.00 pm

Carta Suria Top 40 Raya memainkan lagu-lagu raya popular pilihan pendengar dan nantikan celoteh serta temu bual esklusif para penyampai mengenai sambutan raya, juga berkenaan drama ‘Suami Raya’, Lagu Raya ‘Lebaran Menjelma’, dan banyak lagi pada Sabtu (13 April 2024) jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang serta ulangannya pada Ahad (14 April 2024).

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia
Buat semua pendengar setia Suria FM, sepanjang Syawal ini, stesen radio tersebut kembali menyajikan pelbagai pengisian menarik menerusi kempen ‘Raikan Yang Dirai’. 


Pengisian menarik merangkumi program hiburan seperti Carta Suria Top 40 Raya, Morning Morning Suria Raya, Lagu raya Suria 2024 ‘Lebaran Menjelma’ serta muzik video OST ‘Nak Suami Raya’, disebalik tabir (BTS) dan drama raya Suria 2024, ‘Suami Raya’ .




Semua segmen ini boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh ditonton menerusi platform digital Suria, laman web suria.my, saluran youtube Suria TV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan X).


“Bulan suci Ramadan telah tiba di penghujungnya dan semoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Jadi, marilah kita raikan kedatangan Syawal ini dengan penuh kesyukuran, keriangan dan kegembiraan sambil menikmati seleksi program hiburan menarik Suria FM yang bakal disajikan buat para pendengar.


Kami dari keluarga Suria FM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua dan semoga lebaran tahun ini membawa kegembiraan buat semua pendengar Suria” ujar Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin)


Drama Raya Suria 2024: ‘Suami Raya’




Tarikh ditayangkan: 1 April 2023 (Isnin)

Pautan/ Link Youtube: https://youtu.be/4iIH5cdjoS4

Suria dan penaja bersama Tsunami Pump mempersembahkan Drama Raya Suria 2024, berjudul ‘Suami Raya’ dengan menampilkan lakonan mantap Azlee Senario dan barisan penyampai Suria FM, Cik Piah sebagai watak utama, Dato Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Suraya Borhan, Rara, Chiwan dan DJ Lin.

Suami Raya ini berkisar tentang Yasmin, seorang wanita berkerjaya yang tekad untuk mencari suami sebelum tibanya Hari Raya, tetapi banyak halangan yang perlu Yasmin tempuhi demi mendapatkan seorang suami. 

Adakah misi Yasmin mencari suami raya berjaya? Jangan lupa saksikan drama romantik komedi ‘Suami Raya’ yang pastinya akan membuatkan korang tak kering gusi!


Disebalik tabir (BTS) ‘Suami Raya’




Tarikh ditayangkan: 2 April 2024 (Selasa)

Jangan lupa saksikan ‘disebalik tabir’ drama raya Suria 2024, ‘Suami Raya’ yang bakal ditayangkan pada 2 April (Isnin) ini dengan menampilkan barisan penyampai Suria FM bersama pelakon hebat, Azlee Senario. 

Nantikan temu ramah eksklusif bersama barisan pelakon mengenai watak mereka dalam ‘Suami Raya’ serta pengalaman mereka sepanjang berada di set penggambaran selama 3 hari di sekitar Lembah Klang!

Morning Morning Suria Raya




Tarikh disiarkan: 8 April - 12 April (Isnin - Jumaat)

Masa: 6.00 pagi - 10.00 pagi

Meriahkan pagi Raya korang bersama penyampai Morning Morning Suria, Dato Fizz, Ajak dan Kai, bermula Isnin hingga Jumaat, seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi! Raya kali ini lebih berseri dengan kehadiran barisan selebriti popular tanah air seperti Search, Nabila Razali, Aisha Retno, Aziz Harun, Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi.

Carta Suria Top 40 Raya



Tarikh disiarkan: 13 April (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi - 2.00 pm

Carta Suria Top 40 Raya memainkan lagu-lagu raya popular pilihan pendengar dan nantikan celoteh serta temu bual esklusif para penyampai mengenai sambutan raya, juga berkenaan drama ‘Suami Raya’, Lagu Raya ‘Lebaran Menjelma’, dan banyak lagi pada Sabtu (13 April 2024) jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang serta ulangannya pada Ahad (14 April 2024).

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia
Continue Reading
Semakin dikenali ramai dan menjadi pilihan!  Kali ini Talia, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal. 


Menurut pengasas Talia, Datin Thalia Baiduri, motorsikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu. 


Bertuah buat siapa yang memenanginya bukan? Aku telah diundang ke majlis pengumumannya baru-baru dan turut berkesempatan untuk tengok hadiah tersebut, menarik!

"Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif.

"Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya hitam lepas amalkan setahun susu ini Alhamdulillah memang nampak perubahan," katanya pada sidang media majlis Talia Glitz Raya - Budaya Bertemu Busana baru-baru ini. 

Talia, 38, lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia berkata, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.


Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak.  Produk ini lelaki dan perempuan pun boleh minum ya. 

Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan. Jadi jangan lupa untuk beli dan mana tahu korang antara yang bertuah? 

Selain itu, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte. 



Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya wanita dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti. 

"Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan. 

"Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja," katanya. 

Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri. 

Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu. 

"Sertai keluarga kami dan kami akan bimbing untuk kita sama-sama berjaya," katanya yang mula aktif berniaga sejak 2018.

Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk. Segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini. 




Dalam perkembangan lain, untuk pengetahuan korang Thalia tidak pernah mengabaikan keluarga dan menguruskan rumah tangga setiap hari termasuk memasak. 




Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir itu berkata, walau apapun status seorang wanita, tugas sebagai isteri dan ibu perlu menjadi keutamaan. 

"Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak. 

"Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap. 

"Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu," kata ibu kepada empat cahaya mata itu. 

Sementara itu, kalau korang perasan nama Thalia viral baru-baru ini. Menurutnya,  Ramadan kali ini sangat bermakna kerana dapat bertemu dengan bapa yang terpisah sejak 30 tahun lalu. 

Bagi dirinya, bila diberikan rezeki bertemu semula, ini menjadi peluang terbaik untuknya membalas jasa bapanya. 

"Macam saya katakan sebelum ini, saya tak mahu fikir yang dulu-dulu, sekarang Allah bagi peluang saya sebagai anak akan cuba yang terbaik," katanya. 

TALIA Social Media

- Facebook - TALIA HQ
- Twitter - @bunda_liaaa
- Instagram - taliabeautyhq
- TikTok - @thaliabaiduri
- Website - www.talia.com.my

Semoga terus sukses Datuk dan Datin! 

Talia Belanja Dua Buah Motorsikal!

by on 23.3.24
Semakin dikenali ramai dan menjadi pilihan!  Kali ini Talia, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi menawarkan dua buah motorsikal ...
Meski sudah berlalu, namun konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza masih hangat diperkatakan.



Selain paduan vokal yang tidak dinafikqn lagi, busana yang diperagakan oleh penyanyi nombor satu negara itu turut mencuri tumpuan.

"Momen indah pasukan kami" itu adalah gambaran buat pereka muda, Amirul Safwan.


Tiada kata yang boleh digambarkan saat melihat Siti memakai baju rekaannya lebih-lebih lagi dalam sebuah konsert mega penyanyi itu. 

Pengasas jenama Bianca Bella, Amirul, 28, yang merendah diri berkongsi dia dan pasukannya teruja saat melihat baju mereka menjadi pilihan dan digayakan dalam konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini. 

"Segalanya bermula ketika kami diberi kepercayaan menyiapkan baju TokTi pada persembahan sempena tahun baru dan melawat Melaka 2024 lalu, di situ detik perkenalan bermula. 

"Bila mendapat peluang untuk menyediakan busana sempena konsert TokTi saya dan pasukan tahu ini peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan," katanya. 



Digelar Adik Bianca oleh Siti, Amirul berkata baju berkenaan disiapkan dalam tempoh sebulan serta dibantu Shafik Izzuddin dan Norshazratul Aisyah. 

Katanya, warna dan material yang digunakan bagi busana itu ialah songket tempatan yang dipilih sendiri oleh Siti. 

"Memang teruja pada masa sama gementar maklumlah kami masih setahun jagung tapi diberi kepercayaan oleh penyanyi hebat seperti TokTi. 

"Jujurnya tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini saya tidak pernah terlintas akan jahit dan reka pakaian untuk TokTi, ini semua rezeki sangat bermakna," katanya. 


Untuk rekod, Bianca Bella beroperasi di Duyung, Melaka sudah dua tahun aktif dan menawarkan koleksi rekaan baju eksklusif terutama untuk raja sehari. 

Lebih bermakna apabila baju rekaannya itu mendapat pujian ramai termasuk netizen yang memilih ia antara yang terbaik pernah disarungkan oleh penyanyi Menyapa Dunia itu. 




Siti turut dipuji kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada pereka muda untuk menyiapkan baju dalam konsert berskala besarnya. 

Perkongsian Siti pada hantaran di akaun Instagram miliknya mendapat hampir 40,000 tanda suka dengan 400 komen. 

Bercerita lanjut, Amirul mengakui terharu dan kagum dengan sifat merendah diri penyanyi kesayangan ramai itu. 

"Semua proses berjalan dengan lancar dan mudah. TokTi sangat profesional dan tahu apa yang diinginkan oleh dirinya. 

"Bagi kami pastinya berusaha mahu memberikan yang terbaik, Alhamdulillah dengan reaksi positif yang diterima lebih-lebih lagi untuk orang baru seperti kami," katanya. 

Amirul juga mengakui berkat doa ibu bapa juga antara yang memungkinkan segalanya dan menjadikan semua ini kenyataan. 

"Kami masih baru, ini permulaan yang sangat bermakna dan indah buat kami. Terima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kak Rozie dan pasukannya yang percaya pada kami. 

"Pastinya pengalaman ini sangat berharga buat Bianca Bella dan menjadi pemangkin untuk kami terus menjadi lebih baik," katanya. 

Baju rekaannya dalam rona emas merah hati gelap, digayakan oleh Siti pada segmen Bayu Timur di konsert yang berlangsung pada 9 Mac lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Baju Cantik Siti Nurhaliza Sebenarnya Rekaan Bianca Bella

by on 15.3.24
Meski sudah berlalu, namun konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza masih hangat diperkatakan. Selain padua...

Korang! Nikmati 80 jenis hidangan dan lebih dari 12 Gerai Live Cooking sempena Buffet Ramadhan 2024 di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong. 




Kalau korang nak tahu,buat julung kalinya Lugar De La Boda akan bertukar lokasi dari Dewan Lugar De La Boda ke lokasi baru di Dewan MSBJ Puchong Utama7 (Waze : Dewan MSBJ PU7). Ia hanya 1.2 km dari Dewan Lugar De La Boda. Untuk ramadhan kali ini, Lugar De La Boda akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-7 di Dewan MSBJ PU7, Puchong. 



Aku pun antara yang hampir setiap tahun ke sini. Insyallah, semuanya sedap belaka masih teringat akan sambal sotongnya harap tahun ini ada lagi. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. 










Buffet ramadhan harga bawah RM90 di Selangor ini bermula dari 15 Mac 2024 (Jumaat) hingga 7 April 2024 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar kawasan dewan.


Kenapa Perlu Pilih Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7?



Antara sebab kenapa korang perlu berbuka puasa dengan buffet ramadhan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda Puchong ini :

- Makanan memang sedap (terutamanya lamb grill yang unlimited tau)

- Dewan yang berhawa dingin

- Parking yang luas dan dekat

- Perkhidmatan rela untuk mengawal lalu lintas ( 300 pax keatas)

- Dewan yang luas boleh memuatkan sehingga 600 pax

- Gerai makanan ada di luar dan juga didalam dewan

- Kerusi bayi disediakan (1st come 1st serve)

- Pelbagai jenis menu yang memang menepati citarasa korang


Senarai Menu Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7

Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari.









Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'live cooking' yang korang wajib cuba :

-  Lamb grill live - menghidangkan kambing grill hanana bersama coleslow dan sos black pepper'

-  Special stall : live kuih badak berendam & juga kuih onde2

- Noodles : mee kari chinese style/mee bandung/mee rebus /soto /bihun sup

- Stall Aiskrim


 Korang juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuey Teow, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain.


Selain itu, korang bakal menikmati pencuci mulut seperti bubur of the day, buah-buahan tempatan, kuih-muih melayu, pelbagai jenis kek dan beberapa hidangan lain.


Harga Buffet Ramadhan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda


Korang boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi menu apabila berbuka puasa di buffet ramadhan puchong - Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda pada harga seperti berikut :


Dewasa  - RM85 (Seorang)

Kanak-Kanak (Bawah 11 Tahun) - RM49 (Seorang)

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)


Special Price : 10 Pax RM 75 Seorang ( Dalam 1 Resit Rm750 Sahaja)


* Percuma Kepada Sesiapa Yang Hari Lahirnya Jatuh Pada Hari Tersebut. (Sila Tunjukan Kad Pengenalan Ketika Pendaftaran)


Untuk tempahan buffet ramadhan Puchong 2024 di Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda, korang boleh ke link ini : https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanmbsj2024 , atau sila hubungi : 


Zuraini - 0163111074

Liana -   016-4318434

Shaidatul - 0166700473

Kak Lin – 017-2345297

Website : www.hananagroup.com

tiktok : https://www.tiktok.com/@hananastation


Hashtag :

#buffetramadhan #iftarramadhan #bukapuasa #ramadhan #buffetramadhan #buffetramadhan2024 #buffetlugardelaboda #ramadhantiba

#buffetramadan #buffetramadhanpuchong #buffetramadhanhanana #iftarramadhan #iftar #ramadhanditiktokshopping #ramadhantiba


Buffet Ramadhan Harga Bawah RM90 Di Selangor | Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong

by on 11.3.24
Korang! Nikmati 80 jenis hidangan dan lebih dari 12 Gerai Live Cooking sempena Buffet Ramadhan 2024 di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, P...
Kembali menghangatkan selatan semenanjung, Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) bagi edisi 2.0 akan menampilkan sembilan (9) pemuzik Nusantara yang akan menghangatkan pesta 10 jam tanpa henti tersebut pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor.




Festival AMK yang memasuki tahun kedua penganjuran kini dikenali AMK 2.0 akan menjanjikan satu festival muzik yang tidak akan dapat dilupakan di mata pemegang-pemegang tiket.




CoAction Events Sdn Bhd selaku penganjur AMK 2.0, dengan bangganya mengumumkan sembilan pemuzik Nusantara terdiri daripada kumpulan Masdo, IAMNEETA, Saixse, Feel Koplo, Imran Ajmain dan Ratu Rock Negara, Ella.


Lebih menarik, Afgan dan kumpulan Nidji akan diterbangkan khas dari Indonesia untuk menghiburkan peminat-peminat. Bakal mencetuskan fenomena seperti kelazimannya, , kumpulan Exists turut akan mencipta sejarah baharu dalam AMK 2.0 yang akan bermula dari pukul 3 petang sehingga 12 malam.

"Seramai 12,000 orang hadir di Aku.Muzik&Kamu yang julung kali diadakan tahun lepas.

Festival ini begitu berjaya sehingga dicalonkan sebagai Acara Dalam Negeri Terbaik Johor untuk 2023. Tahun ini, kami menjangka kehadiran dalam 15,000 pengunjung dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak.

"Festival muzik kali ini akan terus menampilkan sembilan pesohor seni muzik bakat tempatan dan Indonesia. Mereka mewakili genre muzik yang berlainan untuk menepati citara pengunjung kami nanti.

"Ini adalah landasan kami untuk menyemarakkan industri seni, dengan menyatukan bakat-bakat muzik Nusantara, sekaligus memberi kepuasan maksima kepada semua pembeli tiket," ujar Pengarah Eksekutif CoAction, David Emir Baring.

Di kesempatan itu, David turut  berterima kasih kepada rakan kongi strategik festival tersebut, seperti pihak Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Visit Johor dan juga rakan kongsi media, Astro Malaysia Holdings kerana turut bersama menjayakan festival tersebut.







Dalam perkembangan lain, untuk Exists, menyertai Festival AMK 2.0 adalah seperti 'menunaikan kewajipan' kembali ke negeri kelahiran, Johor lalu menghiburkan peminat mereka yang bukan hanya dari Malaysia tetapi Indonesia dan Singapura.

"Bersedialah untuk berpesta dengan lagu-lagu yang akan membawa kalian pulang ke zaman nostalgia. Jumpa di Festival AMK 2.0," ujar Along mewakili Exists.

Selain daripada persembahan yang hangat, festival ini juga akan menampilkan festival makanan dari MaQan Space untuk memuaskan pelbagai citarasa pengunjung, menawarkan pengalaman gastronomi yang melengkapi suasana festival ini.




Harga tiket adalah RM229 (CHILL ZONE FREE SEATING, RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING), RM369 (ROCK ZONE FREE STANDING) dan RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS) dan boleh dibeli menerusi platform www.ticket2u.com.my

Ella, Afgan, Masdo, Exists, AMNEETA Bakal Meriahkan Festival Aku.Muzik & Kamu 2.0

by on 6.3.24
Kembali menghangatkan selatan semenanjung, Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) bagi edisi 2.0 akan menampilkan sembilan (9) pemuzik Nusantara ...
Buat korang yang tinggal di kawasan Ara Damansara, Subang atau berhampiran yang ingin mencari Buffet Ramadan murah boleh cuba di Grand Pacific Ballroom yang terletak di dalam Evolve Concept Mall. 




Kalau soal buffet ramadan ini, secara peribadi aku tekankan tiga perkara; harga yang berpatutan, keselesaan dan kesedapan makanan. Untuk Grand Pacific Ballroom ini bagi aku not bad sebenarnya.  Sebagai info, buffet ramadan kali ini diuruskan oleh GPB MARKETING & MANAGEMENT gabungan antara Makngah Catering & Khm Wedding

Dengan harga dewasa RM88, kanak-kanak RM48, warga emas dan OKU RM68 masih boleh dikatakan berpatutan apatah lagi dengan dewan yang besar, eksklusif, selesa dan berhawa dingin. 

Untuk korang yang inginkan harga early bird sebanyak RM78 seorang, tempahan minima 200 pax diperlukan. Bagi aku sebenarnya penganjur boleh tawarkan harga promosi early bird ini untuk tempahan awal berbanding dengan tempahan yang agak berskala besar. 




Dari segi makanan, tema yang diperkenalkan adalah Selera Orang Kita dengan lebih 60 menu tersedia. 

Antara menu yang menarik adalah Nasi Kenduri dengan menu pilihan Nasi Beriani Mak Ngah, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca Sayuran, Jelatah Nenas dan Acar Buah. Daging Masak Hitam dia sedap, dua kali aku tambah!










Selain itu, ada juga hidangan panas seperti Noodle Stall, Pasta Stall dan Grill Stall. Dekat sini kalau korang nak makan Mee Kari, Kambing Bakar dan banyak lagi boleh dapatkannya. 






Aneka gorengan pun ada. Nak cucur udang, cucur bawang atau keropok lekor? Semuanya ada! 


Grand Pacific Ballroom boleh memuatkan 700 tetamu dalam satu satu masa dan dilengkapi fasiliti seperti ruang tempat kereta yang banyak, tandas yang bersih, dan surau yang selesa di Tingkat 2. 




Untuk info lain, ballroom ini  juga sesuai untuk semua jenis majlis termasuk korporat , perkahwinan, seminar dan semua majlis. 

Untuk pakej perkahwinan, ada pakej lengkap disediakan  termasuk ballroom, katering, dekorasi pelamin, fotografi, PA system dan emcee, serta event coordinator yang akan mengendalikan majlis perkahwinan korang.

Terdapat dua pilihan konsep katering iaitu secara buffet ataupun secara hidang. Harga pakej diorang bermula dari RM43500 untuk 500 tetamu, dan RM51000 untuk 300 tetamu secara hidang. 

Difahamkan sempena 'open day' diorang, ada diskaun sehingga 10k disediakan untuk pakej pilihan. Untuk tempahan atau pertanyaan korang boleh hubungi : 


013 610 1329 – Fazi 
016 8734032 – Khairul 
017 3201292 – Adibah 


Buffet Ramadan Murah : Grand Pacific Ballroom Evolve Mall

by on 5.3.24
Buat korang yang tinggal di kawasan Ara Damansara, Subang atau berhampiran yang ingin mencari Buffet Ramadan murah boleh cuba di Grand Pacif...