Total Pageviews

Four Points By Sheraton Puchong Hotel Pilihan Ketika PKPB

Suka untuk aku kongsikan sebelum ini aku pernah beberapa kali ke Four Points By Sheraton Puchong. Bukan setakat untuk stay malah aku pernah makan disini termasuklah untuk berbuka puasa. 




Hotel Four Points By Sheraton Puchong Terus Dibuka

So far hotel ini memang sangat memuaskan! Sebenarnya aku nak kongsikan pengalaman ini awal lagi tapi tertangguh dengan hotel lain pula. Bila nak kongsikan, tiba-tiba kerajaan umumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) selama dua minggu. 

Dalam Daerah Petaling

Jadi aku rasa inilah masa yang sesuai untuk kongsikan pada korang bahawa hotel-hotel masih lagi dibuka dan korang dibenarkan untuk menginap di dalam daerah yang sama. Kelebihan untuk orang yang berada dalam daerah Petaling adalah sebab banyak hotel-hotel terbaik terletak disini termasuklah  Four Points By Sheraton Puchong. 

Sebelum itu, untuk yang tertanya daerah Petaling merangkumi Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Damansara dan Puchong.  So lepas ini bolehlah korang check in sini! Short staycation kata orang! 

Pentingkan SOP

Berbalik pada pengalaman menginap di sini dalam norma baharu. Masa check in, korang perlu scan dan ikut SOP yang diwajibkan. Malah korang akan turut mengisi form untuk check sama ada korang ada kontak rapat dengan mana-mana pesakit COVID-19.




Untuk bilik, aku menginap di bilik Deluxe King yang mana tersedia katil bersaiz King beserta kemudahan-kemudahan lain. Seperti staycation aku yang lain-lain aku tersangatlah cerewet bab tilam dan bantal so far Four Points By Sheraton Puchong memuaskan hati, tak macam sebuah hotel di Shah Alam yang sangat mengecewakan aku! 

Pemandangan Bandar Puchong dari bilik hotel

The Eatery Buka Seperti Biasa 

Makan pula macam mana?  Jangan risau kerana restoran mereka iaitu The Eatery juga masih dibuka seperti biasa. Bagaimanapun untuk minggu PKPB ini, mereka hanya menyediakan masakan secara ala-carte dan take away sahaja. Harga dia sangat murah okay, trust me! 


Tetapi perlu diingatkan, habis je PKPB nanti sila datang makan dekat sini especially for dinner sebab diorang ada seafood buffet.  Harganya cuma RM100 per nett! So boleh masukkan dalam bucketlist korang okay especially seafood lover. 

Makanan Ala-Carte : 











Buffet (Seafood dia wajib try!)











Tertanya apa lagi boleh buat dekat sini? Macam-macam sebenarnya! Dekat sini ada indoor game yang korang boleh sewa dan main. Macam tempoh hari aku diberi peluang untuk cuba buat sendiri Mojito! Sedap rupanya! 






Korang suka shopping? Hotel ini sesuai sangat untuk korang stay sebab seberang jalan sana ada IOI Mall Puchong jadi tak perlu risau untuk balik lewat dan sebagainya. Kalau tak pasal PKPB, korang boleh je gunakan kemudahan gym dan kolam renang. Tapi disebabkan SOP kemudahan tersebut ditutup sementara waktu. 

Anyway di kesempatan ini, aku nak mengajak korang untuk sama-sama sokong dan bantu industri perhotelan dan pelancongan dalam negara. Kasihan bila ada yang tutup dan mereka yang bekerja disitu terpaksa mencari alternatif lain. Jadi untuk permulaan bolehlah stay disini! 

Untuk maklumat lanjut boleh KLIK SINI 



9 comments:

Aerill Hassan said...

Oh dekat dengan IOI mall puchong ke ni. bolehlah nnti bawa family datang hotel ni. tengok makanan2nya pun mmg sedap tu :)

Ummi said...

Eat-all-you-can tu macam memanggil2 sy utk dtg ke sini. Tapi kena tunggu lepas PKPB la.

Sis Lin said...

Betul tu, tengah wabak gini, kita pentingkan SOP dan kita jaga Kita, pasti tak kira laa mana kita stay atau di mana kita pergi, insyaAllah semuanya baik-baik aja.. pstt tak silap nanti JB pun akan ada Sheraton Hotel hehehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

Tak pernah lg pg hotel ni. Nampak nenarik dan cantik. Suka tengok

Decamellia said...

Suami Nur ada kerja di area sana smpai awal bulan november ni. Boleh laaa recommend dekat dia. Tq

Wai Yee aka Rane said...

I tried Four Points By Sheraton Puchong buffet before. not bad ah the food. I wish for staycation there soon too

Farhana Jafri said...

tak suka shopping tapi suka makan hehehe buffet dengan desserts dia nampak sedap lah khai!

Nina Mirza said...

Bestnya stay hotel. Dah lama tak bercuti. Risau! Tapi baca hok ni terjaga SOP, rasa yakin nak booking. Makaseh share..

HYPERGRAFIX said...

hotel nya nampak selesa, tersusun dan kemas.. menu hidangan pula alahai.. terliur kami menengoknya.. hehehe..