Total Pageviews

Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts
Nama Tun Fatimah bukan asing dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka. 



Kini, kisah perjuangan srikandi agung itu dihidupkan semula dalam bentuk yang penuh warna dan semangat melalui pementasan teater ‘Tun Fatimah: Srikandi Empayar Melaka’ yang berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Jun di Panggung Bangsawan Melaka.

Teater ini bukan sekadar hiburan semata, tapi satu pengalaman yang membawa penonton menyelami sejarah melalui seni. Diterbitkan oleh Boolan Trending dengan kerjasama Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM), dan sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Melaka menerusi JKKN Melaka serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), pementasan ini memang sesuatu yang patut dibanggakan.

Kisah Cinta, Tragedi dan Keberanian

Dalam teater ini, penonton dibawa menyelusuri perjalanan Tun Fatimah seorang wanita yang terpaksa memilih antara cinta dan tanggungjawab, antara tragedi dan keteguhan diri. 

Dikhianati, diuji, tapi tetap bangkit sebagai lambang keberanian dan kecerdikan wanita Melayu zaman silam.

Menurut pengarah teater, Lokman Ghani, karya ini bukan sekadar untuk hiburan semata-mata, tapi lebih kepada platform pendidikan dan penghayatan sejarah melalui seni yang dekat dengan hati masyarakat.

“Tun Fatimah bukan sekadar tokoh legenda. Dia adalah simbol wanita Melayu yang berani, cekal, dan berwibawa. Kami gabungkan elemen bangsawan klasik, silat teaterikal dan pendekatan moden supaya kisah ni lebih dekat dengan generasi sekarang,” kata Lokman.

Barisan Pelakon Hebat & Aksi Silat Memukau



Menariknya, teater ini dibarisi pelakon-pelakon terkenal seperti:
Neera Azizi sebagai Tun Fatimah
Ashraf Muslim sebagai Sultan Mahmud Shah
Aziz M. Osman dan Radhi Khalid sebagai penasihat istana & watak antagonis

Dan paling dinanti penampilan istimewa juara dunia silat, Al Jufferi Jamari yang mempersembahkan aksi silat tempur secara langsung atas pentas. 

Seni Budaya Sebagai Tarikan Pelancongan

Pementasan ini juga sejajar dengan usaha mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2025, dengan menampilkan warisan seni dan cerita sejarah sebagai salah satu tarikan utama. 


Ini bukan sahaja membuka ruang untuk pelakon tempatan dan bakat baharu menyerlah, tapi juga membantu generasi muda menghargai sejarah dalam bentuk yang lebih visual dan hidup.

Nak Tonton? Boleh Terus Walk-in!

Kalau tengah cari aktiviti yang lain dari biasa minggu ni, boleh terus walk-in ke Panggung Bangsawan Melaka untuk dapatkan tiket. Bawa kawan, keluarga atau pelajar untuk tonton perjuangan wanita Melayu dalam versi yang penuh gaya!

Teater Tun Fatimah: Srikandi Empayar Melaka
📅 13 – 15 Jun
📍 Panggung Bangsawan Melaka
🎟️ Tiket: Beli terus di pintu masuk

Tun Fatimah Bangkit di Pentas Teater

by on 13.6.25
Nama Tun Fatimah bukan asing dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka.  Kini, kisah perjuangan srikandi agung itu dihidupkan semula dalam bent...
Filem terbaharu di pawagam, "Mereka Yang Tertewas" dikhabarkan telah masuk beberapa pencalonan anugerah antarabangsa. 



Antaranya seperti Cannes World Film Festival, Amigo Blue Film Festival, dan Kuala Lumpur International Film Festival. Pencapaian ini telah membuktikan bahawa karya Islamik dari Malaysia ini setanding peringkat antarabangsa. 

Untuk info, “Mereka Yang Tertewas” merupakan sebuah filem Dato’ Zulkeflie M. Osman adaptasi  dari novel karya Hasanuddin MD Isa. Membariskan ramai pelakon hebat seperti  Zaidi Omar, Fiza Halim, Fad Anuar, Sherie Merlis, Adam Shariz, dan Mubarak Majid. 


Merupakan filem keluaran Tujuh Pelangi Maju Sdn Bhd, skrip filem ini turut mendapat sentuhan Rosman MD Shah. 

Untuk sinopsis, filem ini mengetengahkan kisah seorang lelaki bernama Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa yang berhijrah dari kampung asalnya ke Kampung Bukit Setugal untuk menyebarkan ajaran Islam.



Ia memaparkan bahawa usaha Lebai Pa untuk menyebarkan syiar Islam di Kampung Bukit Setugal ditentang oleh sebahagian penduduk kampung yang beranggapan bahawa beliau menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa. 

Namun, Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan agama tetap bersabar dan akhirnya dapat mengubah pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam.Ia mengetengahkan isu-isu yang berkait dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat setempat.



Mengetengahkan tema Islamik yang mendalam, pelbagai pengajaran dan tauladan bakal dilihat oleh penonton menerusi filem ini. Tidak hairan ianya diklasifikasikan sebagai filem 13 tahun ke atas. 

Untuk yang ingin menonton, Mereka Yang Tertewas kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 7 November 2024. 

Filem Mereka Yang Tertewas Masuk Pencalonan Anugerah Antarabangsa!

by on 9.11.24
Filem terbaharu di pawagam, "Mereka Yang Tertewas" dikhabarkan telah masuk beberapa pencalonan anugerah antarabangsa.  Antaranya s...
Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12 yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan diterbitkan oleh pelakon yang tidak asing lagi namanya dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Intan Ladyana.






Beliau yang terkenal dengan lakonannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci. Filem Banglo Seksyen 12 yang bakal menghantui peminat 25 Januari 2024 ini merupakan filem pertama terbitan Intan Ladyana.


Pihak produksi PRISMA PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGANDI GITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan dapat menemui penonton di pawagam.


Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air seperti Intan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini. Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.






Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.


Prisma Pictures Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem


REVIEW : AKAN DATANG

Banglo Seksyen 12 Filem Dari Kisah Benar?

by on 24.1.24
Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12 yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan diterbitkan oleh pelakon ya...
Imam Tanpa Makmum, sebuah filem romantik komedi terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio bakal ditayangkan di pawagam bermula 30 November ini. 


Filem Imam Tanpa Makmum Wajar Dipuji?

by on 23.11.23
Imam Tanpa Makmum, sebuah filem romantik komedi terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio bakal ditayangk...
Sejak kebelakangan ini banyak filem tempatan telah berada di pawagam tanah air. Baik dari genre aksi, cinta dan juga filem seram



Review Filem Eidolon : Bayangan Dendam Banyak Jump Scare Tapi ....

by on 2.3.23
Sejak kebelakangan ini banyak filem tempatan telah berada di pawagam tanah air. Baik dari genre aksi, cinta dan juga filem seram . 
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri tayangan perdana filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur. 


Review Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang : Brutal Habis!

by on 3.2.23
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri tayangan perdana filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang diadakan di Dadi Cinema Pavil...
Aku baru tahu yang drama drama bersiri komedi romantik Korea (K-Drama) popular, She Was Pretty kini diadaptasi dalam versi Malaysia. 


Tonton She Was Pretty (Malaysia) Di VIU Original

by on 23.7.22
Aku baru tahu yang drama drama bersiri komedi romantik Korea (K-Drama) popular, She Was Pretty kini diadaptasi dalam versi Malaysia. 
Aku boleh cakap kebanyakan filem tempatan sudah bangkit daripada kegagalan filem terdahulu yang mana sebelum ini pernah dikritik hebat. Baik dari segi barisan pelakon mahupun sinematografi, segala aspek menjadi kecaman penonton.


Aku Dah Tengok Filem Hutang 2D! Akhirnya Ada Juga CGI Yang Tak Mengecewakan

by on 5.8.21
Aku boleh cakap kebanyakan filem tempatan sudah bangkit daripada kegagalan filem terdahulu yang mana sebelum ini pernah dikritik hebat. Baik...
Pada mulanya bila terbaca tajuk filem Petaka, aku sangka kan mungkin macam filem mistik apatah lagi pada permulaan filem ada menyebut mengenai rumah pusaka. 


Review Filem Petaka : Sedih! Dan Wajib Tonton

by on 17.2.21
Pada mulanya bila terbaca tajuk filem Petaka, aku sangka kan mungkin macam filem mistik apatah lagi pada permulaan filem ada menyebut mengen...

Actually bukanlah niat aku untuk jatuhkan mana-mana jenama dekat sini. Cumanya perasaan terkilan yang tidak terhingga membuatkan aku tergerak hati untuk tulis artikel ini.


Pengurusan TGV Masih Lemah!

Dulu aku selalu je support TGV, selain kempen kalau untuk tengok movie pun TGV adalah pilihan utama aku. Kalau setakat walk in, tiada masalah tetapi kalau korang guna pembelian secara Online Yes! Ini adalah masalahnya dan aku sekali lagi alaminya. Suka untuk aku throwback balik sebelum ini, ada beberapa masalah mengenai sistem bayaran TGV. Kalau dulu aku tak boleh buat langsung booking alasan dorang adalah kerana sistem down. Okay tak apa itu boleh dimaafkan.

Bayaran Diterima  Tetapi Tiket Tak Dapat



Cerita dia minggu ni ramai yang  menunggu untuk menonton filem Avengers Infinity War dan kebanyakan panggung sudah pun sold out tiket ini pada hari pertama dan kedua tayangannya.



 Aku pun as die hard fans  filem Marvels , sempat  lah beli pada Isnin haritu, dan dapat resit menyatakan pembayaran diterima. Selalu beli online akan terima satu lagi email iaitu tiket filem tersebut. Tapi disebabkan kerja banyak dan aku pun lupa nak semak balik terus assume akan dapat email pengesahan.

Tiket Tiada Dalam Rekod

Nak dijadikan cerita semalam masa nak semak email pengesahan itu, aku check TAK ADA! Okay aku dah gelabah kejap. So aku pun call la dorang punya khidmat pelanggan dan kedengaran dia beroperasi dari jam 9 pagi – 9 malam. Kali pertama call tak angkat, dua kali tak angkat dan kali ketiga pun sama. Kecewa sekejap.

So aku pun dm la twitter account dia dengan harapan akan dibalas so around 5-10 minit camtu dorang pun balas dengan minta butiran maklumat. Mujur juga aku sempat print screen nombor seat sebab nak tunjuk dekat member seating yang mana.  40 minit kemudian dia reply cakap tiada dalam rekod untuk pembelian tersebut.



Dem!! I was like … urghh gila geram kot how come on my fav movie this thing boleh jadi? Dia cakap akan pulangkan duit dalam masa 14 hari bekerja. Aku tak kisah pasal duit, tapi pasal keinginan nak tengok tu, then dapat tau takde dan kau dah janji dengan orang untuk tengok terpaksa dilupakan macam tu je. Nak beli tiket lain semua SOLD OUT.

Okay the thing is, aku tak marah sangat pasal tiket tak de dalam rekod. Mungkin ada technical problem or so on. Tapi yang aku marah sangat kenapalah tak angkat call!  Banyak kali call, then suruh tunggu then talian diputuskan. Ini bukan first time tapi banyak kali juga dulu jadi benda yang sama. 

Perlu Penambahbaikan 

Serius aku emo gila semalam sampai patahkan membership TGV  tanda bengang dengan management dorang. Langsung tak ada penambahbaikan!  Rasanya panggung wayang lain sistem dorang lebih sistematik dan mudah. Too bad TGV,  I IS DISSAPOINTED WITH YOU! Hopefully you guys improve on this and be more efficient.

Sincerely.

Your ex fans 

Kecewa Dengan TGV Cinemas

by on 26.4.18
Actually bukanlah niat aku untuk jatuhkan mana-mana jenama dekat sini. Cumanya perasaan terkilan yang tidak terhingga me...
Bulan ini, dua filem tempatan menjadi sebutan netizen. Jika filem Badang menerima kritikan hebat, filem Surf This Love lakonan Shukri Yahaya, Christina Suzanne pun tidak kurangnya.

Filem Surf This Love Lagi Best Dari Badang!

by on 21.2.18
Bulan ini, dua filem tempatan menjadi sebutan netizen. Jika filem Badang menerima kritikan hebat, filem Surf This Love lakonan Shukri Yaha...

Aku jarang – jarang nak update pasal hiburan dekat sini sebab bukan niche blog aku untuk fokuskan pasal hiburan. Tapi bila melihat trailer filem Surf This Love ni, aku rasa terpanggil pula untuk menulis.



Penggunaan Bahasa Kasar Dalam Filem


Bukannya apa filem yang mengisahkan mengenai kehidupan luncur di Malaysia ini pada aku agak bagus sebab mengetengahkan sukan air lebih mendalam kepada penonton nanti. Cumanya ada beberapa elemen filem ini yang bakal mencacatkan filem ini yang dijangka  akan ditayangkan pada 22 Februari ini. Salah satunya adalah penggunaan bahasa yang bagi aku agak kasar untuk digunakan dalam filem. 



Antara perkataan –  perkataan tersebut adalah seperti ‘sial’ , ‘hawau’ dan  ‘ bangang’ . Mungkin penggunaan perkataan ini bukanlah secara terus tapi tujuannya? Haa bak kata orang matlamat tak menghalalkan cara.

Pelakon Tidak ‘Star’


Satu lagi yang bakal  jadi persoalan kepada filem ini adalah pemilihan pelakon.  Surf This Love  membariskan barisan pelakon – pelakon seperti Shukri Yahya dan Christina Suzanne selaku pelakon utama serta turut dibantu Josiah Hogan, Beto Khusyari, Pekin Ibrahim dan Farid Kamil.



 Melihatkan pada nama – nama ini terus terang aku cakap nama mereka tidak dinafikan memang terkenal tapi sejauh mana mereka mampu membawa filem ini menjadi ‘pecah panggung’ atau sekadar hanya 1 hit wonder ? Apa pun kalau lihat trailer filem ini,  Shukri Yahya berjaya membawa wataknya  dengan baik dan mungkin boleh lihat sisi ‘nakal’ Shukri Yahya seperti shirtless bagai. Eyes on you girl! 



Orang kata kalau tak ada gimik or kontroversi filem tu tak akan jalan. Aku sendiri pun dah lama tak tengok filem melayu dekat wayang sebab kadang – kadang kecewa dengan kualitinya. Tapi untuk Surf This Love, aku agak looking forward sebab filem ini adalah filem sukan air pertama di Malaysia. 



Manalah tahu Surf This Love ni gempak macam Baywatch ke? 




Atau macam Ada Apa Dengan Cinta since filem ini dilakonkan di Pulau Tioman dan Bali. So adalah idea nak travel nanti enn?



So anyone yang nak tengok filem ini sekali? Jom!

*Terfikir kenapa nama watak dia Billy, Jimmy bagai? Boleh je letak Kamal , Mazlan ke apa LOL 

Banyak Bahasa Kasar! Filem Surf This Love Undang Kontroversi

by on 5.2.18
Aku jarang – jarang nak update pasal hiburan dekat sini sebab bukan niche blog aku untuk fokuskan pasal hiburan. Tapi bila melihat trail...
Untuk korang kaki selfie, suka insta stories macam aku tak kira masa, dan addicted kepada media sosial tak kira waktu dan tempat, korang wajib tengok filem pendek ini, FILODOXIA. Sebabnya aku lepas tengok pun insaf weh 


FILODOXIA - Korang Wajib Tengok Ending Dia! Sedih!

by on 18.5.17
Untuk korang kaki selfie, suka insta stories macam aku tak kira masa, dan addicted kepada media sosial tak kira waktu dan tempat, korang...
Review Filem My Stupid  Boss At first bila aku dapat jemputan untuk hadir ke Malam Gala Tayangan My Stupid Boss baru - baru ini, rasa macam malas. Yer la aku ni bila bab filem melayu atau indonesia , kurang sikit sebab boleh predict cerita dia macam mana. Cerita Ada apa dengan cinta 2 pun tak rasa nak tengok. maaf ya ! 




So bila tengok senarai pelakon ada Bunga Citra Lestari , Reza Rahadian , Atikah Suhaimie, Bront Paralae , Kinwah Chew , Iskandar Zulkarnain bagai dan filem ini gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia, aku pun RSVP Yes dan hadir ke malam tersebut 






Ramai juga peminat dan Media yang hadir ke malam gala yang diadakan di GSC Pavilion. Siap menjerit - jerit nama pelakon yang diorang minat. Wow! Not bad juga penangan filem ni. 

Aku pun memang bercadang nak balik awal walaupun filem tak habis lagi. Maklumlah esok kerja dan aku agak cerita ni pun mesti biasa - biasa. 




Tapi semua plan tu tak menjadi langsung! Aku tengok cerita ni sampai habis lepas tu gelak memanjang je. Tak percaya korang pergi tanya Amir Nawawi , kiteorang memang layan habis cerita ni

Ulasan aku cerita ini memang simple, tapi sarat dengan komedi yang bakal membuatkan korang gelak setiap masa, dan untuk filem ini aku bagi 4 Bintang! best weh, korang wajib pi tengok!! 


Sinopsis My Stupid Boss 

Filem yang diangkat dari novel dan kisah benar ini mengisahkan Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di sana, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara.
Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman memiliki tingkah laku yang pelik tetapi karakternya melucukan. Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara.
Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu ‘Bossman Always Right’. Setiap keinginannya harus dituruti semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman. 



Review Filem My Stupid Boss

by on 22.5.16
Review Filem My Stupid  Boss At first bila aku dapat jemputan untuk hadir ke Malam Gala Tayangan My Stupid Boss baru - baru ini, rasa ma...