Total Pageviews


Siapa yang nak kahwin korang wajib baca entry ini weh! Sebab apa? Kali ini aku nak kongsikan dengan korang mengenai pakej dan promosi yang dianjurkan oleh Hanana Group Sdn Bhd! 


Nak Kahwin? Diskaun RM5000 Menanti Dari Hanana Group Sdn Bhd

by on 31.7.18
Siapa yang nak kahwin korang wajib baca entry ini weh! Sebab apa? Kali ini aku nak kongsikan dengan korang mengenai pakej dan promosi yang...
Hai semua! It's been awhile tak update blog! Ampun semua ampun!


Beberapa tahun lepas, aku and kakak aku pergi travel ke Europe UK-Itali- German- Ireland dan mana entah satu lagi.. Haha lupa. Time tu umur aku baru 19 tahun. Sekarang dah 26. Mahu tak lupa.kah kah.

Alkisahnya, aku ni memang penggemar Carbonara. Tapi tak pernah langsung terfikir nak masak sendiri. So one day, aku order Carbonara kat kedai Arab ni yang halal. Kemudian, aku tengok lah dia masak. Balik rumah tu ape lagi. 

Aku pun alter lah mana yang patut. Oleh kerana aku suka pedas and then taste tekak memang suka masakan Melayu, aku pun campurkan lah bahan2 kasi lebih more flavourful.Balik Malaysia, aku cubalah masak untuk member2 and family. Since that lah memang jadik signature dish aku aje.

Tapi kan, nak adjust rasa dia sampai tak jadi dull tu memang lama. Aku ambil masa 6 tahun lebih kurang macam tu lah improvise resepi aku dari semasa ke semasa. Hope korang suka kah. Aku kongsi sama mengongsi aje..Hehe Meh nak share meh. Kalau tidak, resepinya cuma Carbonara dan whipping cream aje.

So ni bahan- bahan dia:

1- Mix herb- oregano, dried basils, fresh parsley & bay leaves
2- Bawang Holland ka Bombay ka sama sejja
3- Bell peppers
4-Chillie flakes
5- Blackpepper
6-Lemon
7- Chicken or seafood yang korang suka lah (I preferred  salmon block yang dibuang tulang- belulangnya)
8- Pastas
9- Whipping cream
10- Olive oil
11- Brown mushroom- dihiris

Cara- cara:

1- Rebus pastas selama 6 minit. Sesungguhnya rebus pasta berlebihan dari 8 minit akan menyebabkan pasta terlalu lembik dan soggy. Nanti kalau terlampau masak tak sedap jadinya pasta tu.
 Untuk mendapatkan texture yang elok, sila masukkan sedikit garam ya bukan minyak.Hanya mitos yang mengatakan bahawa nak miliki texture yang cantik, anda perlu letak minyak. Ianya tidak perlu sama sekali.

2- Tos kan pasta menggunakan strainer. Letakkan ice atau air sejukdan rendam pasta tersebut bagi menghentikan cooking process pasta tersebut. Nanti terlebih lembik pula kan...

3- Di dalam kuali yang sesuai, letakkan satu hingga dua sudu olive oil untuk menumis. Kemudian, masukkan mix herb, bawang holland, bell peppers, brown mushroom,chillie flakes secukupnya. Perah kan sedikit lemon tabur garam dan gula secara rawak yang anda suka. I biasa campak- campak aje.. hehe. Kemudian, bila kesemua bahan dah naik bau, sebati dan bawang- bawang mulai layu, masukkan lah ayam. Ohh lupa, masukkan sekali daun pasli yang segar ya.

4- Masukkan whipping cream sampai menggelegak kuahnya. Saya tak guna kan cheese sebab cheese akan membuatkan makanan menjadi terlampau muak. 
Kemudian, selepas whipping cream dah mulai pekat, masukkan aje pasta yang telah direbus, kemudian kacau aje sampai sebati. Kemudian, hidangkan lah atas meja. 


*Aku suka tumis dulu herba campuran sebab rasa dia akan jadi lain dan lebih naik.
* Nak guna thickening cream pun boleh cuma jangan gunakan cheese atau pun susu cair. Nnati tak sedap.
*Boleh modify atas kesukaan anda. Ini cuma style saya sahaja.
*Kalau nak buat creamy pasta, tambahkan aje sedikit sos pasta merah sebelum masukkan sos putih. Pun sedap juga. Jadiklah Creamy spaghetti.
*Boleh pakai spaghetti, spiral, macaroni, angel hair atau linguine ikut kesukaan korang. No problem ok? 

gambar ihsan google dulu kah! 

Resepi Carbonara Sedap!

by on 16.7.18
Hai semua! It's been awhile tak update blog! Ampun semua ampun! Beberapa tahun lepas, aku and kakak aku pergi travel ke Europe ...
Siapa sangka, perlawanan bola sepak dunia, FIFA World Cup 2018 kini berada di kemuncaknya dengan menyaksikan pertembungan akhir diantara Croatia dan Perancis dalam pusingan akhir. 

Jualan Murah Lazada Sempena Final FIFA World Cup 2018!

by on 15.7.18
Siapa sangka, perlawanan bola sepak dunia, FIFA World Cup 2018 kini berada di kemuncaknya dengan menyaksikan pertembungan akhir diantara C...