Kalau perasan, sekarang ini terdapat banyak lambakan tempat BBQ ataupun steamboat terutama di Lembah Klang. 


BBQ Poolside Di Royale Chulan Kuala Lumpur

by on 31.8.23
Kalau perasan, sekarang ini terdapat banyak lambakan tempat BBQ ataupun steamboat terutama di Lembah Klang. 
Rasanya jenama Larrie tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja terkenal sebagai jenama kasut tempatan sejak 1978 malah kini mereka menawarkan penjagaan tapak kaki untuk pembelinya dengan menyediakan insole yang selesa pada setiap kasut rekaan Larrie.


Seperti yang korang sedia maklum, pemakaian kasut yang selesa adalah penting untuk penjagaan kaki pada jangka masa yang panjang. 

Secara umumnya, antara kebaikan pemakaian insole yang bersesuai dengan kaki kita adalah seperti mengurangkan keletihan otot, memperbaiki postur badan kita serta menyelaraskan semula kaki anda jika overpronate (roll in) atau supinate (roll out). 

Jujur aku katakan ciri kasut yang terbaik adalah yang mempunyai insole malah aku sendiri sudah menggunakan Larrie sejak zaman belajar lagi. 


Melihat kepada berapa pentingnya insole kasut kepada pengguna, Larrie telah mengeluarkan 2 jenis insole yang  bersesuaian untuk pemakaian harian baik untuk lelaki mahupun wanita. 




Menurut Lenson Chong, selaku Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd berkata 

“ Selain menitikberatkan rekaan yang berkualiti dan mengikut perkembangan fashion, kami juga sentiasa mementingkan keselesaan penjagaan kaki untuk setiap kasut yang direka. Keselesaan pastinya menjadi faktor utama pembelian setiap kasut dan kerana itu juga setiap insole yang direka adalah melepasi ujian makmal yang ditetapkan”

Untuk lelaki, Larrie memperkenalkan Rebound Foam Footbed yang direka dengan menggunakan kusyen yang lembut dan selesa serta tidak licin untuk memastikan pemakaian yan selesa dan berterusan. 




Rebound Foam Foodbed untuk lelaki ini juga dapat membantu membentuk kaki korang serta mengagihkan berat badan secara rata untuk pengalaman berjalan yang selesa. 

Selain terdapat lapisan anti bakteria yang mana untuk menyokomg pemakaian sepanjang hari, Larrie Rebound Foam Footbed juga direka untuk mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu  berjalan. 

Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu yang menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan dan tekanan pada setiap langkah. 




Untuk para wanita pula,  tersedia dengan Larrie Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles. Selain ianya anti bakteria, setiap insole yang direka adalah free-size dimana setiap pembeli boleh memotongnya mengikut size kaki sendiri dengan mudah. 

Penggunaan insole ini juga mampu mengurangkan sakit kaki ketika melakukan aktiviti riadah atau melancong. Selain itu sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki kita. 

Antara kelebihan lain adalah dapat memberi keseimbangan dan kekuatan kaki. 




Kalau korang nak beli kedua-kedua Larrie insoles pun boleh dibeli secara berasingan atau berserta kasut di butik mereka atau secara atas talian di www.larrieshoes.com dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00. 

Kalau yang belum pernah pakai Larrie, cuba dapatkan sepasang dan rasai keselesaannya.

Kasut Larrie Bukan Sahaja Murah Tetapi Bagus Untuk Kesihatan!

by on 10.8.23
Rasanya jenama Larrie tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja terkenal sebagai jenama kasut tempatan sejak 1978 malah kini mereka menaw...