Kalau korang jenis suka sarapan berat ala Pantai Timur, aku rasa korang wajib cuba nasi dagang dekat Grannie's.
Sebelum Ini memang ramai kenal sebab diorang selalu jadi perhatian dekat La Cucur KLCC, tapi sekarang lagi mudah sebab dah buka kiosk sendiri dekat Taman Melawati.
Aku rasa ini antara port nasi dagang paling sedap sekitar KL yang masih maintain rasa tradisional tapi dalam masa sama nampak premium dan eksklusif.
Grannie's Dah Popular Sejak Dulu
Sebenarnya jenama Grannie's ni bukan baru. Diorang dah mula sejak tahun 2018 lagi dan perlahan-lahan jadi antara jenama nasi dagang yang ramai orang cari sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Apa yang buat ramai repeat mestilah sebab rasa dia konsisten. Nasi dia lembut, kuah gulai pekat dan balance, memang ngam makan waktu pagi.
Lagi satu diorang guna beras basmathi, sebab tu rasa dia lain sikit daripada nasi dagang biasa dan harga agak sedikit mahal. Memang sesuai dengan harga dan kualiti yang diorang bagi.
Lokasi Baru di Taman Melawati
Sekarang Grannie's beroperasi di dalam restoran Sajian Mak Lang, Taman Melawati. Lokasi ini memang strategik sebab senang nak singgah kalau duduk area KL, Gombak atau Ampang.
Lagi best sebab sekarang ada kiosk tetap, jadi lebih selesa untuk dine in ataupun tapau.
Waktu operasi dia bermula dari jam 7 pagi sampai 12 tengah hari setiap hari. Kalau jenis suka breakfast heavy atau brunch memang ngam sangat.
Menu Bukan Setakat Nasi Dagang
Walaupun signature utama mestilah nasi dagang, tapi pilihan menu dekat sini memang banyak juga. Antara yang korang boleh cuba:
* Nasi lemak sambal ikan
* Nasi minyak Terengganu
* Laksa kuah putih
* Laksa kuah merah
* Pulut lepa
* Pulut tapai
* Pulut dakap
* Ropa ayam
* Keropok Lekor rebus dan goreng serta banyak lagi.
Aku suka sebab menu dia masih kekalkan citarasa tradisional Pantai Timur.
Rasa macam makan dekat rumah orang lama-lama tapi versi lebih premium.
Pernah Jadi Pilihan Ramai Selebriti & VVIP
Menariknya, Grannie's ini pun pernah jadi pilihan ramai selebriti dan VVIP terkenal. Antaranya termasuk Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Dato Sri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi dan Neelofa.
Bila tengok sendiri kualiti makanan dia, memang faham kenapa ramai suka.
Ada Jual Biskut Raya Sepanjang Tahun
Selain menu makanan, Grannie's juga terkenal dengan biskut raya yang dijual sepanjang tahun. Katanya sambutan memang luar biasa sampai jualan cecah ratusan ribu balang.
Kalau datang sini memang rasa nak borong sekali.
Boleh Tempah Untuk Katering
Untuk korang yang nak buat event atau majlis, diorang juga ada servis katering dan delivery. Lagi menarik sebab tak ada minimum order, jadi nak order sikit pun boleh.
Port Nasi Dagang Kuala Lumpur
Bagi aku, Grannie's memang antara port nasi dagang yang patut korang cuba kalau berada sekitar Kuala Lumpur atau Taman Melawati. Dengan rasa yang sedap, penggunaan bahan premium dan pilihan menu tradisional yang banyak, memang puas hati.
Kalau tengah cari tempat breakfast sedap dekat KL, bolehlah masukkan Grannie's dalam list korang nanti.
Nak buat tempahan boleh terus hubungi:
Tel : 013-907 5199
Instagram : https://www.instagram.com/grannies.my/
Kalau korang jenis suka sarapan berat ala Pantai Timur, aku rasa korang wajib cuba nasi dagang dekat Grannie's. Sebelum Ini memang rama...






.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)



.jpeg)


.jpeg)
