Total Pageviews

BBQ Poolside Di Royale Chulan Kuala Lumpur

Kalau perasan, sekarang ini terdapat banyak lambakan tempat BBQ ataupun steamboat terutama di Lembah Klang. 




Tetapi macam mana pula dengan lokasinya? Ada yang menarik dan ada juga yang sekadar ala kadar. Untuk itu, apa kata korang cuba nikmati sajian BBQ di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Menariknya disini, korang boleh nikmati pelbagai pilihan BBQ di tepi kolam renang mereka dan secara terbuka. 

Siapa yang tahu lokasi ini, mesti tertarik dengan kolam renangnya yang mempunyai pemandangan yang cukup cantik. Kalau kena gayanya, korang boleh pelbagai menara pencakar langit.


Bercakap mengenai menu, selain dari aneka pilihan BBQ, terdapat juga masakan panas, pasta, makanan Jepun dan banyak lagi menanti para pengunjung. 







Untuk sup steamboat pula tersedia dengan dua pilihan sup. Berminat untuk makan disini? Jangan lepaskan peluang bersama tersayang dengan membuat tempahan sekarang. Harga dan untuk tempahan korang boleh rujuk di bawah : 

BBQ Poolside Dinner
Setiap Friday & Saturday
6.30pm -10.30pm
Dewasa RM128 nett
Kanak-Kanak RM64 nett (5-12 tahun)

Royale Chulan Kuala Lumpur
No 5, Jalan Conlay,
Kuala Lumpur City Centre, 50450, Kuala Lumpur
Malaysia

Phone Number: +603 2688 9688
Fax: +603 2688 9788

No comments: