Total Pageviews

Review Filem Petaka : Sedih! Dan Wajib Tonton

Pada mulanya bila terbaca tajuk filem Petaka, aku sangka kan mungkin macam filem mistik apatah lagi pada permulaan filem ada menyebut mengenai rumah pusaka. 




Jadi pada hemat aku, ini mungkin filem berkaitan dengan konflik dalaman keluarga untuk merebut rumah pusaka tersebut. Jujur aku katakan seperti sudah hilang semangat untuk menonton filem-filem tempatan melainkan terdapat pelakon kegemaran dan berbakat besar di dalamnya. 

Wan Maimunah & Nabila Huda Curi Tumpuan 



Ya, Petaka terdiri daripada pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda dan Wan Maimunah yang aku sentiasa kagumi lakonan mereka. Beri sahaja apa naskhah sekalipun, pasti kedua-dua pelakon ini berjaya melakonkannya dengan baik sekali begitu juga dengan Petaka. 

Sengaja aku tak nak tengok trailer dia terlebih dahulu kerana berdasarkan pengalaman yang lalu apabila melihatkan trailer yang lemah pasti aku akan skip ataupun forward beberapa babak. Namun tidak bagi Petaka. 

Tampilkan PU Azman & Coki

Bukanlah untuk memuji lebih dan mustahil untuk tidak mempunyai kekurangan, namun genre seumpama ini yang jarang dilihat agak memuaskan bagi aku. Tidak memerlukan terlalu nama besar sebagai pelakon utama nya, setiap daripada barisan pelakon Petaka bagi aku layak diberi pujian.




Ini termasuklah dua personaliti media sosial yang hangat diperkatakan, Coki dan pendakwah bebas PU Azman yang keluar dari zon selesa mereka.

Mengenai jalan ceritanya , usai menonton Petaka aku agak sedikit keliru kerana pada penghujungnya terdapat beberapa keping foto pelakon utamanya, Azman Ahmad bersama seorang wanita warga emas yang aku percaya adalah ibunya. 



Terus aku buat carian mengenai filem ini. Patutlah! Filem ini merupakan kisah benar dari Azman sendiri yang sudah lama berehat dalam lakonan kerana ingin menjaga ibunya. 

Kalau ditanya aku mengenai filem ini? Aku syorkan untuk korang tonton, bawa sekali ahli keluarga untuk tonton bersama. Tidak dilupakan, tisu disisi kerana airmata berkemungkinan besar akan turut mengalir. 




Petaka terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd dengan kerjasama AA Success Pictures Sdn Bhd,  kini sedang disiarkan di Astro First  membariskan barisan pelakon hebat dan nama-nama popular seperti Azman Ahmad, Jaja Iliyes, Nabila Huda, Wan Maimunah, Danish Danieal @ Coki, PU Azman dan Zali Shuhali.


2 comments:

rese said...

Facebook,com

Bumbu Agency said...

Wah menarik jugak jalan cerita ni