Total Pageviews

Tonton She Was Pretty (Malaysia) Di VIU Original

Aku baru tahu yang drama drama bersiri komedi romantik Korea (K-Drama) popular, She Was Pretty kini diadaptasi dalam versi Malaysia. 




Tamat Pada 4 Ogos 2022

Siapa yang follow drama ini mesti teruja sebab drama ini cukup popular sekitar 2015 dan dalam versi Malaysia dibarisi pelakon hebat seperti Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan ramai lagi.  

Drama ini telah pun ditayankan di Viu sejak 23 Jun yang lalu dan dua episod baharu akan dimuatnaik setiap hari Khamis. 

Jadi korang bolehlah tengok sekarang sebab tiga episod akhir hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 4 Ogos 2022.

Sinopsis She Was Pretty (Malaysia)

Drama terbitan Independent Pictures, dibawah arahan pengarah dan selebriti terkenal Datuk Yusry Abdul Halim serta skrip yang dihasilkan oleh Rafidah Abdullah ini mengisahkan dua orang sahabat lama, Nadia (Diana Danielle) dan Haniff (Aiman Hakim Ridza) yang berkawan baik semasa mereka di zaman kanak-kanak. 




Mempunyai latar belakang yang berbeza, begitu juga dengan personaliti. Nadia dulunya seorang gadis yang manis berbanding Haniff yang memiliki tubuh yang agak berisi.

Mereka terpisah dan 15 tahun kemudian Haniff masih mencari Nadia dan ingin bertemu dengannya. 

Sepanjang 15 tahun mereka terpisah banyak perkara yang telah berlaku pada Nadia dan paling ketara dengan perubahan dirinya yang tidak semanis dan secantik dahulu. 

Dan Haniff pula kini menjadi lelaki yang cukup bergaya dan punyai paras rupa cukup mempersona.

Nadia meminta kawan baiknya, Kejora a.k.a Jo (Daniella Sya) untuk menyamar sebagai dirinya dan bertemu dengan Haniff.




Pada masa yang sama Nadia mula menjadi pekerja sambilan di syarikat penerbitan majalah fesyen The Most di mana Haniff merupakan boss didalam syarikat tersebut.

Pelbagai insiden lucu telah berlaku apabila Nadia sedaya upaya mengelakkan diri daripada Haniff biarpun sebenarnya beliau masih menyimpan hati pada lelaki tersebut. 

Karakter Nadia yang bersahaja dan baik hati menyebabkan kawan baiknya di syarikat The Most iaitu Ashraf (Alvin Chong) tanpa sedari turut jatuh hati dengan beliau.




Begitu dengan Jo, apabila mula mengenali diri Haniff yang begitu 'gentleman' membuatkan hatinya turut terpikat dengan kehadiran lelaki itu didalam hidupnya. 

Bagaimana kesudahan kisah cinta antara Nadia, Haniff, Jo dan Ashraf. Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Nadia?

Review She Was Pretty (Malaysia)

Aku sempatlah tengok drama ini, menarik dan kelakar!  Jalan cerita dia pun mudah nak faham so memang sesuai ditonton. Ibarat macam kalau korang dah tengok sekali, tak sabar nak tengok episod seterusnya. 

Pujian juga harus diberikan kepada barisan pelakon yang berjaya menghidupkan watak di dalam drama ini. 

Kalau ditanya aku, drama ini wajar dijadikan sebagai benchmark untuk drama tempatan khususnya dalam mempromosikan produk tajaan. 

Tidak dinafikan She Was Pretty turut mempunyai tajaan beberapa jenama popular namun tidaklah terlalu over nak tunjukkan produk tajaan seperti kebanyakan drama lain yang aku rasa mencacatkan jalan cerita. 

Untuk korang yang ingin tonton drama ini, jangan lupa untuk muat turun secara percuma aplikasi Viu di App Store, Google Play dan televisyen pintar terpilih, serta laman  rasmi Viu di www.viu.com.

Peluang Untuk Ke Korea Selatan!

Berita baik untuk korang! Sebab korang berpeluang untuk menangi percutian ke Korea Selatan bersama pelakon Viu Original She Was Pretty dan Blimey.




Dua pasangan yang bertuah tersebut akan ditaja serta  ditemani pelakon utama She Was Pretty iaitu Diana Danielle, Alvin Chong dan Blimey.


Caranya korang  hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.

Muat naik video korang  melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok korang, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou.

Jangan lupa untuk isi borang peraduan pada pautan INI ataupun di akaun Instagram Viu Malaysia dengan memberikan butiran peribadi dan pautan ke video and beserta slogan 

'Saya nak bercuti di Korea bersama BLIMEY, Diana Danielle dan Alvin kerana....’ tidak lebih daripada 15 patah perkataan. 

Senang bukan? tunggu apa lagi jom join sekarang! Untuk maklumat lanjut korang boleh dapatkan daripada video oleh Blimey pada pautan INI

Korang yang mempunyai penyertaan lengkap setiap minggu dengan video kreatif dan slogan yang menarik berpeluang untuk menang tau. Pertandingan ini telah pun bermula pada 30 Jun dan akan tamat 28 Julai 2022. Jom join! 

No comments: