Total Pageviews

Buffet Makanan Thailand Di Four Points By Sheraton Puchong

Punyalah aku excited nak mencuba buffet makanan Thailand di Four Points By Sheraton Puchong sampai tersalah tarikh ya! 




Gigih terawal semata-mata nak mencuba sendiri aneka makanan lazat yang disediakan. Memang tak sia-sia aku datang ke sana sebab terdapat pelbagai makanan popular Thailand disini. 

Bertemakan Aroi Mak, bermula 1 Julai hingga 31 Ogos korang boleh menikmati sajian makan malam buffet ala Thai atau lunch secara ala carte yang disediakan oleh Chef Teena.



Kalau korang nak tahu, Chef Teena ini memang berasal dari Thailand jadi air tangannya memang pure dari sana dan mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang masakan. 

Antara masakannya yang terkenal adalah Ayam Pandan, Homemade Thai Fish Cake, SomTam, Tom Yam Gai, Kari Ayam Hijau Thai , Thai Panang Curry Beef dan banyak lagi. 

















Untuk pencuci mulut pula, korang wajib try Water Chestnut in Coconut Milk, Pulut Mangga Thai, Cendol Thai dan Banana in Syrup.






Selain lunch dan dinner, tema makanan Thai ini juga tersedia untuk pilihan bawa pulang atau secara penghantaran atas talian. 



Untuk dinner bermula pada jam 6.30pm sehingga 10.30pm dan mempunyai perbezaan harga pada hari minggu dan hari biasa. Ini kerana pada hari minggu korang dapat nikmati buffet seafood sekali tau! 




Weekend (Jumaat dan Sabtu) 

Dewasa : RM135 nett
Kanak-Kanak : Separuh harga 

Weekdays (Ahad hingga Khamis)

Dewasa : RM115nett
Kanak-kanak : Separuh harga 

Wajib cuba! Aku sendiri pun akan repeat lagi very soon. Tak sabar. Ada diskaun untuk ahli Marriot Bonvoy dan pemegang kad kredit yang terpilih.


Untuk tempahan dan pertanyaan : 



Tel - + 603 5891 8855

Email - Eeatery.puchong@fourpoints.com

No comments: