Tanjung Point Residences Hotel Cantik Dan Sesuai Untuk Family Di Penang!
Agak cliche kalau aku cakap hotel selesa dan seangkatannya. Nama pun hotel, of course akan bagi yang terbaik bukan?
Tetapi untuk perkongsian kali ini, jujur aku cakap hotel ini sememangnya cantik, selesa dan sangat sesuai untuk korang yang ada keluarga dan datang beramai-ramai.
Puas Hati Dengan Tanjung Point Residences
Untuk korang yang tidak tahu, bulan lepas aku dan kawan-kawan pengamal media sosial yang lain (izinkan kita guna ayat portal sebentar LOL) telah ke Penang. Saja for fun since tak ada ke mana tahun ini so we decide untuk pergi ke Penang lalu menginap di Tanjung Point Residence yang terletak di Tanjung Bungah.
Masa mula-mula sampai aku tak ada lah nak teruja sangat sebab penat drive, tetapi sekali buka pintu, OMG!!!! Seriouslah cantik gilos Tanjung Point Residences ni. Siapa yang datang ke Penang, especially ramai-ramai sila stay sini okay!
Segalanya Lengkap!
Dilengkapi 3 buah bilik dengan setiap daripadanya mempunyai tandas, hotel dan residences ini fully berhawa dingin dan turut mempunyai kipas.
Seperti sebuah rumah yang lengkap, perkakas turut disediakan sekiranya korang ingin masak, mesin basuh pun ada pendek kata semuanya lengkap! By the way, hotel ini ada 3 jenis - Studio Apartment (2pax), 2-Bedroom Apartment (3-4pax), dan 3-Bedroom Apartment (5-6pax).
Bukan itu sahaja, view dia fuhh superb! Sebab berhadapan dengan laut. Kemudahan di sini, di bahagian bawah ada kolam renang dan turut mempunyai kedai serbaneka Mynews sekiranya korang nak beli something.
Nak dijadikan cerita diorang semua turun ke bawah untuk mandi kolam, aku pula sangkut dekat atas sebab tertinggal card. Penyudahnya aku terlelap layan bayu laut. Sangat best!
Dekat Dengan Tempat Menarik
Hotel ini pula memang dekat dengan semua tempat-tempat menarik di Penang especially port makan di Pasembor Padang Brown dan banyak lagi.
Biarpun sekarang beberapa buah negeri tengah ada PKPB, once dibenarkan rentas negeri nanti korang jangan lupa ke Penang dan stay di sini okay! Sangat disyorkan! Aku kalau datang Penang lagi, dah tahu lepas ni nak stay dekat mana.
Untuk lagi info sila klik sini ---> Tanjung Point Residences
14 comments:
Best ni
Waaau hotel stail macam ni memang pilihan akak. Family suite dan seangkatan dengannya. Tengok susun atur pun sesuai untuk anak nak melasak berlari sana sini. Hahaha. Tq share! Masuk dalam list.
Yeahhhh ramai dah review staycation kat sini.. Next friends trip memang akan book kat sini jer la... Senang bila ramai2 duk serumah... If hotel kena berbilik2... Hehehe...
wow love everything about this place! the view, the spacious layout - cant wait to visit!
Cantik cantik. Hotel yang berkonsepkan studio apartment memang cantik sampaikan orang terapkan untuk rumah
Yeah!!!!!! This is a good place for family to stay on vacation. Thank you for sharing your review on this hotel.
Wak..kalo dtg dgn family best ni sebab serba lengkap..Insyallah kalo gi belah2 sana leh la stay sini..
Wahh bestnya pemandangan tepi laut tu geram nak pergi juga nak bercuti tepi laut waaaaa bestnya hurm rindu nak pergi Penang...
Suka tengok susun atur dalam bilik tu. Dapat pula pemandangan luar yang cantik. Memang menenangkan minda. Baru syok bercuti
Waahh bestnye view. Dapat ngadap laut mcm ni. Seronok la kalo anak2 tengok ni.
Oh yes, this place has got a good seaview and their unit are big so ngam sangat for family.
Cantiknya view tue.. confirm AM singgah sini kalu ke penang nnti
Kalau Sis bercuti memang pilihan hotel macam ni ler, sebab sedia maklum family 5 orang kan dewasa, so jenis suites gini memang best laaa... kena plak view cantik gitu...terus cuti taknak balik JOhor kang hahahaha
Uiii nicenyaaa!!! Pemandangan nice, bilik pun nice!!
Post a Comment