Korang Setuju Kerajaan Naikkan Cukai Rokok Elektronik?
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan cukai pada semua jenis rokok termasuk rokok elektronik yang akan berkuat kuasa pada awal tahun hadapan.
Setuju Atau Tidak?
Bila dah umum, pelbagai persepsi daripada orang ramai telah disuarakan. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Macam aku sendiri, aku kurang bersetuju dengan pelaksanaan cukai ini. Sebabnya?Korang bayangkan rokok elektronik kebanyakkannya berfungsi sebagai alternatif rokok tradisional.
Kalau dah dua jenis rokok ini sama-sama dikenakan cukai, aku percaya perokok tegar akan lebih memilih kekal pada rokok tradisional.
Korang percaya tak walaupun sekarang zaman dah moden, tetapi dekat luar sana masih ramai lagi yang sebenarnya masih menggunakan dan menghisap rokok tradisional atau juga dikenali sebagai rokok batang.
Nak cakap pasal keburukan dia terlalu banyak sebenarnya. Tetapi macam mana pula dengan rokok yang kini turut beralih ke rokok elektronik sejajar dengan perubahan teknologi dan arus permodenan? Korang rasa bagus atau tidak?
Banyak Kelebihan Rokok Elektronik
Kalau ditanya aku, sebenarnya rokok elektronik ini banyak kelebihannya! Percaya atau tidak sebenarnya rokok elektronik ini tidak terlalu merbahaya seperti rokok di pasaran. Ini kerana
kajian saintifik telah menunjukkan pengurangan bahayanya tembakau. Selalunya yang dalam rokok tradisional itu telah dicampur dengan pelbagai bahan-bahan lain, disebabkan itulah
terjadinya punca penyakit merbahaya.
Sekadar info, kalau korang nak tahu,nikotin bukanlah punca utama terjadinya penyakit berkaitan dengan rokok tetapi ada bahan dan punca lain yang menyebabkannya terjadi. Jadi dengan zaman moden sekarang, aku percaya kalau kerajaan tak kuat kuasakan cukai dekat peranti rokok elektronik, orang ramai akan mula beralih ke teknologi ini berbanding membeli
rokok tradisional yang kita sedia maklum kesannya bukan?
Apa pun ini sekadar pandangan aku ya, korang boleh kongsikan pandangan korang dalam ruangan komen di bawah!
6 comments:
Setuju! Lebih baik beli beras daripada membazir duit rosakkan badan!!!!
tersangatlah setuju sebab perasan kalau naikkan cukai barulah orang akan kurang membeli. mencegah kan lebih bagus? sebenarnya rokok elektronik pun tak bagus, tapi sebagai alternatif okay je
akak pun kalau boleh tak suka and sensitif dengan orang merookok ni sebab tak sukalah asap dia . memang bagus pun naikkan harga, lagi bagus kalau haramkan terus.
bukan ko pun merokok ke khai? hahaahha bagus juga naikkan cukai sebab at least kurang merokok ye dak
loveeee!!! mak sukaa kalau naikkan harga rokok ni walaupun mak pun mrokok. tapi kalau guna rokok elektronik okay la sikit kan asap dia tak merbahaya sangat katanya
I always visit new blog everyday and i found your blog . PuffingBird.com
Post a Comment