Produk LengQuas Mudah Dibawa Travel, Cuma Panaskan!
Jujur aku cakap bila masuk rumah baru ni, lagi malas nak masak! Dah lebih dari sebulan pindah tapi rasa macam baru semalam aku pindah, penat oi.
Bila dah penat, boleh dikatakan setiap hari aku order melalui dakpanda. Mahal tapi nak buat macam mana takkan nak hadap maggi je ye dak. So aku ada lah perasan satu brand ni yang dikenali sebagai LengQuas. Mula-mula aku macam terpegun kejap, first time dengar tapi ada macam-macam produk dia.
Baik dari segi Ready To Eat (RTE) Dish ataupun meal dan frozen meal, macam-macam pilihan ada weh! Aku ingatkan ada satu dua je. Sebagai permulaan, aku pun cubalah makan satu produk RTE iaitu Daging Masak Hitam since ada roti lebih. OMG sedap ye! Makan macam tu pun sedap.
The next day, aku tapau bawa pergi office dan panaskan dalam microwave. Senang, jimat dan mudah! Macam aku ni office bersambung dengan Mid Valley jadi malas nak berjalan, aku bawa bekal siap-siap. Highly recommend pada korang yang busy, atau tiba-tiba orang datang rumah, panaskan je, siap dan sedia untuk dimakan.
Selain menu diatas, antara menu lain yang mendapat permintaan tinggi adalah Daging Lemak Kuning, Kari Daging Berkentang, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng, LengQuas turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa, Beef Stew dan Chicken Herb Glaze.
Pelbagai Hidangan Dari LengQuas
Nak lagi?, LengQuas menawarkan 17 hidangan lauk-pauk tradisional iaitu Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus.
Kalau korang nak travel nanti, beli je produk LengQuas banyak pilihan so tak lah jemu nanti! Nak pergi camping pun aku rasa senang just buka dan panaskan balik je.
153 Ejen Di Seluruh Negara
Aku ada google buat kajian mengenai produk LengQuas ini. Baru tahu ianya merupakan keluaran KOPETRO Food, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. KOPETRO Food telah melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia. Masa Gegar Vaganza baru-baru ini pun diorang ada sponsor peserta tau!
Untuk info lanjut mengenai LengQuas atau nak jadi ejen? hubungi hotline LengQuas di talian 017-319 5764.
laman web
Facebook:
https://www.facebook.com/KopetroBerhad
Instagram:
https://www.instagram.com/kopetroberhad/?hl=en
16 comments:
bagus juga produk mcm ni. mudah cepat & sedap. sesuai utk travel & golongan bujang yg malas nak masak. heheh
Wow banyak nya pilihan menu, really spoilt for choice. Ni best beli stok untuk sahur time bulan Ramadan kan, ready to eat tak yah akak nak kelentang kelentung berperang kat dapur time sahur
Cara Nak Target Audience di Facebook
kalau keluaran koperasi kakitangan petronas, maknanya ada jual la ek dekat stesen petronas? Nanti nak pergi cari lah kot kena dengan tekak boleh bermalasan di hujung minggu hihi
wah senang giler. kalau tengah mood malas boleh terus masukkan dalam microwave, dah boleh makan. banyak pula tu produk dia, kena cuba ni :)
This looks convenient! Nak try jugak! Nampak sedap je!
Senang dan sangat praktikal. Nak bawa ke mana sahaja. Sedap3 pulak tu
Owh produk KOPETRO ke. bagus lah brand yang dipercayai. boleh la cuba juga ni, senang kalau malas atau tak sempat masak, panaskan jer!
this looks like such a convenient and delicious meal. a great option during work and travel too
Saya kalau travel ke luar negara, memang suka masak untuk orang2 kat sana supaya mereka kenal dgn masakan Malaysia. Tapi kadang2 susah nak cari bahan. Nanti boleh la cuba bwk ni, senang.
Sangat tertarik dengan nama dia 'LengQuas' tu..
Kalau pi travel boleh beli ni, mudah nau cuma panaskan aje..harga pun Sis nengok tak lee mahal nau berbanding brand lain.. nak survey laa nak try juga ..
Ni sangat mudah and perfect nak bawa pergi travel or even makan kat rumah, sometimes takde masa nak masak boleh makan ni juga.
Since ada discount untuk 3 pek ke atas, macam nak grab ke 6-6 flavor yang ada ni la.. :) tempting and senang ada ready-to-eat meal macam ni... bila busy tak sempat nak masak, boleh makan ni jer... better than skipping meals kan..
Alamak yang ni memang mengugat jiwa. Menariknye menu dia. Senang sangat nak makan ni kalau teringin
Kalau bawa camping memang best nie. Mudah dan lazat kan? Nak try gak la. Boleh baby?
Packaging nampak menarik. Bukan setakat nak bawak travel. Kat rumah pun boleh simpan sbg stock emergency ni
Setuju bila pindah rumah ni penat nya berbulan bulan. Nak set up semua baru memang memenatkan. 1st time tahu pasal lengquas ni, menarik nya! Kita pun suka food ready to eat gini, senang bawak travel. Nak try laaa nanti
Post a Comment