Total Pageviews

Beli Kek Apam Balik Dari Sweet Passion Premium Cake Unik Dan Sedap!

Walaupun raya dalam norma baharu, tak boleh balik beraya di kampung disebabkan pelaksaan PKP yang ketiga. 



Namun, itu bukanlah alasan korang untuk tidak beraya. Come on guys! Raya sebulan kan? So inilah masa untuk kita memohon maaf, mengambil hati mana yang pernah terkurang atau bersedekah pada yang memerlukan. 



Raya Sakan Dengan Sweet Passion Premium Cake

Macam aku, ini adalah tahun kedua tak balik beraya bersama keluarga dalam title yang masih bujang. Kalau dah kahwin itu fahamlah mungkin sebab balik keluarga mertua tapi  nak buat macam mana, kita ada perjuangan yang masih belum selesai. 

Jadi aku pun ambil kesempatan ini untuk amalkan segala didikan dan amal yang mak ayah aku buat sejak kecil lagi. Sehari sebelum raya, aku masak sendiri rendang, lontong bagai dan sedekah kepada kawan-kawan yang berhampiran yang juga tak dapat balik beraya. Untuk kuih raya pula aku dapatkan dari Sweet Passion Premium Cake. 

Kek Apam Balik Yang Unik! 



Disebabkan nak 'lepas geram' raya tahun ini ada tiga kek semua nya ya juga dari Sweet Passion. Semuanya sedap-sedap belaka. Paling unik semestinya Kek Apam Balik aku sebab masa aku belanja teaser dekat Instagram ramai yang bertanya dekat mana nak beli, sedap ke tak rasanya. 


Kalau tengok pada tekstur nya memang unik. Mana taknya, selalu kalau makan kek bukan ke lembut je kan? Tapi ini ada lembut dan dalam masa yang sama crunchy! Di atasnya terdapat taburan kacang, almond, gula, jagung dan di dalamnya ada kek pandan, kek gula melaka dan kes pisang. Di sekeliling pula disapu dengan krim gula merah. Uii sedap dan unik! 




Goodies Raya Dari Sweet Passion Premium Cake 

Macam aku tak berapa suka manis sangat jadi makan kek apam balik ini tak boleh selalu. Tetapi, dua kek lagi iaitu Pandan Coconut Butter dan Pandan Nutella Moist Chocolate tersangatlah sedap ya! 




Tak tipu! Tak manis sangat, just nice as it is bak kata orang putih. Setengah loaf kek tu aku sorang je ya makan.

Cakap pasal kuih raya pula, tersedia tiga jenis kuih iaitu

  • Chocolate and Nutella Ondeh Ondeh Cookies
  • Red Velvet Macadamia Cookies 
  • Chocolate Chips and Almond Cookies

Diperbuat Daripada Butter Lurpak

Paling aku suka Chocolate Chips and Almond Cookies. Hampir habis ya tak sampai berapa hari buka memang sedap. Kalau nak tahu, semua kek dan kuih raya ini diperbuat daripada butter 'Lurpak'. Yang selalu masak mesti tahu jenama ini merupakan jenama butter yang premium kan?






Untuk dua kek loaf dan biskut tersedia dalam set goodies yang berharga RM129. Murah kan? Korang boleh order untuk diri sendiri mahupun untuk yang tercinta. Perlu diingatkan yang goodies ini adalah limited edition dan aku difahamkan akan berakhir pada penghujung Mei 2021. 




Kalau ditanya aku nak order ke tak? of course aku akan order lagi memang sedap dan yang paling penting ditanggung halal.

Sementara masih ada, baik korang beli cepat pada pautan di bawah. Pastikan lepas ini korang beli segala jenis kek di Sweet Passion Premium Cake. - LINK


14 comments:

Rawlins GLAM said...

I tunggu hantaran dari you baby sebab dah tak beraya bersama. Ok. I nak kek apam tu, nak kek yang ada lampu tu dan pastinya semua cookies ye

Zaza Azman said...

Fuhh nmpk menarik betul kek apam balik. Nnt Nak Cuba order la rasa.

Ruby said...

Alaaa nape baru tau goodie mereka ni. Akak memang pos ke client dan sedara mara hamper raya. Sweet Passion ni goodie dan gift lg meriah. Wuwuuwu.

marsha said...

Butter Lurpak tu fav akak tu. Memang tau dah kalau guna butter tu memang sedap dan premium. Best!

Kitkat Nelfei said...

Menariknya kek apam balik! Macam tak pernah try lagi.. boleh la order dari Sweet Passion nanti.. Kalau Kapt. Khai yang recommend, sure best!.

Nadia Johari said...

Sedap pulak tengok kek apam ni. Boleh usha nnati link khai bagi. Lembut dan crunchy dh boleh bayangkan dah.. Hehehe.. Dahla suka makan kek2 ni.. Layan petang2.. Sambil minum air teh.. Gitu

Rolling Grace said...

alaaaa, i wish i saw this post sooner so i can buy this as raya gifts for my friends. looks so sedap and cantik, really cant wait to give it a try soon!

Bae Roslan said...

wahh kalau order lagi means sedap la tu, boleh la try nanti, sebab khai recommend kan

Sis Lin said...

Kek apam balik? Baru dengar, kalau kek onde-onde tu ado ler.. ehhh nak cari laa kat JB ni, kot ada, teringin pulak nak cuba..

Zayani Zulkiffli said...

pergh, first time dengar kek apam balik. Unik ni, worth nak cuba. ingredient dia pakai pun berkualiti.

Fadima Mooneira said...

Btul lah! Cake2 apam balik dari baker nie nampak unique and cool to eat. This can go international you know. We should promote this baker to tourists.

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Bestnya kek ni semua, berinspirasikan kuih2 Melayu. Saya pun tak suka manis sangat.

yaya_flanella said...

Menariknya! Kreatif sangat cetusan idea nak buat kek apam balik macam ni kan. Boleh cuba nanti makan dengan family hee

Sunshine Kelly said...

Wow its my first time get to know about Kek Apam Balik ni, irs very unique.