Total Pageviews

Kecoh Pasal Blogger Pakai Gelang Putih Langgar SOP

Baru-baru ini, menerusi laman Facebook aku ada up status mengenai Blogger yang dikatakan telah melanggar SOP selepas dia dilihat memakai gelang putih dan menjemput beberapa kenalan lain ke rumahnya. 




Pakai Gelang Putih Wajib Kuarantin Kendiri

Isu ini terjadi apabila ada seorang kenalan yang screenshot dekat aku mengenai Do & Dont's buat pemakai gelang putih memandangkan aku ada pengalaman tersebut. Okay dekat sini aku nak dedahkan satu perkara yang aku rahsiakan buat seketika yang mana aku akui terkesan dengan benda ini. 

Sebenarnya pada bulan puasa tempoh hari aku dah rancang adakan sebuah majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur yang mana jemputan telah pun dihantar pada rakan-rakan Blogger, Instafamous, media, selebriti dan rakan-rakan . Segala persiapan telah pun dibuat termasuk goodies untuk jemputan. Aku boleh katakan hampir beribu juga aku habiskan untuk majlis yang julung kali diadakan. 


Persiapan yang sudah dibuat 



Aku Kontak Rapat, Batal Majlis Di Saat Akhir

Namun, apakan daya mungkin belum rezeki, sehari sebelum majlis diadakan salah seorang jemputan yang merupakan rakan satu pejabat aku disahkan positif dan aku merupakan kontak rapatnya. Ikutkan hati boleh  sahaja aku teruskan kalau niat fikirkan diri sendiri. Tetapi aku sedar benda ini kalau ditakdirkan aku positif semua tetamu akan terkesan seterusnya nama aku juga yang buruk. Jadi aku putuskan untuk tunda majlis ini ke sebuah tarikh lain yang sehingga artikel ini ditulis masih belum dapat tetapkan berikutan PKP.




Makanya dengan isu Blogger gelang putih ini dikatakan langgar SOP, aku akui sangat marah disebabkan terfikir kenapa mereka yang terlibat ini pentingkan diri sehingga boleh show off di media sosial. Malah ada rakan-rakan yang perasan mengenai posting diorang nekad untuk buat laporan. 

MySejahtera ini sangat berguna ya daripada status merah, orange, kuning dan biru diorang akan pantau dan bagi tips 



Aku yang kontak rapat pun boleh batalkan majlis di saat akhir, mengapa tidak diorang fikirkan sensitiviti orang lain juga? Sebelum aku up di Facebook,aku dah dapatkan kepastian mengenai isu gelang putih ini pada mereka yang pernah memakainya seperti Fauzi Aryaan dan Mek Onie. 

Jawapan yang diberikan sama seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak kira pakai gelang apa  sekalipun, korang wajib kuarantin di rumah dan tidak boleh bertemu dengan mana-mana pelawat mahupun keluar bersosial. 

Blogger Terbabit Minta Maaf

Posting tersebut ternyata menimbulkan rasa marah dikalangan rakan-rakan yang lain sebab seperti yang kita ketahui kes sekarang berada paling tinggi dalam sejarah. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Blogger yang terlibat telah pun hubungi aku.

Jelasnya dia akui akan kekhilafan mereka dengan berkongsi perkara tersebut di media sosial selain perlu menjalani kuarantin kendiri. Malah dia turut menjelaskan dengan lebih peribadi mengenai hal yang sebenar yang mana aku terpaksa rahsiakan atas permintaannya.

Dia sendiri pun telah meminta maaf dan berjanji perkara seumpama ini tidak akan terjadi lagi. Blogger yang memakai gelang putih berkenaan pun telah habis jalani kuarantin, dan Alhamdulillah keputusannya adalah negatif. 

Aku harap selepas ini isu yang sama tidak akan terjadi lagi memandangkan ia adalah sensitif. Meskipun ingin bertemu mana-mana pihak sekalipun, tidak perlu kongsikan di media sosial. Cukup sekadar di pengetahuan korang.

Jadikan Pengajaran

Aku sudah pun padam posting tersebut dan harap korang janganlah tanya siapa yang aku maksudkan sebab diorang pun sudah belajar daripada kesilapan. Jadikan isu ini sebagai pengajaran. Jaga diri kawan-kawan! 

11 comments:

Ruby said...

Walau siapa pun orangnya. Jangan malu untuk menegur mereka. Ini adalah tanggungjawab bersama. Demi keselamatan masyarakat dan negara.

Bae Roslan said...

alaaa taktau pun isu ni, nak tau sapa pelissss hahaha padahal khai dah kata jangan tanya hehe. tindakan yang bijak. apapun patuh pada sop #kitajagakita

Rawlins GLAM said...

Astaga. Kenapa la bijak sangat pergi kongsi kat sosmed? Nak jadi sejenis nilupa juga ke? Kang kena saman ada banyak duit ke nak bayar? Oooo maybe dia blogger yang job banyak dan bayar mahal kot.

nikkhazami said...

disebabkan sikap ambil mudah macam nilah semua boleh terkesan. masih ingat covid ni cuma demam demam biasa.

saidila said...

Faham sangat2. Kita bukan risaukan diri kita sangat tapi risaukan mereka yang lebih berisiko tinggi dan jadi pembawa. Eloklah tak bagi tahu siapa yang penting mereka yang terlibat tahu faham dan menghormati perasaan orang lain. Semua orang tengah stress so janganlah menambah lagi stress yang ada.

Faeez Azmi said...

Alamak, siapa ni. Nitizen dahla tengah marah geng kayangan pasal tak ikut SOP, nanti sebab seorang semua blogger dpt tempias.

marsha said...

Better juga dia update kat socmed at least org tau. Ni kang tetiba positif jenuh. Tahniah Khai sebab bertanggungjawab. Majlis mungkin boleh postpone.

Marina Bashah said...

Tu la nak share something kne pk beribu kali. Tapi kita manusia, kadang tak terfikir pon perkara yg dilakukan akan effect kemudian hari

Tekkaus said...

It's a shame that some people are so selfish and will go as far to break rules just to gain that little mileage for their fame.

Sis Lin said...

Bangga dengan tindakan ko Khai, bertanggungjawab dan tidak pentingkan diri sendiri.. isu blogger tu memang patut di tegur , kalau tidak, dia pun tak rasa apa yang dia buat tu betul ke salah ke.. harap jadikan laa tauladan..

Kitkat Nelfei said...

Thankfully nothing worst happened and his/her result pun negative kan.. Kalau tak, lagi ramai yang kena tempias because of his/her selfishness. Take care ya, Khai..