Total Pageviews

Restoran Nasi Padang Di Shah Alam | Padangs On Wheels

Kalau tak silap aku, kali terakhir aku makan nasi padang adalah masa dekat Surabaya Indonesia, kira-kira tiga tahun lepas. 




Nasi Padang Di Shah Alam 

Yang mana tak tahu pasal nasi padang ini actually dia sama je macam nasi kandar yang ada di Malaysia. Bezanya, nasi padang ini disajikan dengan banyak lauk pauk yang dimakan dalam satu masa.



Baru-baru ini pula, aku dapat review restoran Padangs On Wheels, yang menyajikan nasi padang asli di Seksyen 13 Shah Alam. Aku difahamkan restoran ini diusahakan oleh adik-beradik Abjda Zulkifli, Sukinah Zulkifli dan Farrah Adeeba Mohamed Ashraf sejak tahun 2016. 

Padangs On Wheels Ada Dua Cawangan

Sebelum ini, diorang hanya menjual secara kecilan dengan jualan menggunakan perkhidmatan ‘trak makanan’ sampailah dapat buka dua cawangan. Selain di Seksyen 13, diorang turut mempunyai cawangan di Subang Bestari. Kalau nak tahu diorang ini merupakan keturunan Minang asli tau. 

Sebabnya resepi arwah nenek mereka yang berhijrah dari Sungai Limau, Pariaman, Padang dijadikan rujukan setiap juadah di sini. Ada lebih daripada 40 menu asli Padang serta lebih daripada 30 kuih-muih tradisi dan kontemporari setiap hari.

Perkhidmatan Delivery Disediakan 

Malangnya disebabkan PKP, tak dapat lah nak dine-in di Padang-on-Wheels. Tapi tak apa, diorang tetap berjalan seperti biasa dan membuat penghantaran menu menerusi khidmat servis penghantaran yang ada iaitu foodpanda, grab food dan lala moves. 

Macam aku baru-baru ini pun diorang hantar guna delivery services sampai ke rumah. Aku dah cuba semua masakannya yang mana hampir 10 best seller menu nya telah dihantar untuk bagi aku rasa. 

Berikut adalah menu-menu yang aku dapat dan makan! Terliur pula bila ingat balik.


Ayam Berlado

Rendang Daging

Terung Berlado

Sambal Hijau


Gulai Pucuk Ubi

Daging Dendeng

Sotong Berlado

Sambal Merah


Daging Dendeng Unik Sebab Crispy! 


Makan semua ini dengan nasi panas, fuhh serius bertambah! Nak tahu mana favourite aku? Aku suka Daging Dendeng, Rendang Daging dan Gulai Pucuk Ubi. Rendang dia dipotong besar, dan aku ingat confirm liat, sekali tak ye! Lembut! 

Daging Dendeng pun sangat unik. Ini adalah pertama kali aku makan daging dendeng yang tekstur nya adalah crispy! Ya betul selalu kita makan dendeng, dagingnya nipis tetapi liat sikit. Ini tidak ya, crispy dan macam yang aku cakap, makan dengan nasi panas fuhhh kecur air liur.


Jujur aku katakan sesedap dan bagus mana kedai itu, of course ada kurangnya. Macam kedai ini, aku ada komen minyak dalam sesetengah masakan macam terlebih dan diorang akan tambah baik nanti. Bagi aku itu adalah 'kerosakan kosmetik' pada masakan yang dianggap normal, kadang-kala sengaja dibuat begitu kerana ingin bagi masakan lebih tahan lama atau masakan itu jadi pecah minyak. 

Selain menu diatas, “best seller” yang terdapat disini adalah gulai tunjang (gulai urat), rendang minang, gulai ayam kalio, daging balado (versi lembut), bakso, soto dan lontong.



Bakal Jual Sambal

Disebabkan sambal hijo dan sambal merah yang dimasak segar setiap hari sering kehabisan syarikat ini sedang melalui proses dan fasa R&D menghasilkan sambal secara komersial.

Once dah boleh dine in nanti, korang boleh tempah untuk majlis tertentu di kedua-dua restoran yang mempunyai keluasan hampir empat ribu kaki persegi dan mampu memuatkan seramai 200 orang pada setiap satu masa.




Aku percaya kalau korang makan disini,korang mesti rambang mata nak makan yang mana satu lauk yang ada. Jadi buat masa sekarang ayuh beralih kepada pilihan online!

Musim PKP : Jam 8.30am sehingga 7pm sepanjang PKP

Cawangan Seksyen 13 Shah Alam : 

60, Jalan Bola Tampar 13/14, Sek 13 Shah Alam (Hadapan pintu utama Stadium Melawati, sebaris Hospital Umra) 

For delivery Whatsapp : 019 325 2225


Cawangan Subang Bestari : 

Lot 63, Jalan Nova K U5/K, Seksyen U5, Subang Bestari . For delivery WA 018 787 4988 

6 comments:

Rawlins GLAM said...

Bagaimana dengan level kepedasan? Sebab Rawlins sejenis yang tak makan pedas. Huhu. Tapi memang teringin nak makan - daging dia nampak lazat tuh!

sitirohaida said...

Bestnya..Musim PKP ni xde lagi dengar nasi padang yang buat delivery..Kalau kat tempat saya ada kan best!! memang tapau selalu

Cik Fafa said...

Omakkkaoii sodap lak nengok haaa. Cabai semua memgancam . Jafi lapar dibuat nya

Sis Lin said...

Rasa macam dah pernah makan kat sini masa anak Sis stay di MenaraU tu.. Sis pergi makan dengan Suami tak silap stay kat hotel berdekatan situ.. kalau betul dan ingatlah, memang sedap semua menu dia, banyak pilihan..

Kitkat Nelfei said...

Oh my, Sedapnya nasi padang ni.. lama giler tak makan masakan padang ni.. time travel jer la boleh merasa.. good to know ada kedai ni.. (Y)

Marina Bashah said...

Wahhh bestnye lauk dia. Terliur sudah ni tengok menu dia