Total Pageviews

KPTM BAKAL MENJADI KOLEJ UNIVERSITI


As - salam kepada semua rakan bloggers , pembaca , braders dan sistah sekalian. macam mana dengan hari ini? harap semuanya baik - baik jer. tajuk entry aku kali ini mengenai  KPTM atau Kolej Poly Tech Mara bakal menjadi kolej universiti. yer la sebagai salah seorang penuntutnya , mestilah bangga bila diumumkan bakal menjadi kolej universiti. moh kite baca dulu artikel 17 Oktober yang lepas mengenai penaiktarafan yang bakal diterima oleh KPTM.


PUTRAJAYA - Kolej Poly - Tech Mara (KPTM) akan dinaik taraf menjadi kolej universiti tahun depan dalam usaha menambah baik kolej itu sehingga berupaya melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera di negara ini. Pengerusi KPTM ,Datuk Sohaimi Shahadan, berkata dua daripada sembilan KPTM seluruh negara akan dipilih pada peringkat pertama untuk dinaikkan taraf menjadi kolej universiti . "Ini sebahagian daripada usaha penambahbaikan KPTM selaras matlamat melahirkan lebih ramai profesional di kalangan bumiputera dalam bidang tertentu seperti perakaunan kerana bilangan Bumiputera masih kurang, " katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen KPTM ke - 28 , disini semalam. Seramai 4,050 graduan menerima ijazah , diploma dan sijil profesional masing - masing pada majlis konvensyen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) , semalam. Beliau berkata KPTM sudah bersedia dinaik taraf selepas menerima penarafan pensijilan ISO 9001 : 2008 daripada Sirim Berhad April lalu.Katanya ,KPTM akan mengadakan kerjasama dengan universiti luar negara seperti United Kingdom dalam meningkatkan lagi kualiti pengajaran di semua kolej berkenaan. "KPTM juga akan mengambil 50 pelajar cemerlang melanjutkan pelajran ke peringkat lebih tinggi di KPTM dalam bidang perakaunan," katanya. Bagi ,memberi  peluang lebih ramai mengikuti pengajian di KPT, beliau berkata , satu lagi cawangan baru akan ditubuhkan akhir tahun ini dengan kapasiti 1,500 pelajar di Sarawak. "Ini juga selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berpengetahuan yang diperlukan negara dalam proses transformasi ekonomi menuju negara maju" katanya.

 
 antara keratan akhbar



jadi kalau dah nama pun tempat kita belajar , mestilah bangga bukan?  apa  pun diharap hasrat KPTM untuk menjadi kolej universiti akan  tercapai. tahniah diucapkan daripada BLOG K.H.A.Z atas melahirkan ramai graduan yang berkualiti .

Bebot Menderum : KPTM Hebat!!

No comments: