Total Pageviews

Konsert Hrithik Roshan Bakal Tarik 15 Ribu Peminat Malaysia!

Nama aktor Bollywood terkenal, Hrithik Roshan tidak perlu diperkenalkan lagi. 


Dengan portfolio yang cemerlang sebagai pemenang enam kali Filmfare Awards, Hrithik kini akan kembali ke Malaysia menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023.




Konsert yang dijangka menarik 15 ribu orang peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut dibarisi selebriti terkenal seperti Maestro Tarian legenda  -  Prabhu Deva, Diva Tarian- Vaani Kapoor, Maliaka Arora  yang sensasi serta  Sanya Malhotra yang berkarisma.

The Singing Sensation Aastha Gill dan  Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan juga akan membuatkan peminat terhibur sepanjang malam tersebut. 


Untuk rekod, Hrithik kembali ke Malaysia selepas lapan tahun, hasil impian yang direalisasikan oleh Yess Boss Groups, kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions. 

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sesuai dengan status ‘sosok mega’ bintang berusia 49 tahun tersebut.

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert merupakan konsert terbesar buat tahun 2023 yang ditunjangi oleh Ikon Tarian Global Hrithik Roshan, bersama dengan Maestro Tarian legenda-  Prabhu Deva, Diva Tarian- Vaani Kapoor, Maliaka Arora  yang sensasi serta  Sanya Malhotra yang berkarisma.


Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu akan menampilkan konsert yang spektakular dengan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh kemeriahan.

“Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

“Ini akan menjadi tanda aras buat kami di yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan skil tarian dan penampilan memukau.

“Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu para peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu.

“Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan, Pengarah Urusan Yess Boss Groups.

Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/ atau hubungi talian hotline 011-11546805.

1 comment:

Sally Samsaiman said...

habis sebulan gaji kalau beli tiket VIP...dgr dr luar stadium jela ishh