Total Pageviews

Buffet Ramadan Hotel Royal Signature Pertama Kali Tahun Ini Meriah!

Turut serta bersama hotel-hotel yang lain, Royal Signature yang baru sahaja dibuka juga menganjurkan buffet Ramadan bagi tahun 2024.



Meski baru, namun pelbagai sajian yang bertemakan Sajian Titian Desa bakal disajikan untuk para pelanggan. Aku berkesempatan untuk hadir ke preview buffet Ramadan yang diadakan di Hotel Royal Signature baru-baru ini, ternyata ia tidak mengecewakan buat pertama kali anjurannya.


Terletak di Bukit Bintang, belakang Plaza Low Yat, sempena Ramadan akan datang pelbagai menu menarik akan diperkenalkan. Antaranya Kambing Golek, Kari Kepala Ikan Kedah, Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, Lobster Masak Petai dan banyak lagi.








Kalau secara peribadi, aku suka kuah kari Kepala Ikan sebab memang kena dengan tekak aku. Manakala, menurut rakan-rakan yang lain mereka memilih Paru Berlado sebagai menu kegemaran di sini.


Di samping menjamu selera, korang juga akan dihiburkan dengan nyanyian daripada penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. Kemudahan surau juga tersedia untuk para tetamu menunaikan solat.


Menariknya, dengan setiap pembelian buffet Ramadan, RM1.00 akan didermakan kepada badan kebajikan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah.


Tarikh buffet : 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024
Masa : 7:00 PM to 9:30 PM.


Harga :
  1. Dewasa : RM 178.00 nett (Early bird sehingga 1 Mac 2024 RM128)
  2. Warga emas (60 tahun dan ke atas) : RM 128.00 nett
  3. Kanak-kanak : (7 hingga 12 tahun): RM98.00 nett
  4. 20% diskaun untuk pemegang kad RHB
  5. Group purchase: Beli 10, Percuma 1

Untuk pembelian dan tempahan :

Email : fb.secretary@hotelroyalsignature.com

Call / WhatsApp : +60 16-808 3188.

TITIAN DESA RAMADAN STAYCATION ROOM PACKAGE

RM 488.00 nett per room per night termasuk :

• Sahur breakfast buffet

• Sajian Titian Desa Buka Puasa Buffet

• Complimentary parking

• In room Ramadan snack

• Diskaun 20% untuk pembelian add-on Sajian Titian Desa Buka Puasa Buffet

• Book & stay period: Sekarang hingga 5th April 2024

Untuk tempahan layari https://hotelroyalsignature.com dan masukkan access code FESTIVE. Untuk maklumat lanjut email di reservation@hotelroyalsignature.com atau call/ WhatsApp +60 16 809 5188.

No comments: