SEKALI LAGI DIGANGGU MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum kepada semua braders , sistah dan juga geng kipas susah mati sekalian. 1st aku nak minta maaf sebab sekarang ni dah macam chipsmore dekat dunia blogging ni. maklumlah dah nak dekat final semester ni dan  juga disebabkan kesihatan diri yang tidak mengizinkan, menganggu aku sedikit  untuk terus berkarya dalam dunia blogging ni.

 berkenaan tajuk entry kali ini, kalau dulu buat geng kipas susah mati yang pernah baca entry aku pasal dikacau makhluk halus , kali ini kejadian yang hampir sama berlaku sekali lagi di tempat yang berbeza dan agak teruk jika dibandingkan kejadian yang terdahulu. aku mula sedar kejadian pelik ini selepas raya sejurus aku pulang ke rumah sewa aku di Kuala Lumpur. 



masa itu , hati aku masih lagi sedih sebab baru kehilangan kawan baik waktu sekolah. setiap hari, dalam pukul 2 hingga 3 pagi , aku akan terbangun dengan sendiri daripada tidur. perkara ini disaksikan sendiri oleh kawan aku sehingga kadang - kadang membuatkan beliau takut untuk melihat aku. 

dia cakap aku akan bangun daripada tidur seperti mayat bangun (seperti dalam filem dan tidak ada kaitan dengan mana - mana pihak ) dan akan tidur semula. kalau kadang - kadang biasalah mungkin terkejut atau apa tapi kejadian ini setiap hari berlaku. 

dan setiap pagi apabila aku bangun pagi untuk ke kolej, badan aku akan terasa sakit dan sengal - sengal. kejadian ini bertambah teruk bila aku mula meracau antara sedar dan tidak sedar tiga hari lepas ( malam ahad ). masa tu, pukul 2 pagi, aku dan beberapa budak rumah aku baru balik daripada menghadiri rumah terbuka kawan di kajang. 



sampai saja di rumah , salah seorang kawan aku sedang sakit. so dia mengadu badan dia kebas - kebas. aku time tu duduk kat kerusi meja makan sebab letih sangat dan cuma tengok keadaan kawan aku dari jauh. sedang aku terleka melihat beliau, tetiba bahu aku terasa sengal dan berat sekali seperti ada orang duduk atas bahu. aku menoleh untuk melihat bahu aku , tetapi tak ada apa - apa pun. 

pada ketika itu juga dunia aku tiba - tiba kosong. segala - galanya gelap. kawan aku cakap waktu tu aku hanya memandang tajam salah seorang kawan aku dan pada ketika itu juga aku mencapai sebuah gelas seramik dan menghempasnya di atas meja. 

semuanya berlaku tanpa aku sedari. bila aku sedar , seluruh badan aku terasa kebas, jari aku luka - luka akibat terkena serpihan gelas seramik dan tatkala selepas itu tertidur akibat kepenatan. keesokan malamnya, mak mentua kepada bapa saudara aku membawa aku pergi berubat di pusat perubatan islam berdekatan.

dan jawapan yang diberi oleh ustaz tu, dalam badan aku terdapat dua ekor jin yang sedang bertenggek atas bahu dan mencengkam pinggang aku. beliau turut menyatakan jin tersebut telah berada dalam badan aku setelah sekian lama. waktu itu juga proses pembuangan makhluk tersebut dijalankan tetapi selepas aku balik bahu aku tiba - tiba kembali berat. 



insyallah aku akan pergi berubat sekali lagi dengan kadar segera. cuma aku nak pesan kepada korang semua ini sebagai pengajaran kepada aku dan korang semua. 

Dalam Islam, kita dituntut untuk berdoa setiap kali melakukan sesuatu perkara. melihat cermin, masuk ke dalam tandas dan yang lain - lain semuanya mempunyai doa tersendiri. hikmah disebalik doa itu sendiri adalah seperti contoh aku sendiri untuk menghindarkan diri daripada gangguan makhluk tersebut. jadi renung - renungkan...

**gambar adalah sekadar hiasan semata - mata 
**gambar ehsan google
bebot menderum: situasi sekarang antara sedar dan tidak sedar

7 comments:

Ana DyaNa said...

Assalamualaikum sedare,,hehe..kisah kau tu hampir sama ngan kisah kawan aq..die pun penah kena kacau jin and 'jin' tu sentiasa peluk kaki die..dh la waktu tu kami exam semester..kesian die,jalan pun mcm org yang uzur betol2..alhamdulillah,sekarang dah ok lepas dihantar berubat dengan ustaz..btw, ada satu amalan yang boleh mengelak gangguan drpd makhluk halus, iaitu salu baca 'Manzil', ada kandungan ayat2 shifa' di dalamnnya..sedare bleh cri kat kedai2 buku agama..:)

Wyna Nubies said...

As Salam,

semoga abg cepat sembuh eh..
Amin.

p/s : tetiba seram sejuk baca entri ni wlaupun akak ada baca skali..huhu~

Anonymous said...

pehhh..sengal arh geenies tu....

Fatimah Az-Zahra Norazman said...

hmm. seram. apa2 pun, kami mendoakan azfar dari jauh. semoga allah memelihara kita.

Solihin Zubir said...

errrr... biaq btoi jadi kt ang? seram weyh!
smoga cepat sembuh la..

RinsyaRyc said...

takot.. cepat2 sembuh~ adik kwn aku smpai masuk icu sbb kena kcau mkhluk halus. dia tetiba kurang darahla, komplikasi jantungla, kaki dia x dpt gerakla.. orang kata kena buatan orang sbb tetiba je jadi. dia berubat kat ustaz. tapi skang masih terlantar kat icu. orang dengki kot. tahun ni dia spatutnya spm

Anonymous said...

http://alexalkid.blogspot.com/2012/11/klasindo-exorcist-alat-anti-hantu-alat.html

Coba deh maz pake lah ini.