PERCUTIAN KE SABAH PART 4



keesokan harinya , awal - awal pagi lagi kami bertolak ke Muzium Sabah yang terletak di tengah - tengah bandar. pendek kata semua kemudahan dan tempat menarik kebanyakan berada di kota kinabalu. 



kalau korang rasa nak tau lebih lanjut mengenai sejarah sabah bolehlah datang ke sini, tak rugi pun. macam - macam ada ! 


barang cenderahati untuk dibawa balik pun dijual dalam rumah etnik ni. kreatif kan?



selesai saja kami di Muzium Sabah, kami ke Kampung Tanjung Aru semula. buat braders dan sistah yang tak baca part sebelum ni, Kampung Tanjung Aru ni  merupakan kawasan perumahan yang terletak di atas air. dan tujuan kami datang ke sini semula sebab nak makan Ambuyat yang dibuat oleh Mak Cik Hibri 



untuk pengetahuan korang Ambuyat ni merupakan makanan tradisi bagi Kaum Bajau. Ambuyat ni diperbuat daripada tepung ubi dan dimakan dengan beberapa jenis lauk




nak tau cara makannya?  first, korang kena cari lidi yang bersih untuk menggantikan chopstick. Kemudian korang gumpalkan dengan lidi macam ni.


dah dapat, apa lagi, masukkan dalam pinggan ,makan sekali dengan lauk dan telan..aummmm.....


orang cakap nak makan ambuyat ni lagi elok kalau telan terus. tapi jangan la tulang pun korang telan.



 the taste is fingers lickin' good! ahaks ..


 haaa tu je la entry makan - makan kali ini,kehkehkeh.. nantikan entry terakhir mengenai Sabah, Gunung Kinabalu here we go !!





1 comment:

eqbalzack said...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

TAHNIAH! Anda salah seorang pemenang Giveaway www.eqbalzack.com.

Sila ke blog EZ sebelum 23/11/2012, Jumaat dan isikan details di contact form untuk urusan pengeposan hadiah.

Terima kasih.


-eqbalzack-