[ PART 1 ]

Hari Ketiga 

hari ketiga kami menuju ke Pulau Manukan, salah satu kepulauan yang terdapat di sabah . perjalanan dari jeti ke pulau tersebut mengambil masa lebih kurang 20 minit. dekat je sebenarnya. kalau korang nak ke pulau manukan, terdapat banyak pakej yang korang boleh ambil dan selalunya pakej ni termasuklah bayaran bot atau feri  , pakej snorkeling dan bayaran masuk ke pulau. kiteorang ambil pakej yang murah je, makanan? masak sendiri dari rumah. 



sampai je di pulau manukan , terus dengan aktiviti snorkeling. air laut yang jernih dengan pemandangan yang cantik memang rugi kalau tak ke sini. 




madagascar team -_-"

dah penat bersnorkeling,masa untuk berjalan - jalan sekitar pulau. buat korang yang nak stay disini, ada je perkhidmatan chalet disediakan. pendek kata semua ada dekat sini, kedai makan , kedai cenderahati dan macam - macam lagi. 











jadi itulah aktiviti kami sepanjang hari ketiga di sabah. semuanya aktiviti laut ! untuk hari - hari seterunsya nantikan update dari budak pacak ! adios.... 

p/s : subhanallah cantiknya ciptaan-Nya 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang.


kalau sebelum ni aku dah cerita pasal percutian di pulau pangkor yang ohsem tu, kali ini aku nak cerita pasal percutian aku ke negeri dibawah bayu. cer teka negeri apa? kalau tak tau sah - sah fail geografi ler tu.hewhewhew. *ok tak kelakar disitu, maafkan saya.*


sebelum aku go on dengan lebih lanjut, aku nak cerita sikit pasal benda pertama yang korang kena sediakan sebelum ke sabah iaitu tiket kapal terbang! haha kalau tak booking macam mana nak terbang. tips yang aku boleh bagi kat korang , kalau nak bercuti ke mana -mana tempat yang jauh lebih baik booking flight terlebih awal sebab kalau kapal terbang terutamanya Air Asia memang murah. jadi untuk penerbangan aku kali ni harganya RM 190 pergi dan balik termasuk tambahan luggage masa balik. padan muka aku sebab booking lambat, member aku dapat harga murah, pastu disebabkan lambat booking aku naik flight sorang - sorang u_u . 



untung dapat duduk tepi tingkat n_n

kiteorang pergi berlapan sebab kebetulan ada member kiteorang tinggal disana jadi sepanjang kiteorang di sabah kiteorang tumpang rumah dia.ok berbalik pasal flight,  flight aku sejam lebih awal berbanding kawan - kawan yang lain sebab lambat beli tiket. haa nampak tak magis disitu, beli lambat tapi naik awal kehkehkeh. ni first time ni flight tahu! sebelum ni bajet - bajet terbang je. haha dah la 1st time kena pula naik sorang - sorang. nebes tahu. 






time tu segala scene final destination keluar dalam kepala otak. parah bruh! tapi alhamdulillah semuanya selamat. pandai juga aku berdikari. lepas ni boleh ke perth pula. kehkehkeh.


perjalanan dari kuala lumpur ke kota kinabalu mengambil masa lebih kurang dua jam lebih.sampai je airport kota kinabalu entah kenapa aku rasa awkward gila semua orang usha pelik. apakah? sampai di sabah, kiteorang rehat - rehat dulu sebelum start tour. 


disebelah malamnya , kiteorang tak kemana sangat pun , sebab penat tak habis lagi. kiteorang sempat ke 1 Borneo. jalan - jalan je pastu perut dah lapar, kiteorang singgah makan. tu je la untuk hari pertama,


untuk hari kedua, kami mulakan perjalanan kami di sebelah petang , kami menuju ke menara tinjau yang berada di tengah - tengah bandar kota kinabalu. dekat sini korang boleh nampak hampir kesemua bandar kota kinabalu. tapi sayang time kiteorang pergi , jerebu masih melanda negara, jadi tak berapa sangat nak nampak keseluruhan bandar. 




*putih je kan? sebab jerebu u_u

selepas menara tinjau , kiteorang terus bergerak ke pantai tanjung aru, nak ambil angin pantai katanya. dekat situ , buat korang yang santai - santai bersama family sangat la sesuai sebab pelbagai kemudahan disediakan disitu, 






gambar - gambar yang aku ambil tak ada edit pun sebab nak kekalkan faktor semulajadi kawasan itu,pemandangan dia sangat superb. sunset dekat situ pun terbaik !

habis je di pantai tanjung aru , kiteorang bergerak ke perdana park, dekat je dengan pantai tanjung aru. apa yang ada dekat sini ? haa dekat sini pun ada "water dancing" 







untuk korang yang tak tahu water dancing tu ape, ekceli dia air pancutan berirama.air akan keluar berirama mengikut alunan muzik. bayaran masuk sini free je, dan untuk setiap persembahan air tersebut. ada waktu dia,boleh dikatakan semuanya di sebelah malam.


habis je lepak - lepak dekat perdana park , perut pun dah lapar, jadi kiteorang ke anjung senja waterfront berhampiran dengan promenade hotel. dekat situ kiteorang cuba pisang cheese yang katanya rugi kalau tak cuba dekat sini. pisang cheese ni adalah pisang goreng, kemudian di atasnya ditabur pula hirisan cheese. rasanya sangat ohsem tahu ! 



sempat pekena nasi goreng lalap! 

jadi untuk entry kali cukup setakat itu, tu pun panjang berjela -_-" ,untuk hari - hari yang seterusnya aku cerita dalam next entry okeh! babai.. 


p/s : area kl ade ke pisang cheese yer? *wondering
Assalamualaikum semua orang ! 



alhamdulillah bulan ramadhan menjelang sudah. dikesempatan ini, beta selaku owner blog budak pacak ini ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada braders, sistah, geng pembaca dan juga kepada seluruh umat islam . jadi diharap ramadhan kali ini membawa anjakan baru kepada semua orang yer. puasa biar penuh, jangan buat alasan uzur, tak ohsem tahu. tu je la nak cerita untuk kali ni. next entry kita cerita pasal pengalaman puasa pulak yer. eherherher.ok bai! **niat puasa jangan lupa weh! 



p/s : puasa jangan tak puasa tau ! 








pisang cheese, rasanya sangat ohsem 

p/s : countdown to ramadhan 




Samb.part 2 
-aktiviti kami pada hari kedua belum habis lagi. haih sape kata dah habis, malam tak cerita pun lagi. untuk disebelah malam kami ade aktiviti barbeku, feeling - feeling camp fire kononnya. jadi untuk segala bahan sejukbeku disediakan oleh pihak camp. 





keesokannya harinya, hari terakhir kami di bumi pangkor. kami mulakan aktiviti kami dengan jungle trekking di hutan simpan berdekatan dengan pulau tu sendiri. haa siapa kata duduk pulau tak ada trekking. ade je bruh! jadi turun - naik hutan dah makan masa lebih kurang 2 jam lebih. 






habis je trekking, kami terus dengan majlis penutup seterusnya bersiap balik. tapi sebelum kami ke jeti pangkor , kami sempat singgah sekeliling pulau dengan menaiki teksi yang disediakan. antara tempat yang sempat kami singgah adalah tempat jualan makanan laut dan juga kota belanda. 



tempat jualan satay ikan terus dari kilang!





kota belanda 



last word from me, percutian kami ke pulau pangkor agak ohsem sebab pergi dengan kawan - kawan, havoc sikit ye dak, pastu masyarakat disitu pun agak peramah. jadi buat korang yang inginkan percutian bajet, aku syorkan korang ke pulau pangkor, bajet tapi sempoi! 

bajet : 

bayaran pakej berkumpulan = RM 170( penginapan + makan 3 hari 2 malam + aktiviti air + barbeku + tambang teksi + tambang feri + pakej keliling pulau ) bajet ole - ole / buah tangan = RM 50total keseluruhan trip : RM 220

p/s :nantikan segmen percutian seterusnya ke sabah!! 

bersambung kite lagi daripada part 1. buat korang yang tak tau ape ke benda aku merepek ni, silalah rujuk part 1 yer kalau tak nak tau cerita macam mana.ye dak ? 

untuk hari pertama cerita dah habis. sebelum aku cerita lebih lanjut mengenai part 2, aku terlupa nak cerita mengenai tempat penginapan kiteorang dan bajet untuk trip ni. kalau korang buat trip berkumpulan pastu nak gilerr bajet punye, aku cadangkan korang menginap di Raudhah Camp yang berkonsepkan asrama. tapi kalau korang nak selesa,banyak je chalet lain berhampiran dengan Teluk Nipah ni.

pinjam model celup jap 

bajet untuk trip kiteorang kali ini adalah RM 160 sekepala .merangkumi harga teksi pergi dan balik dari Jeti Pulau Pangkor ke tempat penginapan, makan untuk 3 hari 2 malam, aktiviti air - ( berkayak,banana boat, snorkeling ) dan juga aktiviti melawat pulau. memang puas ! *gambar aktiviti air tak banyak sebab eksaited lebih u_u*

Pulau Diam

tunggu turn berkayak 

jadi untuk hari kedua kami padat dengan aktiviti air, dimana awal - awal pagi lagi kami bermula dengan aktiviti snorkeling di Pulau Diam. perjalanan kami dari Teluk Nipah ke Pulau Diam mengambil masa lebih kurang 5 minit, alah dekat je sebenarnya. view dia boleh la tahan. habis je snorkeling, kami berpatah balik ke  Teluk Nipah  dengan berkayak .






di sebelah petang pula, lebih kurang dalam pukul 4 macam tu , kami teruskan aktiviti kami dengan banana boat. tengok je la gambor kat bawah. haha cuak tahu 1st time naik benda nih. tapi bila dah naik sekali rasa macam nak lagi kehkehkeh. hari kedua kami memang aktiviti air je, penat tapi enjoy..berbaloi baq ang !



berlepas..

bersedia....

terjun!! haha 


bersambung........ 


p/s: nisa kay pun ke pulau pangkor hewhewhew