HARI KEEMPAT PRAKTIKUM

Assalamualaikum , salam sejahtera semua orang. 

Hari Keempat aku dekat sekolah ni, boleh katakan hari ni tenaga maksimum digunakan. awal pagi lagi kena relief kelas 1Bijaksana. dorang ni senang handle dan sangat jujur. darjah 1 la katakan, bila dah relief , aku buat game je. salah satu game adalah telefon karat. pada mulanya semuanya berjalan lancar sampai la dekat student yang pelat, stuck dekat situ! sangat kelakar !dah la banyak cakap kahkahkah 

hari ini P&P boleh dikatakan  tak ada sebab ada sesi pemberian BR1M kepada semua waris yang layak. jadi rata - rata students lepas pukul 10.00 dah boleh balik. penat tak adalah sebab mengajar, tapi sebab kena take over kelas darjah 2, kelas digabungkan jadi nak handle student secara keseluruhan tu memang tak tercapai la. ada yang berlari , menyorok dalam meja,menangis bagai *sigh*  nasiblah ikut cakap kalau peten yang tak ikut cakap tu memang stess kawe!

cer teka dorang lukis sape? 

 jadi nak bagi keadaan terkawal aku buat lagi mini game macam kelas darjah 1 tadi. tapi dorang awal - awal lagi  tolak, alasannya penat -_-". tapi dorang request main teka - teki. aku pun follow je la . sampai dekat satu soalan ni bila aku bagitau jawapan dia , tetiba kelas sunyi sepi *krik,krik* . soalan dia berbunyi begini " Dalam banyak - banyak buah, buah apa yang biji diluar?" bila aku bagitau buah gajus, semua tercengang. bila ditanya...laaaa tak tau buah gajus rupanya. zaman aku dulu tau je buah tu,  korang tau ke tu buah apa? kahkahkah! 

murid - murid inilah buah gajus yer, kehkehkeh 

p/s : diam tak bererti dia sombong. sombong tak bererti dia diam 

2 comments:

Cheq Kaq said...

Teka teki femes tu zaman dulu..skang dh x femes ke??

Yuyu Shinju said...

baguih cikgu ni . krik krik :p