HIDANGAN NASI ARAB DI RESTORAN AROMA HIJRAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Ada peminat masakan arab di sini ? kalau ada mohon angkat tangan ! 



Buat peminat tegar masakan arab , apa kata korang singgah di Restoran Aroma Hijrah TTDI Jaya , Shah Alam . Boleh kata korang dapat 'feel' di Arab dekat sini dengan dekoratif dan konsep hidangan dia. 






Menu utama disini adalah hidangan Nasi Arab seperti Nasi Mandy ,Kabsah, Maqlubah dan dihidangkan bersama pilihan ayam, kambing atau pun puyuh. Uniknya disini, kalau korang datang bersama ahli keluarga atau kenalan rapat, korang boleh membuat pilihan untuk mengambil set hidangan dulang.





 Seperti yang kita tahu kalau set hidangan dulang ni dalam dulang tersebut akan ada nasi bersama - sama lauk pilihan. sunnah nabi tahu ! 

Untuk hidangan malam tu, kami mencuba Nasi Mandy dan Nasi Maqlubah bersama - sama pilihan kambing dan juga ayam. oh yer untuk setiap hidangan juga didatangkan bersama sup panas, sos buatan sendiri dan acar sayur. Untuk minuman pula aku sempat mencuba jus kurma . terbaik ! 




Harga makanan pula disini boleh dikatakan berbaloi dengan makanannya. tak hairanlah restoran ini sentiasa dikunjungi orang ramai. 

Buat yang ingin mencuba dan membuat tempahan bolehlah hubungi alamat yang tertera di bawah. Selamat Mencuba ! 

Restoran Aroma Hijrah
No 6 & 8 , Jalan Opera H, Seksyen U2,TTDI Jaya,Shah Alam. 
www.facebook.com/aroma.hijrah
03-78321524 / 012-6644639 ( Rohani ) 


p /s : masih teringat kelembutan daging masakannya 

4 comments:

Mohd Shubhi said...

Nampak gambar saja dah melelh air liur...tukang masaknya Tok Arab ke?

Bahrain said...

memang sedap makanan arab sampai tak termampu nak habiskan..haha

Khai Artzfar said...

@Mohd Shubhi sedap bro ! tapi tukang masak tak pasti la pulak :)

Khai Artzfar said...

@Bahrain haha ikut perut la katakan :P