Nando's Perkenal Menu Baru

Nando's Perkenal Menu Baru  |  Siapa suka Nando's? Haa kalau betul korang peminat tegar Nando's , dah cuba menu terbaru diorang ? Budak Pacak dan beberapa orang blogger dan selebriti telah dijemput oleh Nando's bagi menjadi antara yang pertama mencuba menu diorang.Bertempat di Nandos The Atrium , Nando's telah perkenalkan 9 premium burger , roti pita dan wraps yang terbaru! 




Kesemua menu terbaru ini, korang boleh dapatkan dalam main course 1 side, 2 sides  atau hanya order menu ini mengikut permintaan korang sendiri. So bila ada menu - menu ni, ayam dia yang famous amous tu dah takde ke? Haa giler kalau takde, wajib ade ye. 








Siap ditambah dalam menu terbaru lagi dengan menjadikannya sebagai menu fresh dan crunchy iaitu Chicken Breast Burger, tender Chicken Pita dan Tangy Chicken Wrap. Selain itu, yang bakal menambat selera korang pastinya Nandoca's Burger, gabungan Ayam Peri - Peri, roti bawang dan coleslaw. 







Bila datang Nando's of course ada set dia yang pelbagai pilihan kan? Untuk itu , Nando's telah menambah lagi 3 pilihan aneka sayuran.  Jangan lupa untuk mencuba Roasted Veggie Wrap, Black Mushroom & Halloumi Wrap. Haa banyak gilos nak cakap pasal menu terbaru dorang ni. Banyak sangat menu sampai time nak makan tu serba salah nak buat pilihan. 


my favourite! 



Yer la, kenalah cuba semua menu dorang kan? kang buat tak sedap tak pasal korang salahkan kiteorang kehkehkeh. Untuk menu terbaru diorang ini jangan risau sebab semuanya sangat sedap. Orang cakap, kalau rasa sos dorang, mesti akan ingat Nando;'s . Haa untuk menu terbaru diorang ni, korang pasti akan ingat juga Nando's sebab ianya lain dari yang lain.Makan pulak dengan sos peri - peri mereka fuhh terangkat weh .

So lepas ni wajib terjah Nando's berdekatan dan cuba kesemua menu ini okay! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Nando's boleh layari www.nandos.com.my atau ke facebook page, www.facebook.com/nandosmy


Terima kasih Nando's ! 

5 comments:

Maria Firdz said...

Tak pernah masuk pun... Huhu

Maria Firdz said...

Tak pernah masuk lagi restoran ni .

luqman zakaria said...

haishh.terliur pulak tgk gmbr..cantik lak tuh..dah lama sangat tak pergi nandos..kena pergi lepas nih..hehe

Cinta hazanis said...

untung la selalu dapat makan free. :)

careno said...

Waaaa.... menarik ni... lama x mkn Nandos... nak try laa...