December 18, 2016

Artis Pertama Dari Malaysia Yang Berjaya Tembusi Carta Top Hits Taiwan

Bila dengar artis dari Malaysia terkenal dan menembusi pasaran luar, timbul rasa bangga dalam diri ini. Kalau sebelum ni dengar Dato Michelle Yeoh, Datuk Siti Nurhaliza dan Yuna antara artis yang terkenal di luar negara. Kali ini seorang lagi artis yang juga penyanyi, Jessie Chung menempah nama di luar negara 




Mungkin tidak ramai yang mengenali anak kelahiran Sarawak ini. Termasuklah aku LOL. Ini mungkin kerana beliau lebih dikenali di luar negara. Baru - baru ini aku berpeluang ke majlis pelancaran album english terbaru beliau,' Be Strong'. Dalam majlis itu, para tetamu turut diperdengarkan dengan beberapa buah lagu baru beliau yang dimuatkan di dalam album Be Strong 



Pertama kali aku mendengar Jessie Chung ni terpegun sekejap, sebab lagu dia best! No wonder la lagu beliau berjaya menembusi Taiwan' Five Music International Chart dan berada di kedudukan yang kedua selepas Lady Gaga. Dalam masa yang sama turut mengalahkan penyanyi antarabangsa lain seperti Sia, Ariana Grande dan lain - lain lagi. 





Sehingga kini, video muziknya di YouTube telah ditonton lebih dari 3 Juta Viewers dalam masa 2 bulan dilancarkan.Hebat kan? Bukan itu sahaja, dalam majlis yang sama, Jessie Chung turut menerima pengiktirafan dari Warner Music Malaysia sebagai Princess of Rock 




Album Be Strong ini telah dihasilkan sepenuhnya di Australia yang memuatkan 7 buah lagu sebagai penghargaan beliau kepada peminatnya. Akan datang Jessie Chung akan membuat 15 showcase beliau di Malaysia dan diikuti tour di Taiwan, Australia , London, New York, Kanada, Jepun , Hong Kong dan banyak lagi untuk mempromosikan album beliau 

Tahniah diucapkan kepada Jessie Chung! Semoga terus sukses! 

2 Budak Rambut Pacak Komen:

Isaac Tan said...

Wow wow.. :) best juga jessie Chung ni ye.

Amin Hakim said...

Makin terkenal Malaysia di mata dunia.. Malaysia Boleh!