December 09, 2016

Guna Produk Asianic Untuk Cantik Macam Reen Rahim

Sekarang ni banyak sangat produk kecantikan dan produk penjagaan diri di pasaran. Tapi korang kena ingat tak semua produk ni sihat, selamat dan  bagi muslim ianya halal dipakai. 



Untuk itu, korang jangan risau , perkenalkan Produk - produk dari Asianic khas untuk penjagaan diri korang. Baru - baru ini, aku berkesempatan untuk ke Majlis Sepetang Bersama Reen Rahim yang merupakan seorang pelakon dan kini menjadi duta dan juru cakap bagi produk Asianic 



1st time jumpa Reen Rahim ni, fuhh cantik orangnya. Lepas tu bila soal selidik bagai. Rupanya dia tak terima pun offer ni pada mulanya. Sebabnya dia sendiri nak cuba pakai dulu produk ini. Kalau tak elok , kalau jual kang tak pasal dia yang kena




So bila dah setengah tahun pakai, barulah dia bersetuju. No wonder la cantik , halus je kulit tengok. Majlis Sepetang Bersama Reen Rahim turut menjemput para peminatnya dan rakan - rakan media.Fuhh memang meriah weh! 

Bercakap mengenai produk Asianic, mesti korang tertanya apakah rangkaian produknya kan? Dipasarkan oleh Wonderland Primary Sdn. Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2009, jenama Asianic yang telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard).





So korang boleh pakai tanpa ragu - ragu! Produk - produk  Asianic terdiri daripada penjagaan diri seperti  krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci bagi wanita.  Banyak kan? 



Untuk krim mandian, skrub badan dan losyen, kandungannya  terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras. Di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan- bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan

lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan.  Kandungan produk ini bukan sahaja memastikan kulit sentiasa lembut malah akan jadikannya cerah dan muda sentiasa. Wangi weh! Bayangkan bunga sakura yang wangi dan susu beras, fuhh lembut je rasa 


Syampu rambut pula diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa. Syampu Asianic ini  akan membuatkan  rambut korang sentiasa lembut bagaikan mutiara, berkilat dan bermaya. Bagi yang ada masalah rambut, jangan risau sebab terdapat syampu bagi mereka yang kepala nya  mempunyai masalah kelemumur, rambut gugur. Untuk rambut biasa dan berminyak pun ada! 

So berapakah harga produk Asianic

Jangan risau kerana semua produk Asianic korang mampu milik bermula dari harga RM10.90 hingga RM17.90 .Kini produk Asianic boleh didapati di hampir semua pasaraya besar, farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia. 

Nak mudah korang boleh je beli produk Asianic secara online di www.wonderlandprimary.com . Dapatkan sekarang! 


Asianic 

Tel: +603 77826308
Fax : +603 77836308
 FB & Instagram :  Asianic Halal


1 Budak Rambut Pacak Komen:

Syafiqah Hashim said...

Berwangi dengan Asianic la lepas ni..