Wanita Ini Viral Kerana 3 Perkara Sekarang ni macam trend pulak bila pelbagai individu di viral kan disebabkan keunikan dan perkara - perkara yang berkaitan dengan mereka yang boleh dikatakan sangat menarik 

Ini tak terkecuali dengan Joy Revfa iaitu FOUNDER MERVE Cosmetic yang viral baru - baru ini dengan 3 fakta menarik ini 






1. Produk Kecantikan pertama di Malaysia yang berinspirasikan Fairy tale 


kredit : Emas Putih 


Mula membina empayar syarikat sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad & MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada bulan February 2015, Joy Revfa  mencipta produk Kecantikan & Kesihatan yang bertemakan Fairy Tales yang pertama di Malaysia. Lihat saja kemasan produk beliau !  

2. Merupakan Make Up Artist terkenal di Indonesia 



Walaupun bergelar ibu tunggal, Joy Revfa yang berumur 29 tahun ini terus berjaya dengan mencipta nama  di Jakarta Indonesia sebagai Make Up Artist bagi filem - filem di Indonesia. Antara filem box office yang mengharumkan nama anak tempatan ini adalah "Habibie & Ainun" yang dibintangi oleh pelakon terkenal Bunga Citra Lestari & Reza Rahadian yang telah memenangi banyak award.

3. Kakak kepada pasangan yang dikatakan mempunyai wajah mirip 3 selebriti terkenal 






Masih ingat lagi gadis yang dikatakan mempunyai wajah mirip Dato Siti Nurhaliza, Neelofa dan Fasha Sandha ?  Kalau nak tahu Joy Revfa merupakan kakak ipar kepada gadis tersebut, Sarah dan pasangannya, Zarif Sofia 



Memang banyak fakta dan cerita menarik mengenai beliau. Sebenarnya nak dijadikan cerita aku dan beberapa orang blogger lain telah dijemput bagi mengadakan sesi pertukaran idea bersama beliau. Sambil - sambil tu, sempat juga korek beberapa cerita yang menjadi inspirasi kepada wanita - wanita diluar sana. 




Malah pada pertemuan tersebut, beliau turut memperkenalkan produk - produk yang viral itu. Bila aku tengok dan pegang sendiri, amazed kejap dengan rekaan dan fungsi produk beliau. 



Seperti yang diperkatakan. berkonsepkan fairy tale, nak bukak produk tu pun sayang sebab cantik sangat. Haa nantikan blogpost seterusnya sebab aku akan review produk yang sesuai untuk lelaki dan perempuan ini ! 



[ TENTANG PENGASAS MERVE ]



Saya Cik Joy Revfa iaitu FOUNDER MERVE Cosmetic mula membina empayar syarikat sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad & MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada bulan February 2015 dan mencipta produk Kecantikan & Kesihatan yang bertemakan Fairy Tales. Business Partner yg berpengalaman iaitu Encik Radz Mohd sebagai President MERVE Group, team marketing, staff-staff, stokis-stokis, agent-agent & dropship-dropship MERVE yang mantap, hebat & penuh komitmen.


Berumur 29 tahun dan saya adalah 'Single Mom" yang mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Arryan Firdaus. Berdarah Melayu-Indonesia dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. Sebelum ini saya adalah Filem Makeup Artists di Jakarta Indonesia yang bergiat aktif untuk menghasilkan karya-karya seni untuk pelakon-pelakon hebat Indonesia. Filem terakhir BOX OFFICE yang mana telah mengharumkan nama saya di dunia Makeup Artists adalah "Habibie & Ainun" dibintangi oleh pelakon terkenal Bunga Citra Lestari & Reza Rahadian yang telah memenangi banyak award. Saya sangat rasa bertuah terlibat di dalam filem-filem hebat di Indonesia sebelum ini.


Mungkin ramai yang telah lama mengenali Akademi Kecantikan Artistik Diyana, Shah Alam iaitu Akademi kecantikan yang diasaskan oleh Ibunda saya sendiri sejak tahun 1999 iaitu Puan Sofia Abbas. Beliau telah membantu ramai wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan berjaya. Jasa beliau amat besar & telah banyak membantu ramai wanita yang tiada punca pendapatan menjadi lebih berkemahiran & berjaya di dalam dunia perniagaan. Ibu saya sendiri adalah sumber Inspirasi untuk menghasilkan produk kecantikan & kosmetik. Disokong sepenuhnya oleh Ibu sendiri, saya terasa tersangat lah bertuah dan semoga lebih berkat lagi dengan restu beliau.


Pada bulan July 2015 di PWTC, saya telah membuat perasmian produk PERTAMA iaitu Minuman Kecantikan & Kesihatan The Beauty Spells iaitu GORGEOUS JUICE . Walaupun baru berada dipasaran awal jun 2015, sambutan dan testimoni yg diterima sgt banyak & keberkesanan minuman ini amat menakjubkan. Yang amat saya berpuas hati adalah produk Gorgeous Juice ini telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa 6 bulan !! Apa yang mencuri hati pengguna adalah kerana Gorgeous Juice ini mengandungi formula Collagen, Vitamin C, Stem Cell, Bearberry Extract, Pearl Powder dan Diamond Water dan diperkayakan juga dengan ekstrak makanan sunnah iaitu Pomegranate Extract (Buah Delima), Dates Extract (Kurma), dan Bee Pollen (Debunga Lebah). 


Amalan pengambilan gabungan ekstrak makanan sunnah ini bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Sha allah. Produk ini khusus buat wanita yang ingin memperbaiki masalah dalaman terutama buat wanita yang sukar hamil, dingin dlm perhubungan seksual, memperbetulkan aturan haid, memperbanyakkan susu dada & mencantikkan lagi kulit.



Instagram pengasas MERVE : @joyrevfa
Link official page MERVE Cosmetic Malaysia : ttps://facebook.com/mervecosmetic/


Manufactured by :
MERVE Group Holdings Berhad
( 1167228 T )


Distributed by :
MERVE Skin Health Sdn Bhd
( 1173249 P )


B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia


Hotline : 
+601123650600
‪+60123738787‬


Instagram : @mervecosmetic_hq
Email : mervemalaysia@gmail.com
Website : www.merveillescosmetic.com.my | www.merve.com.my


p/s : Terkini Joy Revfa dikatakan viral atas kenyataan ' bakal isteri Hafiz Hamidun . Memang betul pun! Tahniah Cik Joy!



Cara Membuang Isi Lebih Dengan Mudah Siapa ada masalah ini ? Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti betul ke nama dia isi lebih , skin tags atau bintik kolestrol. Main letak je nama. Tapi setahu aku setelah consult dengan doktor, nama saintiknya adalah Molluscum Contagiosum . 




Puncanya adalah sebab gemuk berlebihan atau keturunan. Dalam kes aku ni sebab keturunan. So walaupun aku tak yakin nama betul dia apa tapi aku dengan yakinnya nak share dengan korang, dengan rawatan disini, segala jenis masalah yang korang hadapi dapat diselesaikan 




staff dia pun mesra ! 




Time aku pergi dapatkan khidmat kaunseling di Premier Clinic yang terletak di Bangsar, dilema dan takut jugak. Sebabnya skin tag yang macam biji kacang ni dah lama ada di kedua - dua bahu aku sejak kecil lagi




Tersangatlah tak selesa , sampai pakai baju round neck pun terpaksa cover. So dah rendah diri dan malu disitu. Jadi bila doktor yang cantik lagi baik hati ni, Dr Aarthi Maria cakap aku nak buat apa , terus aku cakap nak buang isi lebih di leher ni. 










Ingatkan tak dapat buat, sebabnya klinik yang terkenal dengan rawatan aesthetic ini pada kiraan aku cuma boleh buat muka je. Then, bila Dr Aarthi cakap "Okay lets do it!" , aku terus macam wow!! Finally!


haa macam ni la rupanya *gambar ihsan google* 


Dekat sini, korang nak buat segala rawatan pun boleh . Ada masalah parut? Ingin buang lemak di badan, nak buat whitening dan macam - macam lagi semuanya boleh dirawati di Premier Clinic 




Berbalik pada masalah aku tadi, ingatkan akan ambil masa lama. Terus Dr Aarthi cakap boleh terus tunggu di bilik rawatan. Bila masuk bilik pula, fuhh tenangnya. Memang selesa la pendek kata sambil - sambil dengar alunan muzik yang tenang, terus hilang nervous 




Mulanya cuak jugak yer la mana la tahu sakit kan. Tak sakit pun sebenarnya.Minor surgery ni cuma ambil masa dalam setengah jam menggunakan rawatan laser. Aku siap record video lagi haa, Mohon lihat video ni yaa .. * sorry for the bad quality*





Serius tak sakit! Aku siap bawa motor datang ke sini dan balik pun tak sakit. Cumanya parut kesan rawatan ini ambil masa sedikit untuk hilang




Terima kasih Dr Aarthi dan Premier Clinic sebab kembalikan keyakinan aku! Buat korang yang ada masalah seperti ini atau ingin mendapatkan rawatan lain bolehlah ke Premier Clinic yang terdapat di TTDI dan Bangsar 




Dr Aarthi Maria 





Alamat Premier Clinic 

TTDI - No 31 Jalan Wan Kadir 2 , Taman Tun Dr Ismail ( TTDI) , 60000 Kuala Lumpur

*sebaris Pizza Hut dan bersebelahan Maxis dan Digi Centre 




Bangsar - 40 , Jalan Telawi Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur 

*sebaris Pejabat Pos dan bersebelahan Raj Banana Leaf 







Instagram : @premier_clinic 



GooglePlus : +PremierClinicKL 


Contact : 012 -662 5552
Klana Resort Seremban BerhantuHaa agak kontroversi juga bila Klana Resort Seremban ini dikatakan berhantu. Pada mulanya aku pun tak tahu pasal ini. First time dengar dan check in di hotel ini 







Bila dah check in, tiba - tiba pula ada komen yang mengatakan ' tak takut ke? ' Aku pun pelik juga takut apa benda? Hahahaha tanya punya tanya, rupanya dia cakap hotel ni berhantu. Dalam hati aku biar betul weh, so aku pun cuba tanya pada keesokan harinya. Untuk first day tidur di situ. Nyenyak je tidur takde masalah apa 





So bila dah dapat kepastian, tak ada pun berhantu sebenarnya hotel ini. Orang je yang cuba menakutkan pengunjung untuk datang ke sini. Kalau nak cakap berhantu semua tempat berhantu, LOL 











Sebenarnya Klana Resort Seremban ini merupakan lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti team building dan outdoor . Sebabnya disini mereka menyediakan pelbagai aktiviti yang berdaftar seperti flying fox, abseiling,spider web dan banyak lagi. Jurulatih pula diiktiraf. 





Jadi selain datang berehat di hotel cantik di Negeri Sembilan ini, korang boleh je request untuk lakukan aktiviti ini. Kiteorang di Projek Travel turut berkesempatan lakukan aktiviti ini. 




Selain terkenal dengan aktiviti teambuilding, Klana Resort Seremban juga mempunyai tarikan lain seperti mempunyai kolam renang terbesar di Seremban , Restoran Makanan Jepun Paling Sedap di Seremban dan banyak lagi.







Pada sebelah malamnya pula ada sesi bbq untuk korang yang sukakan bbq. Bosan? Haa ada live band untuk hiburkan korang. Memang banyak gila aktiviti dekat sini, so Klana Resort ni bukan sekadar hotel biasa. Confirm korang akan datang lagi untuk masa akan datang! 





KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban, Negeri Sembilan
DeXandra Perfume Tahan Lama Dan Murah Cakap pasal perfume ni, setiap orang ada jenama dan bau kesukaan masing - masing. Kalau macam aku tak kisah jenama, as long bau dia kena dengan citarasa memang akan terus setia dengan jenama tu. 


Baru - baru ini aku ada dapat sekali lagi review untuk DeXandra, sebuah jenama minyak wangi atau perfume yang berinspirasikan wangian antarabangsa. Memang aku terus say Yes sebabnya sebelum ni aku pernah review perfume ni dan terus kekal menggunakannya 




Sebab apa aku kekal menggunakan DeXandra ? Sebabnya perfume ni kekal lama. Spray sikit je bau dia cukup kekal lama. Tambah pulak, DeXandra ni berinspirasikan wangian antarabangsa jadi perfume favourite aku seperti Calvin Klein, Armani Code boleh didapati dalam harga giler murah hahaha



For Him 



Bayangkan perfume yang baunya sama seperti perfume antarabangsa tapi korang boleh dapatkan dalam harga semurah RM60 . jimat kan?  Ramai yang sukakannya dan korang boleh baca review dan komen dorang kat SINI 






For Her 

Lagi satu sebab aku suka gunakan DeXandra ni sebab saiznya yang mesra pengguna. Jadi kaki travel macam aku ni senang bawa perfume ini kemana sahaja dan airport pun lepas ye . Dont worry! 


Kalau korang berminat untuk dapatkan perfume DeXandra ataupun berminat menjadi agent dropship bolehlah hubungi 


Phone No: 0132644310 (LIA)
Restoran Makanan Jepun Paling Sedap di Seremban |  Siapa yang duduk di Seremban atau Negeri Sembilan dan sukakan Makanan Jepun, korang wajib datang ke sini. 




Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku memang dah lama mengidam makanan jepun ni tambah - tambah lagi sushi. Nak ajak member makan, tekak dorang pula tak kena. So bila pergi ke Klana Resort Seremban dan dapat lunch makanan jepun, terharu okay! 




Alang - alang dah menetap di Klana Resort ni , explore habislah segala apa yang ada. So untuk hotel dan aktiviti aku dan Projek Travel disini nanti aku share. Sekarang ni nak cerita pasal Restoran Makanan Jepun Paling Sedap di Seremban iaitu Yuri Japanese Restaurant 



Kenapa aku berani cakap Yuri ni Restoran Makanan Jepun Paling Sedap di Seremban? Haa sebabnya bila dah rasa dengan tekak aku sendiri dan restoran ini pula telah menang beberapa kali anugerah restoran jepun terbaik di Seremban dan Negeri Sembilan memang tak boleh dinafikan lagi la









Tambah pulak makanan Jepun dihidangkan secara buffet depan mata korang, tak ke menggila sekejap? LOL . Kalau nak makan dekat sini, buffet hanya disediakan pada hari ahad sahaja dan boleh memuatkan 85 orang dalam satu masa


Dengan bayaran RM 75.00 bagi dewasa dan RM 40.00 bagi kanak - kanak korang boleh makan lebih dari 100 jenis makanan jepun hingga kenyang. Bagi aku agak berbaloi lah untuk makanan Jepun secara buffet. Kalau dekat luar tu, sepinggan sushi dah berapa kan? 







Dekat Yuri ni, cuba bayangkan daripada set sushi, Teppayanki, Tempura dan hinggalah ke pencuci mulut dia. Memang banyak dan sedap! Nak cakap satu per satu nanti ada yang terliur pulak. Kalau nak tanya aku mana satu jadi favourite, hampir semua jadi favourite tapi paling best Teppayanki dan campuran walnut bersama telur( tak ingat nama sebenarnya hahaha) 



So orang seremban dan Negeri Sembilan dah tahu kan pasal ni? Jemput - jemputlah mencuba, serius terbaik! 

Lokasi :
Yuri Restaurant 
KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, 
Taman Tasik Seremban, 
70100 Seremban, 
Negeri Sembilan Darul Khusus


Waktu operasi :
11.30pm to 2.30pm / 6.30pm to 10.30pm
Dibuka setiap hari untuk lunch dan dinner 


Tempat duduk :
85 seats


Harga buffet lunch (ahad sahaja) :
RM75.00 (dewasa) / RM40.00 (kanak-kanak)


Talian Telefon :
(606) 766 7888 ext. 3555


Website :