Momento Kafe Sedap Dan Unik Di Setia Alam


Selalunya restoran yang aku pergi mostly semua sedap or else takkan la dorang berani nak buka kedai pula kan? Tapi ada 3 benda yang selalu aku perhatikan dan akan datang lagi ke restoran tersebut iaitu kebersihan, kualiti makanan dan keunikannya. 





Yer la buat yang bias aku bagi, mau kena kecam. So far you guys can trust me on my review or else I will pay for your bills. *Statement berani mati*



Jadi untuk itu, aku nak perkenalkan dengan korang mengenai sebuah kafe di Setia Alam. First time aku menjejak kaki masuk ke dalam Momento Cafe ini dah pelbagai persoalan yang timbul

Kedai Instagram Friendly


Soalan yang pertama timbul adalah konsep restoran. Menurut owner restoran ini, konsep yang cuba diketengahkan ada home – friendly tapi bagi pandangan aku, restoran ini ada kelas nya tersendiri dan boleh dikatakan Instagram Friendly.







Sebab apa aku cakap camtu? Sebab setiap pelusuk korang boleh bergambar. Kemudahan disini ada : 
  • -       tandas yang bersih
  • -       wifi
  • -       ruang lepak yang selesa
  • -       ruang parkir yang luas
 

Makanan Dekat Sini Serious Sedap




Hari tu masa datang ke sini aku sempat la cuba beberapa makanan. Actually banyak je hahaha. So sebagai peneman dan saksi aku tak menipu rasa makanan ini, aku turut menjemput editor Majalah Hai Meow untuk join aku sekali. So on that day aku makan

  • -       Air Chocolate mint
  • -       Salted Caramel Cake
  • -       Vietnamese Spring roll
  • -       Pizza
  • -       Spaghetti Chicken Chop








Nak recommend? Actually aku recommend semua menu ini sebab habis juga aku makan. Contohnya pizza tu untuk korang yang nak diet tu sangatlah sesuai sebab dia gunakan tortilla dan bukannya doh. 



Cumanya untuk salted caramel cake tu tak berapa sangat bagi tekak aku sebab kurang kick sikit. Yang lain semuanya tip-top!

Kumpul mata ganjaran


Yang bestnya lagi, setiap kali korang datang ke sini korang akan dapat point dan point ini korang boleh tebus dengan beberapa menu percuma seperti air dan makanan. So the more you come the more you will get.

Biskut Sedap pun ada!



Oh ya sebelum balik, jangan lupa dapatkan biskut Daily Monche yang turut dijual di restoran ini. To be honest biskut dorang adalah antara biskut yang terbaik pernah aku rasa. 1 balang pun tak cukup.

nak sambut pelbagai majlis pun boleh haa. Ada special price tau!


So untuk korang yang ingin datang, lepak dan makan disini jangan lupa ajak kawan – kawan dan keluarga ke Momento Cafe. Highly recommend! Kalau tak, mana ada masuk JJCM bagai kan. 


Alamat : 

Momento Café, Setia Alam

 Lot 39-G, Jalan Setia Indah X U13/X, Setia Alam 40170 Shah Alam [behind Shell Setia Indah]


Facebook : 

No comments: