Banyak Bahasa Kasar! Filem Surf This Love Undang Kontroversi


Aku jarang – jarang nak update pasal hiburan dekat sini sebab bukan niche blog aku untuk fokuskan pasal hiburan. Tapi bila melihat trailer filem Surf This Love ni, aku rasa terpanggil pula untuk menulis.



Penggunaan Bahasa Kasar Dalam Filem


Bukannya apa filem yang mengisahkan mengenai kehidupan luncur di Malaysia ini pada aku agak bagus sebab mengetengahkan sukan air lebih mendalam kepada penonton nanti. Cumanya ada beberapa elemen filem ini yang bakal mencacatkan filem ini yang dijangka  akan ditayangkan pada 22 Februari ini. Salah satunya adalah penggunaan bahasa yang bagi aku agak kasar untuk digunakan dalam filem. 



Antara perkataan –  perkataan tersebut adalah seperti ‘sial’ , ‘hawau’ dan  ‘ bangang’ . Mungkin penggunaan perkataan ini bukanlah secara terus tapi tujuannya? Haa bak kata orang matlamat tak menghalalkan cara.

Pelakon Tidak ‘Star’


Satu lagi yang bakal  jadi persoalan kepada filem ini adalah pemilihan pelakon.  Surf This Love  membariskan barisan pelakon – pelakon seperti Shukri Yahya dan Christina Suzanne selaku pelakon utama serta turut dibantu Josiah Hogan, Beto Khusyari, Pekin Ibrahim dan Farid Kamil.



 Melihatkan pada nama – nama ini terus terang aku cakap nama mereka tidak dinafikan memang terkenal tapi sejauh mana mereka mampu membawa filem ini menjadi ‘pecah panggung’ atau sekadar hanya 1 hit wonder ? Apa pun kalau lihat trailer filem ini,  Shukri Yahya berjaya membawa wataknya  dengan baik dan mungkin boleh lihat sisi ‘nakal’ Shukri Yahya seperti shirtless bagai. Eyes on you girl! 



Orang kata kalau tak ada gimik or kontroversi filem tu tak akan jalan. Aku sendiri pun dah lama tak tengok filem melayu dekat wayang sebab kadang – kadang kecewa dengan kualitinya. Tapi untuk Surf This Love, aku agak looking forward sebab filem ini adalah filem sukan air pertama di Malaysia. 



Manalah tahu Surf This Love ni gempak macam Baywatch ke? 




Atau macam Ada Apa Dengan Cinta since filem ini dilakonkan di Pulau Tioman dan Bali. So adalah idea nak travel nanti enn?



So anyone yang nak tengok filem ini sekali? Jom!

*Terfikir kenapa nama watak dia Billy, Jimmy bagai? Boleh je letak Kamal , Mazlan ke apa LOL 

3 comments:

amirnawawi said...

Merembes! merembes! kah..

Sally Samsaiman said...

Alaaa...biasa la bahasa mcm tuu..sekarang ni semua guna bhs mcm tuu..asal cerita melayu je nak condemn (°ロ°)☝

Hans said...

agak2 best tak?
rasa macam teringin juga nak tengok