Total Pageviews

Filem Surf This Love Lagi Best Dari Badang!

Bulan ini, dua filem tempatan menjadi sebutan netizen. Jika filem Badang menerima kritikan hebat, filem Surf This Love lakonan Shukri Yahaya, Christina Suzanne pun tidak kurangnya.




Bermula dengan pengakuan Shukri yang pertama kali mengaku mencukur bulu ketiak sehinggalah ke gosip salah seorang pelakon filem itu, Ardell Aryana yang dikatakan sanggup membuka tudung demi filem ini. Namun begitu korang perlu ingat, menurut Aryana filem ini dilakonkan sebelum beliau berhijab lagi iaitu sekitar 2016.


Lagi Best Dari Badang



Untuk pengetahuan korang, baru - baru ini aku tertengok juga filem Surf This Love ini. Pada jangkaan aku, mesti filem ini bosan dan akan tidur or keluar panggung awal. 



Tapi salah weh, melekat juga aku kat kerusi wayang tu sampai ke penghabisan filem. Tak dinafikan jalan ceritanya biasa, even pelakon dia taklah star mana. Tapi setiap daripada pelakon ini berjaya menjiwai watak dan kelakar habis!


to be honest, dia je yang kureng sikit, pelakon lain semua okay. Ampun! *kredit photo blog Amir Nawawi

Shukri Yahaya Yang Kelakar!


Menariknya lagi mengenai filem Surf This Love ini, korang dapat tengok sisi lain Shukri. Sebelum ni namapak serius je kan? Tak sangka dia kelakar weh! Korang kena tengok! At least better dari Badang LOL. 



Untuk filem ini aku bagi 8/10 bintang. So jangan lupa hari ini dah start tayangan di pawagam berdekatan. Surf this love, bila lagi awak nak surf hati saya? Kbai.

2 comments:

Sally Samsaiman said...

Hahahaha...kalau nak tgk cite cinta & komedi, worth it sgt..Suka kombinasi Syukri & Dotty tapi kalau nak tgk aksi surfing kat Malaysia, 50-50 laa..Pada Sally kurnag sgt akti surfing ditunjukkan.

Hans Hanis said...

hehehe
memang confirm lah dari best dari Badang
hehehe