Hari Terbuka Ambassador Putrajaya Meriah!

Terus-terang aku cakap rugi siapa yang tak pergi hari terbuka Ambassador Putrajaya yang diadakan baru-baru ini! 





Hari Terbuka Ambassador Putrajaya 

Ambassador Putrajaya yang terletak di Presint 15 Putrajaya oleh Hanana Group Sdn Bhd sememangnya terkenal dengan perkhidmatan katering mereka yang terbaik terutamanya di Putrajaya. Jadi untuk mengajak orang lebih mengenali dan merasai sendiri bagaimana situasi di hari bertuah pengantin, Hanana Group telah anjurkan hari terbuka yang berkonsepkan majlis kenduri kahwin yang sebenar. 

Makanan Sedap-Sedap Belaka 

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan blog aku, mesti tahu bagaimana cara aku buat review. Kalau tak sedap, memang terus aku bagitau tak sedap. 





Untuk Ambassador Putrajaya aku bagi 11/10 haa nampak tak terlebih bintang disitu. To be honest aku tengah diet, tapi kelaut kerana lauk pauk kenduri yang disediakan oleh mereka sememangnya sedap-sedap belaka. Masih terliur tatkala aku menulis artikel ini.



Lokasi Yang Strategik 

Benar, untuk yang tinggal di sekitar Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Bangi, Kajang dan kawasan sekitar yang masih mencari-cari lokasi perkahwinan, aku rasa lokasi ini bersesuaian dengan kehendak korang. Selesa, ruang parkir yang banyak serta tidak menganggu kesesakan jalan raya antara tarikan lokasi ini. Bukan untuk perkahwinan, malah segala majlis korang boleh adakan disini. Highly recommend! 

Diskaun RM5000 Untuk Bakal Pengantin 



Satu lagi perkara yang rugi buat mereka bakal pengantin tak datang baru-baru ini adalah mereka terlepas  diskaun sehingga RM5000 untuk  yang ingin mengadakan majlis di Ambassador Putrajaya. Untuk yang terlepas tu sama-samalah doakan supaya ada lagi diskaun dan hari terbuka pada masa akan datang ya.



Lokasi Lain Selain Ambassador Putrajaya 

Nak lokasi lain? Jangan risau kerana selain dewan perkahwinan Putrajaya ini, mereka juga sedang menyediakan dewan perkahwinan yang berlokasi di Puchong dan juga dewan perkahwinan di MARDI. 

Dewan perkahwinan Puchong yang diberi nama Lugar De La Boda Garden Wedding ini mengenengahkan konsep 'Garden' dan ia merupakan konsep yang pertama di Puchong. Bertemakan perkahwinan ala ala garden (open concept) yang membawa konsept santai dan juga seperti di dalam taman.

Manakala sebuah dewan dibawah pengurusan pihak Hanana Group Sdn Bhd iaitu Dewan Tan Sri Yusof Hashim, MARDI juga boleh ditempah oleh orang ramai bagi tujuan yang sama. 

Jadi tunggu apa lagi, untuk bakal raja sehari dipersilakan hubungi mereka mana tahu ada banyak lagi promosi menanti! 


Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752
Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434


1 comment:

MOHD SAMSURI MOHAMAD said...

salam salam kenal dari sihijo.blogspot.com hehe
jemput blogwalking kat blog saya juga leh tukar2 link