Lugar De La Boda Dewan Majlis Perkahwinan Di Puchong

Jika korang sebagai pengantin, apakah perkara pertama yang bermain di fikiran korang kalau ingin memilih lokasi majlis perkahwinan? Semestinya lokasi yang strategik, kemudahan yang lengkap, pakej katering terbaik dan akan lebih bermakna jika lokasi tersebut terletak di kawasan yang cukup indah bukan? 




Lugar De La Boda Oleh Hanana Group Sdn Bhd

Untuk itu, suka untuk aku syorkan buat korang yang duduk di Lembah Klang, khususnya Puchong memilih dewan perkahwinan yang dimiliki oleh Hanana Group Sdn Bhd.  Alah sekarang konsep majlis perkahwinan kebanyakannya menggunakan dewan, lebih mudah! 




Jadi selepas Ambassador Putrajaya,  syarikat katering terbaik, Hanana Group telah memperkenalkan satu lagi lokasi tapak majlis perkahwinan mahupun sebarang acara terbaik dan kali ini berpusat di Lake Vista Puchong yang dikenali sebagai Lugar De La Boda. Letop kan nama dia? 

Dewan Bertemakan Garden Wedding 


Aku berpeluang sendiri untuk ke Lugar De La Boda tempoh hari bersempena dengan Majlis Grand Opening dan Food Testing yang diadakan sendiri oleh Hanana Group Sdn Bhd. Pertama kali menjejakkan kaki ke dewan perkahwinan Puchong ini, tergamam sekejap. 

Gambar : Potia Casadelarossa 

Cantik weh! Mana tak nya, Lugar De La Boda sengaja direka dengan konsep taman, kena pula berhadapan dengan Tasik Prima Puchong serius tempat ini akan merealisasikan impian korang untuk mendirikan rumah tangga kelak. 

Malah dekat sini pun boleh buat photoshoot, so jimat masa dan tak perlu kusut untuk fikir buat dimana. Cuma aku terkilan, tak sempat ambil gambar masa sunset tempoh hari sebab sesat, yihhhh! 



Macam mana korang tengok pada majlis ini, macam itulah nanti gambaran di majlis perkahwinan yang akan diadakan disini kelak. Sengaja mereka hias sedemikian sebab mudah untuk bakal pengantin mahupun ahli keluarga mereka saksikan sendiri bagaimana susunan majlis diatur. 

Kapasiti Dan Kemudahan Lugar De La Boda 

Bercakap mengenai Lugar De La Boda, dewan yang mampu menampung 500 orang dalam satu masa ini mempunyai pelbagai kemudahan yang tersedia. Selain mempunyai 50 biji meja dan 500 biji kerusi Chivari Gold,  Lugar De La Boda juga dilengkapi tandas, surau dan ruang parkir yang cukup luas tau. 

Katering Terbaik Di Puchong 

Kenapa aku recommend Hanana Group Sdn Bhd sebagai katerer terbaik untuk korang dapatkan? Ingat ya aku tak akan tipu pembaca tipu aku sendiri, kalau tak sedap jujur aku akan cakap tapi tidak untuk katering ini. 





Dari pertama kali makan semasa di bulan ramadan tempoh hari sehinggalah di Lugar De La Boda, makanan yang disajikan oleh mereka sememangnya cukup enak! Memang berbaloi weh! 





Lauk seperti sambal sotong basah, ayam masak merah dan daging masak htam pastikan  berada dalam senarai lauk kenduri korang kelak, kalau tak menyesal tak rasa kesedapannya. Terliur pula aku tulis waktu ini. hahaha 

Pakej Perkahwinan Terbaik 

Bagaimana pula dengan harga pakej perkahwinan lengkap disini? Biarpun nampak eksklusif , tetapi korang jangan risau kerana Hanana Group Sdn Bhd menawarkan harga pakej perkahwinan murah dan berbaloi tau. 

Apatah lagi bersempena dengan grand opening Lugar De La Boda , harga asal untuk pakej 1,000 tetamu adalah RM28,000. Tetapi promosi kali ini ada potongan harga sehingga RM5,000. So harga untuk pakej perkahwinan lengkap termasuk dewan dan katering ini cuma RM23,000! Murah weh! 



Harga promosi ini tak tahu sampai bila tapi lebih baik korang grab peluang ini cepat-cepat! Lambat nanti tak pasal menyesal pula.

 Jadi di kesempatan ini aku ingin ucapkan tahniah buat pemilik Hanana Group Sdn Bhd, Puan Norazlin dan semua warga kerja atas pembukaan cawangan baru ini. Buat korang yang ingin ketahui dengan lebih lanjut atau ingin membuat tempahan bolehlah rujuk butiran di bawah ya! 



Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752
Office - 0166700471
Office - 0166700473

Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,

Presint 15, 62050 Putrajaya

Alamat Lugar De La Boda 
No.87, Jalan PU 7B, Taman Tasik Prima 47150 Puchong,Selangor

No comments: