Total Pageviews

Nak Kismis Sedap Dan Berkhasiat? Pilih Kismis California

Tipulah kalau korang tak pernah makan kismis kan? Bercakap pasal kismis, korang tahu ke mana kismis yang sedap, berkualiti dan berkhasiat? Kalau nak tahu baca sampai habis entry ini! 




Chef Selebriti Turun Padang 

Baru-baru ini, aku sempat rasa sendiri air tangan dari chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos dalam sebuah sesi ringkas sentuhan manisan berasaskan resipi yang dicipta khas menggunakan Kismis California , ‘Samplings On the Fourteen Restaurant’ di Berjaya University College. 

Pelbagai Sajian Berasaskan Kismis 



Bukan setakat dapat rasa air tangan chef popular, tapi aku dan blogger-blogger lain bertuah untuk cuba makan sajian berasaskan kismis. Sebelum ini setakat kismis dalam nasi dan roti kismis je. Tak sangka macam-macam boleh dicuba dengan kismis! 

Antara sajian tersebut adalah, 

1. Kismis California, Ketam &Kubis Bunga



2. Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang




3. Kismis California dengan Rusuk Lembu &; Buah-Buahan Musim Sejuk



4. Simfoni Kismis California yang terdiri daripada:

  •  Mufin Kismis California dengan krim
  • Aiskrim Kayu Manis Kismis California
  •  Paf epal



Sedikit info mengenai kedua-dua chef selebriti ini. 

Chef Emmanuel Stroobant telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad.



Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre.

Chef Erich Anton Roos pula merupakan warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. 



Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.

Kelebihan  Kismis California


  • Semula jadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf
  • Sumber serat
  • Sumber nutrien
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria


Banyak kan info mengenai Kismis California? Lepas ini dah tahu, dan korang boleh beli buat stok! Untuk maklumat dan resepi Kismis California, sila kunjungi www.calraisins.org atau www.caraisins.com. Follow  facebook juga: @RACAsean 

No comments: