Total Pageviews

Selesanya Dorsett Hartamas! Mee Goreng Mamak Table Talk Wajib Try

Sebelum ini, aku pernah kongsikan dengan korang mengenai Dorsett Hartamas yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur yang mana tarikannya adalah skypool yang cukup cantik berlatarbelakangkan Istana Negara. 



Table Talk Kini Dibuka 



Kali ini, selepas dibuka semula semasa PKPP ini Dorsett Hartamas turut membuka semula restoran mereka iaitu Table Talk. Untuk pengetahuan korang, Table Talk ini dimiliki sepenuhnya oleh Dorsett. Jadi korang bolehlah mencuba DimSum diorang yang muslim friendly dan sangat sedap itu.







Serius talk korang wajib cuba ya kalau menginap di mana-mana Dorsett. 

Mee Goreng Mamak Wajib Try!




Apa yang menarik di Table Talk? Kalau dekat sini, wajib cuba diorang punya Mee Goreng Mamak. Walaupun nampak biasa, tapi sebagai orang yang cerewet pasal makan,aku approve menu ini! Plus, memandangkan kawasan ini kebanyakannya orang berjumpa adalah disebabkan perniagaan dan sebagainya, korang lepak je dekat sini jauh lebih selesa. 

Promosi Di Dorsett Hartamas 



Sama seperti cawangan lain, Dorsett Hartamas pun tengah ada promosi tau! Selain dari Dorsett 3 Wishes,  Dorsett Hartamas menawarkan diskaun 20% untuk promos 'Book Today For Tomorrow' untuk booking secara direct termasuk kelebihan Free cancellation pada check in korang sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian. 

Pembaharuan Dorsett 3 Wishes 


Menerusi artikel terdahulu, Dorsett 3 Wishes antara yang menjadi tarikan di Dorsett. Bagi musim PKPP ini, terdapat pembaharuan dari segi promosinya termasuklah tawaran Sweet Suite Nights berharga RM328nett semalam (harga ternasuk DimSum yang eksklusif, breakfast untuk dua orang. 

Kalau ikut ranking kesemua Dorsett,aku akan cakap Hartamas mendapat carta tertinggi aku, kedua adalah Putrajaya dan terakhir disandang oleh Dorsett Grand Subang. 

Tarikan Di Dorsett Hartamas

Perlu diingatkan carta ini termasuklah analisa aku mengenai makanan, servis, keselesaaan dan kemudahan. Setakat ini aku belum berkesempatan menginap di Dorsett Kuala Lumpur. Mungkin nanti aku akan kongsikan sekiranya berpeluang. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai Dorsett Hartamas layari https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-hartamas-kuala-lumpur/offers/index.html

No comments: