Kalau Ke Pulau Pinang Jangan Lepaskan Peluang Ke Tiga Tempat Best Ini!

Sambungan entry yang lalu, seperti yang mana korang tahu or baru tahu, baru-baru ini aku dan rakan-rakan yang lain sempat buat road trip ke Penang. 




3 Tempat Yang Best Di Penang!

This year kiteorang decide untuk travel dalam negara memandangkan COVID-19 masih berleluasa. Kenapa kiteorang pilih Penang? Sebabnya dekat sini ada pelbagai tempat menarik! Sebelum ini aku pernah kongsikan entry tempat menarik di Penang dan juga tempat makan sedap di Penang beberapa tahun yang lalu. 


Untuk trip kali ini, kiteoran nak explore hidden gems yang ada dekat sana yang mana aku sendiri tak pernah jejak! Mungkin akan ada yang anggap tempat ni macam biasa or tak nak pergi, but trust me once korang ke Penang tempat-tempat ini at least pernah berada dalam senarai jelajah korang. 

The Habitat Penang 




Yang pertama adalah The Habitat yang terletak di atas Penang Hill atau juga dikenali Bukit Bendera. Untuk ke atas, semestinya korang kena naik tram. 

Pemandangan dari dalam tram 

Terdapat dua pilihan iaitu normal lane dan juga fast lane. Macam kiteorang ambil fast lane untuk potong Q. Kalau dulu, tram dia agak perlahan, sekarang dah maju and laju je naik ke atas. 

Kalau korang rasa rugi ambil fast lane, better fikir dua kali sebab korang akan bersyukur gila kalau beli fast lane especially waktu turun! 


Back to the Habitat, aku difahamkan ianya merupakan kawasan hutan simpan yang tersimpan pelbagai khazanah flora dan fauna. Menariknya di sini adalah Forest Bathing. Aku percaya mesti kebanyakan daripada korang first time juga dengar same goes to me! Kalau korang ada rasa stress, nak cari ketenangan wajib datang ke The Habitat dan cuba Forest Bathing. 

orang suruh hayati, dia betul-betul hayati sampai tertidur!


yang sebelah ni siap berdengkur! kah!kah!

Berharga RM138 termasuk dengan tiket fast lane, korang akan baring, belajar teknik pernafasan, menghayati alam dan banyak lagi. Pendek kata sangat best! Plus tour guide dekat sini akan turut ajar korang pelbagai aktiviti lain selain turut menerangkan beberapa fakta yang ada di habitat. 





Selain itu, jangan lupa cuba menaiki giant swing dan juga menara tinjau yang mana korang mesti terpegun dengan keindahan panorama Penang di atas Penang Hill! 

Trivia The Habitat 

  • Kalau nak buat aktiviti Forest Bathing, minimum 6 orang dalam 1 session yang mana akan diadakan hanya pada Jumaat-Ahad
  • Better datang awal pagi termasuklah hanya untuk Penang Hill
  • Make sure makan siap-siap dekat atas tempat makan agak limited
  • Selain menikmati pemandangan , aktiviti lain seperti zip line pun korang boleh try. Harga adalah tambahan untuk aktiviti ini 
The Top Penang 

Dulu aku tertanya juga macam mana The Top yang hangat diperkatakan ini. Bila dah naik, aku kagum kejap and tertanya kenapa tak naik awal-awal dulu. Rupa-rupanya disini ada macam-macam tarikan. Boleh dikatakan seluruh bangun KOMTAR ini mempunyai tarikannya tersendiri. 






Pada tingkat bawah, terdapat pelbagai muzium antaranya seperti Muzium Durian, Muzium Penang, Penang Boutique Aquarium dan banyak lagi! Nak explore semua memang kena duduk seharian. 




Berbalik pada The Top, dekat atas ini ada pelantar kaca yang korang boleh pijak dan tengok view bawah dan tidak dilupakan pemandangan yang cukup cantik di atas ini. 







Bukan itu sahaja, dekat atas ini korang boleh lepak layan jamming atau kalau rasa lapar nak makan yang ala-ala fine dining, boleh juga makan dekat sini. 



Aku recommend kan korang datang pukul 5 ke atas sebab view dia sangat cantik! 

Trivia The Top 

  • Mempunyai 68 tingkat 
  • Laluan udara melengkung pertama di dunia 
  • Lebih dari 18 tarikan 
  • Harga tiket RM68 bagi Dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak 

Entopia Penang


To be honest, aku tak nak pun datang sini. Yer la sebab mula-mula aku ingat Entopia ini macam typical tempat untuk budak-budak yang mungkin ada rama-rama je. Sekali dah masuk fuhh!! Besar dan uniknya weh! 






Bukan sahaja menempatkan ribuan rama-rama, pelbagai reptilia tetapi dalam entopia pun ada macam tunnel sejarah yang menempatkan pelbagai fakta menarik khususnya mengenai rama-rama. Korang suka bergambar? No worries! 




Dalam ni banyak spot untuk ambil gambar termasuklah terowong lampu LED ini dan juga bergambar bersama si rama-rama yang terbang bebas di dalam Entopia ini. 





Tenang sekejap bila masuk dalam ini sampai tak sedar hampir 2  jam juga aku dan yang lain-lain teroka tempat unik ini. 

Trivia Entopia Penang 

  • Tiket masuk berharga RM49 tapi aku difahamkan sekarang ada diskaun yang mana untuk masuk cuma RM39
  • Nak masuk dalam ni tak payah pakai fesyen or berjaket bagai sebab agak panas ya sesuai dengan habitat haiwan-haiwan di dalamnya 
  • Selepas masuk Entopia,  jangan lupa singgah beli pulut bakar kira-kira 200 meter dari sini betul-betul di hadapan roundabout utama. Sedap dan dimasak panas-panas! 
3 tempat je tapi cerita dia macam 30! hahaahah best ye tempat-tempat ini, make sure korang masukkan dalam bucket list korang. 

Anyway kiteorang tak akan sampai ke sini kalau tak sewa kereta yang selesa dari Hertz Malaysia! Next entry aku nak kongsi dengan korang hotel best di Penang, sesuai sangat untuk family! 


Sekalung penghargaan 

- Hertz Malaysia 
- Tanjung Point Residence 
- Tourism Malaysia Northern Region 

20 comments:

Ruby said...

Wahhh bestnya. Selalu pergi Penang mesti cari makanan aje. Hahaha. Boleh plan utk ke tiga-tiga tempat ni. Sesuai utk kids.

yanieyusuf.com said...

lama nya yanie tak pergi penang.. rindu nya nak makan nasi kandaq hihi.. Nak planning ke Penang ni, tengok banyak lagi lokasi yang menarik boleh kunjung nanti. masuk dalam list siap-siap.. tq sharing tau..

yanieyusuf.com

Cik Min said...

Teringinnya nak gi the habitat tu wak. Bestnya gi dgn kwn2 sekepala so x de la drama diva bagaikannn hahah

Rollinggrace said...

mmg terbaik semua tmpt dlm list ni. thanks for sharing!

Rawlins GLAM said...

Rawlins harap November kelak situasi Covid di Malaysia bertambah baik sebab Rawlins nak celebrate bday kat sana. Nak lawat tempat2 best kat sana

Bae Roslan said...

walaupun asal penang, belum pernah sampai 3 tempat ni. next time balik kampung nak pi la. dah lama teringin

Aerill Hassan said...

wah bestnya. tempat2 ni saya tak sempat pgi lagi. in shaa ALlah ada plan jugak nk bercuti dekat penang. :)

Sizzling Suzai said...

Sekalung penghargaan ye! Hahahahha oii oiii mana ada berkerohh i hanya tido sambil beriramaaaaaaa 😂 bongok lah!! Btw sunset at the top is mu fav!!

Ummi said...

First time dengar pasal forest bathing. Ingatkan betul2 mandi dalam hutan :-p. Rupanya kira macam meditation la ya.

Nadia Johari said...

Memamg tempat2 ni dh maauk dlm list dlm percutian Penang.. Hehehe. Tapintak tau bila nak ke Penang.. Hahaha.. Hope dapatla travel.. Lama taknjalan2 Penang

Hayati Suki said...

Waaa..sangat menarik semua lokasi ni. Rasanya nxt trip mmg kena ke penang ni.

Marina Bashah said...

Walaupon dah pernah ke penang tapi tak pernah jejak lagi ke tempat2 ni. Nanti nak pergilah

Sis Lin said...

Memang dah save sesiaop tempat korang pergi ni semua, nanti reda sikit C19 ni, nak bawa family ke Penang..lama gile tak jejak sanaa..

AyuArjuna BiGoshh said...

Lama giler x turun oenangy. Nampak msnarik semua tempat yg khai pergi ni

MaisarahSidi said...

Belum sampai ke ketiga-tiga tempat ni lagi. Cantik dan menenangkan. Ok, dah letak dalam list tempat nak pergi semua ni.

Kitkat Nelfei said...

Kalau Nell g buat Forest Bathing sure akan berdengkur juga, sebab jenis senang lena lagi2 kalau surrounding so nyaman (Cool fresh air, bunyi hutan yang nice dengan kicauan burung-burung, serangga, etc). Another two attractions tue tak pernah pergi lagi.. huhu... The Top memang kena kumpul segala kekuatan tapi tengok gambar Kapt. Khai berlatar belakangkan sunset tue, melting terus the view.. Next trip wajib singgah la macam ni...

AlongMurni said...

AM anak jati pulau pinang pun xpenah sampai tmpt yg khai mention nie.. nnti blk kg boleh la ajak mak n adik2 ke sinu..

Mira Cikcit said...

Alaaa.. buat rasa nak pergi Penang balik walaupun baru pergi. Itu hari tak puas jalan, lepas tengok post ni rasa macam banyak lagi tempat tak explore. Seronoknya laaa pergi ramai2 mcm ni. Kalau pergi bawak anak selalunya bila dah sampai rasa malas nak keluar hotel pulak. 😅

Cik Puan Ena said...

Wahhhh menarik ni. Entopia tu besar ke tempat? Kalau bawa anak risau semput je berjalan. Hehehe

halimah muhiden said...

Lama btk xpg penang sbbnya xde saudara mara kat sana next time blhlah gi penang tgk banyak tempat2 menarik