Pakej Perkahwinan Terbaik 2021 Oleh Felda D'Saji Selepas PKP 2.0

Aku percaya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mempunyai pelbagai fasa sebelum ini termasuklah PKPP, PKPB membuatkan korang atau mereka diluar sana yang berhasrat untuk melaksanakan majlis perkahwinan terpaksa ditunda atau yang lebih menyedihkan terpaksa membatalkan majlis dengan sekadar membuat majlis akad nikah. Ditambah pula sekarang dah PKP 2.0 mesti kena tangguh lagi. 




Pakej Menarik Dari Felda D'Saji

Sebelum ini,  memandangkan kerajaan telah memberikan sedikit kelonggaran untuk membuat majlis dalam skala yang ditetapkan, syarikat yang terkenal dengan perkhidmatan katering terbaik dan sedap di Malaysia, Felda D'Saji telah mengambil kesempatan dengan menawarkan pelbagai pakej dan tawaran yang cukup menarik. 




Bagi aku sendiri yang berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan pada 2 Januari yang lalu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur, membuatkan aku rasa begitu selesa disamping berpuas hati dengan pelbagai makanan yang disediakan oleh katering Felda D'Saji. 


Kemudahan Di Dewan Perdana Felda 

Sebelum bercakap mengenai makanan, di Dewan Perdana Felda terdapat pelbagai kemudahan lengkap untuk para pengunjung. 




Selain ruang parkir yang banyak. di dalamnya juga terdapat surau yang besar untuk lelaki dan perempuan, ruang menunggu VIP dan  bilik solekan untuk kemudahan solekan pengantin serta semestinya ruang dewan yang sangat besar sehingga mampu menampung lebih dari 1000 orang dalam satu masa. 





Tetapi memandangkan SOP majlis hanya boleh memuatkan 50% dari jumlah kapasiti asal, Dewan Perdana Felda ini hanya boleh membenarkan 500 tetamu dalam satu masa. Bukan itu sahaja, berdasarkan pemerhatian aku yang pernah beberapa kali datang ke sini terdapat banyak pembaharuan yang dibuat oleh pihak Felda D'Saji pada tahun ini. 

Pakej Pemain Biola, Dihiasi Lampu LED




Antaranya adalah pakej dilengkapi iringan muzik pemain biola, meja makan beradap pengantin dihiasi lampu LED, pancaran tema perkahwinan di layar skrin gergasi serta beberapa menu baharu yang diperkenalkan oleh mereka termasuklah aiskrim tapai yang unik lagi sedap! 







Bercakap mengenai meja makan beradap pengantin, korang bayangkan lantainya adalah sebuah LED yang mempunyai landskap tema Tropikal ataupun Black&White mengikut pilihan korang. Serentak dengan itu, ianya juga dipancarkan di skrin layar gergasi pada kanan dan kiri dewan sekaligus menaikkan seri dan tema pengantin. 

Sedapnya Masak Lemak Daging Salai!


Makanan? Of course la sedap! Tapi yang membezakannya adalah menu-menu yang disajikan. Selalunya dekat kenduri kita akan disajikan ayam masak merah dan lauk-lauk yang sama sejak berkurun tahun lamanya.Tetapi katering ini menawarkan pilihan untuk korang sertakan menu masak lemak daging salai.


 
Weh serius sedap gila! Aku sampai puji tanya orang D'Saji mana nak dapatkan menu ini sebab nak bawa balik hahaah. Rupanya diorang memang ada jual menu ini di HQ diorang yang terletak di Jalan Maktab. Serius korang kena cuba! 






Menu lain yang korang boleh add on adalah kambing bakar, apam balik, mee goreng dan once in a lifetime wajib cuba aiskrim tapai diorang. Ini first time aku makan tapai campur pula dengan aiskrim, fuhh naik selera. 





Aku tertarik sebenarnya dengan SOP ketat yang dipraktikkan oleh Felda D'Saji. Selain mewajibkan suhu dan imbas kod QR, setiap tetamu juga diberi kit sanitasi yang mana terdapat sarung tangan, sanitizer, pelitup muka disediakan dalam kit tersebut. 

Selepas PKP 2.0 ini kalau korang berminat untuk melangsungkan perkahwinan disini boleh hubungi dan dapatkan maklumat lanjut menerusi : 

Tel : 03-2698 8302

Kredit gambar : Saufi Ramli 


18 comments:

yanieyusuf.com said...

Siapa yang nak kawin lagi untung ambil pakej cam ni. 1st tempat yang selesa pastu semua disediakan. Tak perlu pening nak mencari 1-1 benda kan.

Tekkaus said...

After MCO, those who want to organize their wedding can consider this amazing place. Everything looks so spacious and beautiful.

Bae Roslan said...

dewan felda ni memang sesuai buat apa2 majlis especially kenduri kawen. selesa betul dewan dia

Farhana Jafri said...

Memudahkan sangat kalau wedding hall lengkap serba-serbi. Tak payah susah nak bersesak cari parking. Kalau datang tengahari pun boleh singgah solat tanpa perlu rush

Bella Jamal said...

Hi Budak Pacak! Haha. Hamboi sempat pergi dewan makan org kawin ye. Katanya makanan sini sedap. Bolehla sis tempah melangsungkan kat sini.

Rawlins GLAM said...

Lamanya tak attend wedding. Dulu selalu gak attend weddings kat sini and menu dan hospitaliti dia memang tak pernah mengecewakan

Ummi said...

Wah.. menarik betul menu dia. Siap ada kambing bakar. First time dengar aiskrim tapai.

Aerill Hassan said...

wah lamanya sayaa tak pergi majlis perkahwinan macam ni. nampak semuanya memang lengkap. tak perlu susah-susah dah bila nak buat majlis :)

AyuArjuna BiGoshh said...

Dewan ni mmg cantek giler. Pilihan makanan pun banyak dan sedap. Suka giler dengan ais krim tapai dia

Sunah Sakura said...

daging salai masak lemak tu perghhh...jarang2 orang nak hidang kat majlis kawen..kalo kat nogori mungkin lah ya..ni kat luar nogori..best jugak dia punya pilihan menu tu!

Sis Lin said...

Berbaloi betul kalau buat majlis di sini.. kalau ada di Johor, memang Sis usha juga untuk majlis anak nanti.. makanan dia pun banyak pilihan.. suka sebab nampak lapang gileee tempat dia..

Rollinggrace said...

What a beautiful and fun destination! It's perfect for company functions and large gatherings, and the food looks great too.

halimah muhiden said...

Pernah pg majlis kahwin kat sini, menu2 dorang mmg sedap, tempat pun selesa tp sejak PKP ni mybe majlis terhad

Mus said...

pakej lengkap tempat ni.. senang nak buat majlis.. sekarang dah PKP semula.. pasti banyak acara yang terbatal..

atiehilmi.com said...

dah banyak kemudahan macam ni.. semua bawah satu bumbung dan diuruskan oleh pengurusan yang profesional.. hee~ lauk pun semua nampak sedap.. nak apa lagi kan ? murah dan mudah semuanya..

Kitkat Nelfei said...

First time merasa masakan Felda Dsaji.. Perghh 👍👍sedap pun sedap kan... Hall ni lagi la.. Tip top! Boleh consider if nak buat company event kat sini.. Sure jauh lebih cost effective berbanding hotel 5* 😜

Cik Min said...

Kte tertarik dengan platform LED tu wak..maklum la zaman kte kawen duku tak ada benda2 camni wakkaka..btw food dia mmg sedap

Balqis Athirah said...

Teringin nak buat majlis kat sini. Makanan sedap-sedap. Dewan pun best. Kemudahan pun banyak