January 18, 2015

Apa Yang Menarik Di Phuket ?

Kali ini Budak Pacak bawakan edisi kedua Percutian Peminat Bersama Pak Nil di atas kapal Libra Star Cruise anjuran Malaysia Harmony Travel and Tour. Untuk edisi kali ini Budak Pacak akan berkongsi kepada korang apa yang menarik di Phuket ?

Hari kedua di atas kapal Libra Star Cruise telah diisi dengan acara sukaneka dianjurkan oleh Pak Nil sebelum berlabuh di Phuket Thailand. Ragam tu jangan cakaplah . macam - macam aksi dapat dirakam. 






Rugilah siapa yang tak join Percutian Bersama Pak Nil ni, sebab suasana di atas kapal memang meriah dengan suara - suara peminat beliau

Untuk hari kedua ini kami menjelajah seluruh Phuket menyelongkar tempat - tempat menarik di Phuket. Tak tahu nak jalan - jalan dekat sini? tak ada travel guide? 


korang pun boleh sewa tut tut kalau berada di sini 


jangan risau sebab tibanya korang di Jeti korang akan disambut dan ditawar dengan pilihan perjalanan korang. Tetapi kena beringat jangan sebarang pilih, sebaiknya sila buat  tawaran dahulu.

Disebabkan masa yang agak terhad di Phuket, kami cuba mencari harga pakej van sewa yang memuaskan. Hasilnya kami berjaya mendapatkan khidmat van sewa yang berharga seorang RM30 untuk jangka masa 9 jam. 

Kenapa Budak Pacak cakap masa terhad? ini disebabkan pihak Libra Star Cruise telah meletakkan jangka masanya sendiri untuk memudahkan pihak mereka mengira kembali jumlah para penumpang. Bukan senang ye nak mengira kembali jumlah penumpang yang mencapai hingga 2000 orang pada satu masa. 

Untuk harga RM30 sebenarnya agak berbaloi kerana mereka membawa para pelancong hampir ke semua tempat menarik di Phuket. Tetapi disebabkan masa yang singkat kami hanya memilih beberapa tempat seperti berikut 

Tempat Souvenir Murah Di Phuket 

Sampai terus beli souvenir Kalau korang nak cari souvenir pastikan korang ke sini. Sebabnya harganya jauh lebih murah berbanding tempat lain. 








Harganya macam ala - ala harga borong. Sebagai contoh korang boleh dapatkan T-Shirt disini bermula dengan harga RM 5 - RM40 mengikut jenis plihan kain. 

Kedai Makanan Ringan

Cakap pasal makanan ringan mana pun boleh dapat kan tapi dekat sini makanan ringannya semua berasaskan makanan segar dan semula jadi.





Sebagai contoh terdapat kepingan buah - buahan yang telah kering, kekacang dan banyak lagilah. Selain itu, dekat sini pun ada jual barangan spa dan yang paling penting semuanya berasaskan bahan semula jadi


Kilang Kacang Gajus 

Dekat sini boleh dapat pelbagai aneka makanan berasaskan gajus. Selain gajus, makanan kering seperti jeruk , snek dan lain - lain juga didapati disini. 

Kilang Pemprosesan Kacang Gajus 

Haa kalau tadi kilang Gajus ni kilang pemprosesan kacang gajus. Ada beza disitu dan lokasinya pun berbeza. 






dekat sini korang boleh tengok dari A sampai Z macam mana kacang gajus diperolehi dan diproses. Uniknya dekat sini korang boleh mencuba rasa jus gajus sambil borong kacang - kacang disini

Wat Chalong Thailand 




Wat atau kuil memang banyak di Thailand. Tujuan kami kesini bukanlah untuk sertai upacara sembahyang ke apa, cuma dikatakan ukiran wat Chalong di Phuket berbeza di tempat lain kerana disini terdapat beberapa gabungan ukiran seperti gabungan Burma di sekeliling Wat. 

Patong Beach 

Pantai Patong merupakan salah satu pantai yang terkenal di Thailand. Walaupun dahulunya pantai ini terkena Tsunami, tetapi selepas daripada kesan itu pantai ini tetap menjadi tumpuan pelancong dengan keindahan pantainya.








 Kalau korang nak tahu sepanjang pantai ini terdapat deretan kedai - kedai yang menjual pelbagai barang dan perkhidmatan. Siang dan malam tempat ini tetap hidup dan meriah !


Jadi itulah antara tempat menarik di Phuket yang sempat kami lawati. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Phuket boleh korang lawati antaranya seperti Amulet Market, Ao Yon Waterfall , Baan Telanka - Rumah Terbalik Thailand , Cobra Show and Snake Farm , Elephant Shrine at Phromthep Cape dan banyak lagi! 

Untuk entry yang akan datang, nantikan apa yang menarik di Krabi 

Baca juga 




8 Budak Rambut Pacak Komen:

POJIEGRAPHY BLOG said...

Bestnya dapat pergi! Hmmmmm

Khai Artzfar said...

ade rezeki insyallah boleh ajak sekali. jom ler hehe

KorN said...

dalam kdai tu sah2 ade sign no photo. tp mcm sakan je ko bergambar.. kikiki

Putera Zach said...

Nice syering...

Anisah rahim said...

Woo .bestnya...

.:: ZAWAL ::. said...

Salam..boleh saya tau nama kedai tshirt tu apa n di kawasan mana ya?

.:: ZAWAL ::. said...

Salam..boleh saya tau nama kedai tshirt tu apa n di kawasan mana ya?

Nooraini Ali. said...

Menariknya.tgh survey mana lokasi best nak bercuti.