Total Pageviews

Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015

Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015  | Buat korang yang tidak tahu, baru – baru ini telah berlangsungnya Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 bagi peringkat Zon Utara yang diadakan di AEON Mall Taiping Perak, selaku penaja lokasi utama program ini .







Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tatih Seni Malaysia , Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta mendapat kerjasama dan tajaan penuh dari Seputra Persiaran Ekspress – SPE selaku bas rasmi , Mingguan Malaysia selaku media rasmi, radio internet rasmi acara ini Kopstar.FM serta konvoi merdeka bersama media dan artis dibawakan bersama oleh Perdana Group 1 Malaysia dan Brotherhood Bikers Club




Budak Pacak serta beberapa orang rakan blogger serta artis –artis  dari Kuala Lumpur turut menyertai program Jelajah ini . Daripada awal perjalanan sampailah ke Taiping memang gamat suasana dengan ragam masing – masing . Mana tidaknya dengan stucked dalam jammed yang mengambil masa hampir 12 jam , rasa kaku tak tahu nak buat apa. Mujur ada dorang yang sporting  kalau tak memang bosan habis



Berbalik kepada Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 , tujuan utama siri jelajah ini diadakan adalah untuk mengembalikan kembali budaya seni dalam negara serta mencungkil bakat anak – anak muda. Terdapat 22 buah acara yang diselitkan dalam program ini.












Pertandingan Zapin Mania selaku acara utama dalam dalam siri Jelajah ini  telah menyaksikan persaingan sengit diantara 4 kumpulan iaitu Tingkah Laksamana , Lasykar Tari , Lantera Mutiara dan Destar Lima dimana akhirnya Kumpulan Lasykar Tari memenangi pertandingan ini bagi Zon Utara . 




Namun begitu, Kumpulan Destar Lima yang memenangi tempat kedua turut mara ke peringkat Kebangsaan bagi berentap bersama – sama dengan pilihan zon Timur, Tengah dan juga selatan .




Budak Pacak difahamkan Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 14 – 16 Ogos 2015 di Aeon Mall Cheras Selatan, Selangor manakala bagi  peringkat Nusantara akan diadakan di AEON Mall AU2 Setiawangsa , Kuala Lumpur pada 21 – 23 Ogos 2015.

Hadiah pemenang Platinum, Emas , Perak dan Gangsa peringkat Kebangsaan dan Nusantara akan menerima wang tunai RM 8,000 , RM 3,000 dan RM 1,500 serta trofi yang ditaja oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.  Memang gempak habis program ini tambah – tambah lagi bila dapat tengok secara live


Rugi kalau korang tak ambil peluang untuk menyaksikan sendiri pertandingan zapin mania ini. Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 seterusnya akan ke
  • -          AEON Mall Seri Manjung Perak pada 22 – 24 Mei 2015
  • -          AEON Mall Rawang Selangor pada 5 – 7  Jun 2015
  • -          AEON Mall Tebrau City Johor Bahru pada 24 – 26 Julai 2015
  • -          AEON Mall Cheras Selatan Selangor pada 14 – 16 Ogos 2015
  • -          AEON Mall AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur pada 21 – 23 Ogos 2015




Jadi jangan lepaskan peluang ini sebab akan ada pelbagai aktiviti menarik menanti korang pada Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015

1 comment:

Unknown said...

Wah! Kemain masing-masing eh. Sakan habis!