Tips Percutian Bajet Ke Macau

Tips Percutian Bajet Ke Macau  | Mesti antara korang yang nak tahu tips percutian bajet kan Untuk kali ini Budak Pacak bawakan tips khas untuk korang berjimat cermat di Macau







Rancang dan buat itinerary perjalanan di Macau 


Hanya separuh dari itinerary yang disediakan oleh MGTO, kalau ada followers Budak Pacak yang request nak full itinerary akan Budak Pacak update dalam entry khas 




 - Sebelum memulakan percutian, elokah terlebih dahulu rancang perjalanan korang supaya bila sampai nanti tidak buang masa untuk mencari tempat yang ingin ditujui 

Tukar matawang ke Hong Kong Dollar - HKD  dan elakkan menggunakan Macau Pataca - MOP 

- Di Macau, diorang menggunakan dua matawang. Adalah digalakkan untuk korang menggunakan HKD kerana jika menggunakan MOP takut nanti susah untuk tukar semula ke Ringgit Malaysia. Ada juga yang berpendapat MOP lagi untung, tapi dari pemerhatian Budak Pacak better guna HKD je 


Bawa bekalan makanan segera 

- Bagi muslim, kadang - kadang susah untuk kita mencari restoran yang halal di negara orang. Di Macau terdapat beberapa restoran Halal iaitu Spice Of India , Grand Coloane Hotel dan Golden Peacock Restaurant di Venetian Hotel. 





Namun harganya mungkin agak sedikit mahal, Jadi tak salah untuk korang bawa bekalan dari tanah air sebagai langkah berjimat cermat 

Hotel Budget di Macau 

Cakap pasal Macau , memang terkenal dari segi signature hotel nya. Memang banyak hotel disini terutama hotel mewah . Namun diingatkan, kalau korang nak bajet, mungkin boleh cari di laman web Trip Advisor. 





Sepanjang di Macau, dua Hotel ini iaitu Grand Harbourview Hotel dan Hotel Royal telah menjadi persinggahan Budak Pacak disana. Untuk mengetahui hotel bajet di Macau boleh layari www.macau-budgethotels.org 

Bahasa di Macau 

Disini menggunakan Bahasa Kantonis sebagai bahasa utamanya. Namun jangan hairan jika melihat signboard utama Macau menggunakan bahasa Sepanyol. 

Cuaca Di Macau 

Januari - March 
Musim sejuk dan sunny 

April 
Cuaca agak lembap dan berkabus 

Mei - September 

Musim Panas disertai hujan, lembap dan kadang kala taufan tropika 

Oktober - Disember 

Musim Luruh 


Tempat Menarik Di Macau 

Untuk kali ini, Budak Pacak senaraikan tempat menarik di Macau . Cuma pilihan korang disini adalah dengan berjalan kaki ,naik bas hop - on hop off atau menaiki pengangkutan awam. Kesemua tempat yang Budak Pacak senaraikan ini adalah antara tempat yang zero cost 

Bermula di Fisherman Wharf 






 - Macau Museum of Art 
Dibuka pada 10 am - 7pm
Ditutup pada setiap Isnin 
Harga Tiket - MOP5.00 dan percuma untuk setiap hari Ahad dan Public Holiday 

- Kun Lam Statue 






- Wynn Hotel 


Terdapat 3 tarikan utama di hotel ini iaitu 
- Persembahan air pancut berirama 
- Dragon of Fortune 
- Tree of Prosperity
Persembahan ini adalah percuma dan diadakan setiap hari bermula jam 10 pagi untuk setiap 30 minit 

MGM Hotel 
Di dalam lobi hotel ini terdapat Grande Praca, sebuah aurora  yang sememangnya cantik dan unik 

Grand Lisboa Hotel 



Hotel pertama di Macau ini menyimpan pelbagai arca dan artifak di ruangan lobinya termasuk ukiran di gading gajah berbulu

Leal Senado Square 






Antara tempat yang wajib pergi bila berada di Macau. Disini juga terletaknya beberapa tempat menarik yang terkenal seperti Ruin Of St Paul , Government Headquarters , Post Office , St Dominic Church . The Red Market 

Macau Museum - Mount Fortress 


Disini Budak Pacak cadangkan kepada korang  untuk hanya berada di luar muzium untuk melihat sendiri pemandangan Bandaraya Maca

Galaxy Hotel



Hotel ini terkenal dengan Fortune Diamond setinggi 3 meter dan bermotifkan merak 

The Venetian 




Hotel ini korang wajib pergi dan lihat sendiri landskapnya dari bawah sehinggalah atas. Budak Pacak pasti korang akan tergamam melihat keindahannya 

Hard Rock Hotel 
Jangan lupa untuk dapatkan koleksi barangan eksklusif HR di sini dan jelajah sendiri keunikannya 

Sands Resorts Cotai Strip Macao 




Dreamworks Animation all star parade adalah perarakan watak animasi Dreamwork seperti Madagascar, Shrek, Kung Fu Panda dan banyak lagi. Perarakan selama hampir 30 minit ini akan mengelilingi tingkat 2 Cotai Central dan akan bermula pada jam  3 petang setiap hari 


Jadi ini antara tips percutian bajet yang sempat Budak Pacak kongsikan untuk korang, Insyallah kalau ada yang Budak Pacak terlepas atau terlupa akan Budak Pacak update dari semasa ke semasa. Harap ianya membantu korang. Baca juga tips percutian di Macau di Blog Projek Travel 

Untuk maklumat lanjut mengenai Macau boleh ke https://www.facebook.com/MY.Macau

5 comments:

POJIEGRAPHY BLOG said...

Good tips. I can use this entry as my reference bila nak plan ke Macau. I love the views there, the buildings and nampak macam bersih je kat sana.

ejulz said...

perghhh.. berbaloi..


44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

Jom terjah entry terkini "Movie terbaek bulan ni.."

Hafiz Hafizol said...

jalan aje dia

Misya (Aimi Syahirah) said...

wah best tips ni! InsyaAllah akan ke sana hujung Jan 2016 ni.

Anif Abdullah| AA said...

Bestnya. Terasa nak pergi sana jugak.