Ketahui Hak Korang Sebagai Pengguna !


Korang pernah tak alami pengalaman dimana korang membeli sesuatu tetapi harga barang tersebut terlalu mahal berbanding kedai lain, ditipu ketika membeli tidak sama dengan harga yang dipamerkan?




Sebenarnya semua itu boleh dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK) dimana dorang akan ambil tindakan yang selanjutnya.

Bila korang perasan ada kedai yang menaikkan harga sewenang –wenangnya dan tak pamerkan tanda harga pun dah dikira satu kesalahan tau? Tambah – tambah lagi apabila melibatkan barang seperti minyak, tepung dan gula sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang ini sesuka hati ja.



Jadi, jalankan tugas korang sebagai pengguna dengan laporkan kepada KPDNKK. Kalau korang tak laporkan, macam mana dorang nak take note, alert dan ambil tindakan bukan?

Selain dari insiden di atas, di antara salah laku dan juga kes yang korang dianayai adalah

·       Penipuan Perkhidmatan
·       Penipuan Harga
·       Penipuan Transaksi Internet
·       Jualan Bahan Petroleum
·       Tiada Tanda Harga
·       Bengkel Kenderaan Bermotor
·       Pekhidmatan Telekomunikasi
·       Penipuan Gores Dan Menang
·       Penipuan Perjanjian Sewa Beli
·       Penyelewengan Jualan Lansung

Korang kena alert dengan kes seperti ini jangan biarkan ‘lanun’ di luar sana menguasai dan memonopoli keuntungan begitu sahaja.

contoh harga semasa barangan

Jalankan tanggungjawab korang sebagai pengguna dengan membuat aduan melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).



Kalau korang nak tindakan cepat dan ketika itu korang tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, korang boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:



Selain itu, jangan lupa untuk menjadi Friends of KPNDKK yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mendaftar di http://fok_sp.1pengguna.com/sp/ . Banyak kelebihan nya tau.Jalankan tanggungjawab kita bersama! #KPNDKK #HakPengguna

No comments: