Selamat Tinggal Blog Budak Pacak

Kita hanya mampu merancang dan Dia lah sebaik - baik penentu segalanya. Ramai yang tanya aku dah berhenti blog ke sebab dah lama tak update blog dan ramai juga yang buat spekulasi sendiri.. so aku biarkan sahaja. 





Actually aku dah lama tak bercerita mengenai peribadi sejak fokuskan niche kepada sedikit professional. Tapi kali ini biarlah aku bercerita sedikit mengenai apa yang berlaku pada aku dan juga blog ini.. dan mungkin juga ini kali terakhir korang baca blog aku kan? Setiap permulaan mesti ada pengakhirannya

1.  Officially 26 Years Old 

Alhamdulillah 22 Februari yang lalu tambah satu lagi angka umur aku. 26 tahun dah rupanya. Satu fasa baru mungkin? Kalau orang dulu cakap dah boleh kahwin. 



Tapi untuk sekarang aku tak rasa ready lagi untuk menjaga seseorang sedangkan diri sendiri pun masih bertatih LOL. Tapi kalau ada jodoh why not kan? Mohon doakan supaya urusan aku dipermudahkan sebaik-baiknya ya! 

2. Kerjaya Baru 

Tahun 2017 banyak mengajar aku erti sabar dan banyak juga aku saksikan keajaiban yang berlaku. Manakan tidak tahun lepas pada bulan Februari aku dah grad dari universiti berkenaan. 6 tahun dalam  bidang perguruan siapa sangka penyudahnya aku kerja dalam bidang hobi aku. Bukan blog tapi masih lagi dalam industri penulisan. 



Malas nak mention dimana aku bekerja. Cukup orang tahu aku sekarang sebagai wartawan hiburan di sebuah portal. Alhamdulillah ada juga rezeki walaupun agak lama aku menunggu dapatkan kerjaya yang tetap, kena dan jiwa. Terima kasih kepada yang banyak menolong. Terima kasih keluarga, terima kasih to Hariri, Rafiq, terima kasih keluarga Projek Travel dan rakan - rakan yang banyak membantu. You guys good in my book. Lots of love! 

3.  Too Busy! 

Since aku ni jenis overthinking, sengaja aku sibukkan diri sampai la sekarang. Apa yang aku boleh cakap sekarang aku buat 3-4 kerja juga lah dalam satu masa. So kadang - kadang bila member ajak lepak, dah jarang join event tu , maaf aku bukan sengaja tak nak join. Tapi kena utamakan yang mana penting dahulu. Bukan senang untuk senang weh! 

4. Selamat Tinggal Budak Pacak

Since aku dah sibuk bagai ni, ramai jugalah yang buat spekulasi sendiri seperti dunia hiburan aiceh! Ada yang cakap dah berhenti blogging, ada yang cakap tak buat kerja lah. Ada yang cakap itu ini. Yihh penat weh! Actually yes aku dah berhenti blog....



untuk dua minggu yang lalu...sebab busy! Hahaha no lah tak berhenti pun. Cuma yang mana perlu fokus, kita fokus dan untuk berhenti blog. ITS A BIG NO! sebab blog ni lah yang tolong aku cari makan. FYI, blog ni dah jadi nombor dua. so masih lagi menerima sebarang jemputan dan review ya. Sad to say haritu blog kena delete, a few articles hilang, pageview jadi 0 . So kena work hard. Do support me ya kawan - kawan! Kbai nak taip entry lain 


8 comments:

Dik bee said...

ceh.. ingat betul2 stop blogging td.. hehe.. busy camne pun please don't stop tau. rugi tuuuu

JAMIL HASHIM said...

Ingat betul2...
syg stop blog

Mrs Fuzy Hamid said...

fuhh...sayang kalau ditutup blog yg dh lama gini..all the best and good luck dgn kerja yg memang menjadi idaman tu

Del Asyraf said...

hahaha pagi-pagi da buat suspen..

Illya LeYa said...

Suspend gile.. Ingatkan bebetul stop blogging tadi.. Ape2 pun good luck what you deserve it.

Jueliza Jamani said...

isshh saja kan khai ni. khai tak leh benti ok..

Nisa Kay said...

cisss ingatkan betul2

Ksjb said...

Kerja makan gaji ke kerja sendiri ke, teruskan je blogging.